Cahaya Hayati

16 Feb 2018

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

February 16, 2018 11
10 Cara Jimat Masa Melipat Baju
10 cara jimat masa melipat baju. Kalau bab melipat baju, mommy memang malas sikit. Nak buat hari-hari memang taklah jawabnya. Mommy buat seminggu sekali, itupun bila ada mood rajin. Hihi. Kalau tanya ibu-ibu yang lain, pasti jawapannya sama juga. Kalau ada pun confirm dia seorang yang rajin. Mommy rajin lipat baju pun masa zaman bujang sebab time tu baju sendiri dan tak banyak. Sekarang sekali basuh pun dah penuh raga. Serius sampai muak tengok baju yang tak lipat tu.. Walaupun mommy lipat baju seminggu sekali tapi mommy ada cara jimat masa melipat baju. 

Cara jimat masa lipat baju, 10 cara jimat masa lipat baju,
Cara jimat masa lipat baju


10 Cara Jimat Masa Melipat Baju


Tips yang mommy kongsikan ni simple saja tapi ia amat menjimatkan masa melipat baju. Masa melipat pun lebih relaks dan tenang.

1. Prinsip No Handphone, No TV

Prinsip ini memang wajib di amalkan sebab baju yang boleh lipat dalam 30 minit boleh jadi 3 jam sebab 5 minit lipat baju, 30 minit layan fb, whatsapp dan lain-lain. 

Kalau tengok tv pula, time iklan baru nak lipat baju. Bila nak habisnya?

2. Lipat Baju Masa 'Me Time'

Mommy selalu lipat baju masa 'me time' sebab mommy tak suka ada gangguan bila lipat baju. Dua tiga kali bangun, confirm lepas tu mommy tak sambung lipat dah.

3. Ajak Dan Ajar Anak Bantu Lipat

Langkah ni mommy selalu praktikkan sebab nak ajar anak-anak yang dah sekolah belajar lipat baju. Biar tak cantik tapi ada hasilnya. Untuk anak-anak belajar lipat, mommy sediakan alat lipat baju. Depa pun cepat  belajar.
Cara jimat masa lipat baju, 10 cara jimat masa lipat baju,
Alat lipat baju

Bila anak-anak lipat baju masing-masing, baju yang tinggal untuk mommy lipat dah tak banyak. Jimat masa mommy. 

4. Bahagikan Tugasan

Disebabkan kami suami isteri bekerja, kami bahagikan tugasan. Kalau suami cuti banyak dan dia dalam mood rajin, dia lipatlah ataupun dia tolong sangkutkan baju-baju yang perlu di sangkut. Jadi, mommy hanya perlu lipat baju yang tinggal saja. Proses asingkan ni saja dah boleh jimat 15 sehingga 30 minit masa untuk lipat baju.

5. Pasang Radio

Sambil kerja sambil berhibur. Pilihan yang tepat tentulah radio sebab kita tidak menggunakan deria mata untuk berhibur. Selain itu, mendengar radio juga mengatasi rasa bosan yang timbul apabila melipat baju bajan yang dah jadi gunung ganang. 

6. Asingkan Jenis Laundry

Asingkan jenis laundry sebab bila kita asingkan proses melipat menjadi mudah dan cepat. 

7. Alih Baju Siap-Siap

Kalau boleh, masa angkap baju atau laundry dari penyidai.. Kita alih siap-siap agar masa melipat kita just lipat saja bukan perlu step alih dan lipat lagi.

8. Lipat Baju atau Laundry Yang Besar Dan Tebal Dahulu

Bila tengok baju atau laundry dah jadi gunung ganang, mesti rasa malas tu semakin tebal dan tinggi. Untuk kurangkan rasa malas tersebut, kita lipat baju atau laundry yang bersaiz besar dan tebal terlebih dahulu. Selalunya laundry yang besar dan tebal,  mommy akan terus lipat sebaik saja angkat dari ampaian. Yang tinggal hanyalah saiz kecil-kecil yang tak perlu bangun apabila nak lipatnya. 

9. Lipat Baju Dan Seluar Anak Sekali atau Bercantum

Mommy suka lipat baju anaj-anak sepasang sepasang sebab ia memudahkan anak-anak memilih dan memakai pakaian sendiri. Ia juga mampu menjimatkan masa melipat sebab sekali lipat untuk dua helai pakaian.

