Cahaya Hayati

17 Aug 2015

Benarkah?

August 17, 2015 2
Benarkah?
Assalamulaikum wbt.

Benarkah menjadi bapa pada usia 22 tahun membawa padah? Ini kajian yang di lakukan di New York.
Bagi aku, tak kisah la kalau kau jadi bapa pada umur berapa pun.. Janji kau tahu erti tanggungjawab seorang bapa dan mampu menyediakan keperluan anak. Bukannya pandai buat anak sahaja..





15 Aug 2015

Emak

August 15, 2015 2
Emak
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Hari ini update entry melalui handphone. Masih di hospital menemani emak yang di serang sakit jantung.
Dulu, emak hanya mengidap sakit jantung dan darah tinggi. Kini, doktor telah sahkan yang emak ada 4 serangkai iaitu, jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
Ya Allah begitu berat dugaan dan ujian yang engkau berikan kepada ibu. Aku yang mendengarnya terasa berat dan di iringi linangan air mata.
Sesungguhnya aku sendiri tidak kuat menghadapi dugaan ini. Suami dan saudara dan jiran sekampung serta rakan rakan yang tidak putus memberi semangat dan kirim doa dari jauh. Terima kasih semua, hanya Allah yang dapat membalasnya.
Berkat doa kalian, emak semakin pulih tetapi masih lemah.. masih dalam pemerhatian pakar perubatan. Hari ini emak di beri ubat untuk pecahkan darah beku di jantung. Pakar akan perhatikan perubahan, tindakbalas dan perkembangan ubat tersebut. Semoga tiada komplikasi.

P/s: mohon semua rakan2 untuk doakan kesejahteraan emak saya.

Terima kasih.



6 Aug 2015

Cara Mengucapkan 'Selamat Tinggal' Kepada Lampin

August 06, 2015 7
Cara Mengucapkan 'Selamat Tinggal' Kepada Lampin
Assalamulaikum wbt.

Masih teringat lagi cara mengucapkan selamat tinggal kepada lampin. Sungguh, lagi awal lagi bagus. Menurut pakar kanak-kanak Kulim, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk ke bilik air sendiri apabila anak sudah pandai bercakap iaitu sebelum 2  tahun.

Tapi Cik Ti hanya melatih mereka ke bilik air apabila usia anak-anak mencecah 2 setengah tahun. Percayalah hanya tempoh 2 minggu saja usaha untuk membiasakan mereka tanpa lampin. Dalam   tempoh 2 minggu ini ibu bapa  perlu banyak bersabar kerana anak-anak akan membuang air kecil dan besar merata-rata dan tidak biasa dengan penggunaan bilik air atau tandas.

Untuk melatih anak-anak tanpa lampin, perkara-perkara berikut perlu di lakukan:

Tanya Setiap 2 Jam

Tanya kepada anak sama ada dia nak buang air setiap 2 jam. Sekiranya masih tidak terasa pastikan jam ketiga, ibu bapa bawa anak ke bilik air dan arahkan anak untuk membuang.

Jangan Marah!

Jangan marah anak sekiranya anak tidak memberitahu atau telah membuang di tempat yang tidak sepatutnya. Sebaliknya beritahu yang dia sepatutnya membuang di bilik air atau tandas. In Sha Allah anak akan faham usaha ibu bap

Beri Anak Masa

Beri anak masa untuk sesuaikan diri tanpa lampin. Contohnya ketika di rumah biasakan anak tanpa lampin tetapi beri lampin ketika melakukan aktiviti di luar.

Meletakkan Syarat Kepada Anak

Memberi arahan atau meletakkan syarat kepada anak, iaitu kena membuang air kecil terlebih dahulu sebelum keluar. Lama-kelaman anak akan biasakan diri untuk membuang air sebelum keluar dan lampin yang di pakai akan kering ketika melakukan aktiviti di luar.

Guna Konsep Psikologi

Ketika melatih anak-anak, pastikan ibu atau bapa banyak menggunakan konsep psikologi. Contohnya apa implikasi jika mereka tidak ke tandas atau bilik air. 

Dulu Cik Ti tidak membeli lampin pakai buang ketika dalam proses menceraikan lampin kepada anak. Sebaliknya guna Cloth Diapers (CD). Bila mereka sendiri tidak selesa dengan CD tersebut, mereka sendiri akan meminta untuk tidak memakai lampin.

Sentiasa Beritahu

Ibu bapa perlu sentiasa beritahu sebab anak tidak perlu memakai lampin lagi. Contohnya, 

'Abang kan nak pi sekolah. Kalau nak pi sekolah tak boleh pakai pampers lagi. Kawan-kawan kat sekolah semua dah tak pakai pampers. Abang malu tak dengan kawan-kawan?'

Anak-anak akan berusaha untuk melakukan sebab mereka teruja untuk ke sekolah dan jumpa kawan-kawan.

Ibu Bapa Kena Rajin Dan Sabar

Dalam berusaha untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lampin, ibu bapa perlu rajin dan sabar. hehe.. Kena rajin membersihkan sisa-sisa yang telah di tinggalkan oleh anak. Sabar  iaitu menahan marah jika anak-anak tidak berjaya membuang di tempat yang sepatutnya.

Dulu, Cik Ti ambil cuti seminggu untuk melatih anak tanpa lampin. Berjaya! Siang dan malam tanpa lampin.

Selamat mencuba!

p/s: Tips berdasarkan pengalaman.