Perlis Indera Kayangan, negeri sebelah negeri kelahiranku. Kecil-kecil cili api, biarlah kecil asalkan banyak kemudahan ada di sini. Perlis ada segalanya sama seperti negeri lain dan ini termasuk dengan restoran McDonald’s yang sangat mendapat tempat di hati warga negeri kami.
Terbaru, pihak Mcdonald’s telah menyumbangkan sebuah bilik terapi sensori yang lengkap sepenuhnya dengan pelbagai kemudahan kepada para penggunannya. Pengguna bilik sensori ini terdiri daripada golongan kanak-kanak OKU.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya hari ini. Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.
RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Sesuai dengan adanya McDonald's Malaysia di bumi Perlis, pihak McDonald's turut menyampaikan sumbangan untuk golongan asnaf di Perlis. Ini bagusnya McDonald's, sejak dulu hingga kini ada saja program mereka jayakan demi untuk membantu masyarakat setempat.
Sebagai anak jati Perlis, pastinya merasa sangat terharu! Bayangkan orang datang berniaga di negeri kita, alih-alihnya diberinya ‘pemberian besar’ kepada mereka yang tinggal di negeri kita. Syukur tak terhingga! Allah saja yang dapat membalasnya.
Tidak sedikit ye, RM100,000 jumlah yang diberikan dalam bentuk zakat kepada golongan asnaf di sini.
Acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.
Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.
Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti.
“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC.
“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”
“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”
Melihat kepada sumbangan yang diberikan tadi, terasa betapa beruntungnya dapat menerima sumbang yang begitu besar ini. Walaupun negeri Perlis nun jauh di sini (negeri paling hujung bahagian utara), ternyata kami tidak dilupakan oleh mereka-mereka seperti pihak RMHC Malaysia ini.
Teruskan usaha murni ini dan semoga apa yang telah disediakan ini menjadi asbab untuk kanak-kanak OKU belajar dengan lebih mudah dan bagus untuk masa depannya.
Aamiin.
program yang baik
ReplyDelete