10. Lipat Pakaian Dalam, Stokin dan lain-lain Akhir Sekali

Mommy jenis lipat pakaian dalam, stokin dan lain-lain pakaian kecik last sekali sebab time ni perlu matching stokin. Untuk stokin dan underwear mommy suka jadikan ia bentuk bulat sebab senang nak campak dalam laci dan senang depa nak cari. Bila lipat bulat-bulat ni, tak perlu susun cantik-cantik dan kita pun tak rasa nak marah bila ia berselerak.

Moga cara cepat lipat baju ini bermanfaat untuk korang sebab saya tak boleh nak tolong lipat. Boleh kongsi tips ja untuk tolong korang lipat baju korang yang dah jadi gunung ganang tu..

Selamat melipat baju uolls!


13 Feb 2018

Penuhi Selera Di Din Ikan Bakar Kepala Batas

February 13, 2018 3
Penuhi Selera Di Din Ikan Bakar Kepala Batas
Penuhi Selera Di Din Ikan Bakar Kepala Batas. Hari minggu yang lepas, mommy dan keluarga telah menjamu selera di Din Ikan Bakar, Kepala Batas Pulau Pinang. Din Ikan Bakar di memang femes sejak zaman mommy bujang lagi. Dari satu kedai telah di besarkan dengan mengambil restoran sebelah. Di samping itu, terdapat gerai-gerai kecil yang menjual kuih muih, madu dan buah buahan.

Disebabkan dah lama tak singgah makan di Din Ikan Bakar, mommy pun ajak Daddy ke sana. Sekali sekala makan jauh dari rumah. Rasa masih sama dan penuhi selera. Dulu-dulu masa kerja di Kepala Batas, memang hari-hari mommy lunch di sini. Sedap!

Din Ikan Bakar, Din Ikan Bakar Kepala Batas, maps ke din ikan bakar, peta ke din ikan bakar, tempat makan best di Kepala Batas, Tempat makan sedap di Kepala Batas, Jalan-jalan cari makan pulau pinang, makan tengahari sedap di kepala batas,
Restoran Din Ikan Bakar

Menu yang ada dah bertambah. Dari sup daging, gulai batang pisang, ikan, sotong, udang, ayam dan daging bakar serta pelbagai sambal dan ulaman dah ada menu baru seperti ayam goreng berempah, sambal dan lain-lain lagi.  Kalau korang tak pernah ke sana, silalah sebab ia memang tempat makan yang femes di Seberang Perai Utara. Lepas makan, confirm korang nak mai lagi... 

Din Ikan Bakar, Din Ikan Bakar Kepala Batas, maps ke din ikan bakar, peta ke din ikan bakar, tempat makan best di Kepala Batas, Tempat makan sedap di Kepala Batas, Jalan-jalan cari makan pulau pinang, makan tengahari sedap di kepala batas,
Tarikan utama Di Din Ikan Bakar
Selalunya kalau makan di Din Ikan Bakar, mommy dan suami memang tak akan lepas untuk ambil daging bakar ataupun harimau menangis. Sedap uolls, tambah-tambah lagi apabila di cicah dengan sambal kicap. Lepas tu tambah dengan sup atau gulai kawah serta ulam dan sambal. Lengkap satu hidangan. Satu keping daging bakar boleh untuk satu atau dua orang makan... Ikut koranglah nak berapa. 

Oh yer, terbaru ada juga kambing bakar.... Sedap. 

Din Ikan Bakar, Din Ikan Bakar Kepala Batas, maps ke din ikan bakar, peta ke din ikan bakar, tempat makan best di Kepala Batas, Tempat makan sedap di Kepala Batas, Jalan-jalan cari makan pulau pinang, makan tengahari sedap di kepala batas,
favorite Sambal Kicap

Din Ikan Bakar, Din Ikan Bakar Kepala Batas, maps ke din ikan bakar, peta ke din ikan bakar, tempat makan best di Kepala Batas, Tempat makan sedap di Kepala Batas, Jalan-jalan cari makan pulau pinang, makan tengahari sedap di kepala batas,
Penambah selera - Ulaman dan sambal
kredit kpd nuha ahmad
Ini pula menu yang kami ambil hari tu..  Terlebih sampai kena bungkus bawak balik. Itulah sebab sorang nak ini, sorang nak itu... last-last tak habis. 

Share google maps untuk korang ke sana...




Din Ikan Bakar, Din Ikan Bakar Kepala Batas, maps ke din ikan bakar, peta ke din ikan bakar, tempat makan best di Kepala Batas, Tempat makan sedap di Kepala Batas, Jalan-jalan cari makan pulau pinang, makan tengahari sedap di kepala batas,
Kakak Aisya & Abang Ammar

Senyum lebar encik suami . Kononnya cheat day dia...  Cheat la sangat sebab makan sampai terlebih. hahaha.

Din Ikan Bakar, Din Ikan Bakar Kepala Batas, maps ke din ikan bakar, peta ke din ikan bakar, tempat makan best di Kepala Batas, Tempat makan sedap di Kepala Batas, Jalan-jalan cari makan pulau pinang, makan tengahari sedap di kepala batas,
Daddy & Aisy

Ni gambar mommy terlebih gebu sebab guna phone encik suami. Dia punya beauty setting sampai terlebih gebu. hahaha. 

Din Ikan Bakar, Din Ikan Bakar Kepala Batas, maps ke din ikan bakar, peta ke din ikan bakar, tempat makan best di Kepala Batas, Tempat makan sedap di Kepala Batas, Jalan-jalan cari makan pulau pinang, makan tengahari sedap di kepala batas,
Mommy 

Okaylah nanti mommy update lagi destinasi seterusnya. Sebab lepas Din Ikan Bakar ada lagi destinasi untuk cheat day ...  Jadi, korang jangan tanya kenapa diet mommy tak menjadi. hihi

7 Feb 2018

Susahnya Nak Turunkan Berat Badan

February 07, 2018 7
Susahnya Nak Turunkan Berat Badan
Susahnya Nak Turunkan Berat Badan. Ya Allah susah sungguh nak turunkan berat badan ni. kihkih. Time melantak tak ingat pun nak jaga badan tu. Seriuosly, bila usaha sungguh-sungguh nak turunkan berat badan... tapi berat badan tu tak turun pun. Jarum kat penimbang tunjuk angka yang sama juga. Rasa macam malas nak diet dah. Tapi bila tengok suami yang usaha untuk turunkan berat badan sejak November hari tu, baru 5 kg turun... Rasa macam motivate balik. Diet kami takdelah diet sampai tak makan, masih makan tapi kurangkan jumlah tu di samping exercise seperti joging dan hiking. Encik suami saja pergi gym... 

Bila tengok jarum penimbang tak turun dan tunjuk angka yang sama, mommy rasa mommy kena ubah pola pemakanan mommy sampai mommy dapat berat yang mommy nak. So, mulai minggu ni.. eh akujanji pada diri sendiri ni. No more nasi lemak, bihun, koay teow, mee, maggi goreng waktu pagi atau malam... Sila ambil oat dan bijirin yang lain, lebihkan sayur, buah-buahan dan air. Oppps kurangkan minum minuman manis. Maniskan senyuman takpa. 

Agaknya berat badan lepas bersalin susah turun sebab hormon, stress dan lain-lain faktor. Faktor yang mommy pasti adalah faktor rajin masak sebab itulah berat badan susah nak turun. Asal masak saja, makan mesti bertambah.. hahaha. 

Yang pasti, mommy cuba agar tidak tergoda dengan makanan yang sedap, berlemak dan manis. Eh terbayang cheese cake pula. Doakan semoga dalam tempoh 3 bulan ni boleh turun 10 kg. Mampu ke mampusss...

breakfast ni sajalah setiap hari


Sebelum teruskan diet, kita perlu kenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berat badan kita susah nak turun. So, mommy dah kenalpasti sebab-sebab yang menyebabkan berat badan mommy naik dan susah nak turun. Apabila dah kenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan mommy gemuk dan susah nak turun berat badan, jadi mommy kena elak atau tidak buat agar mommy dapat turunkan berat badan seperti yang di kehendaki. In Sha Allah.


SEBAB-SEBAB SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN

Sumber: Google


  • Pengambilan Air Soda Dan Kafein
  • Kurang Tidur
  • Tidak Sarapan
  • Makan Terlalu Cepat
  • Kurang Minum Air Putih
  • Makan Ketika Stress
  • Pengambilan Karbohidrat Berlebihan
  • Terlalu Banyak Menonton Televisyen
  • Menggunakan Pinggan Bersaiz Besar
  • Pesan Combo Makanan
  • Minum Kordial
  • Makan Dalam Portion Yang Besar
  • Malas Bersenam
  • Makan Lewat Malam