Bangkit Semula | Richwork Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik. Tahun 2021 dilalui dengan penuh kesukaran terutamanya para usahawan. Belum reda kesan pandemik, di uji pula dengan banjir besar di beberapa negeri yang menyebabkan kerosakan dan kerugian. Bak kata orang tua-tua, baru nak bangun terduduk semula.
Kesan ini rasai oleh semua rakyat di Malaysia tetapi lebih terkesan kepada golongan peniaga dan usahawan. Kerugian yang mereka alami tidak terhitung banyak dan ditambah pula dengan bayaran pinjaman, bayaran kepada pembekal serta bayaran kepada pekerja serta ejen. Yang menangis meratap pun ada bila mengenangkan semua usaha selama ini hilang atau terpaksa di jual/ ditutup demi kelangsungan hidup.
Menyedari betapa ramai peniaga dan usahawan yang terkesan akibat pandemik dan banjir, Richwork tampil ke depan untuk membantu golongan yang terjejas dan hampir mengalah ini.
Bangkit Semula Oleh RichWork
Bangkit semula oleh RichWork International ini adalah kerana RichWork sangat memahami perasaan yang di hadapi oleh bangsa usahawan. Perasaan ini timbul selepas Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.
Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.
RichWork juga turut terkesan dengan musibah banjir pada akhir tahun 2021 tetapi itu bukanlah penyebab untuk patah semangat dan tutup terus pernigaan yang diusahakan selama ini.
Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.
Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.
Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.
Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kempen #RichWellBantu Membantu Meringankan Beban Usahawan
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.
"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.
Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.
Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.
Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.
Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.
Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).
Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.
Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.
Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.
Kenali RichWorks Dengan Lebih Dekat
RichWorks adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Tonton Online Perjalanan RichWorks Pada Tahun 2021
Bila semangat kita lemah, kita perlu sesuatu untuk bangkit dan kembalikan aura positif dalam diri kita. Jadi video Perjalanan RichWorks 2021 adalah video yang mampu mengembalikan semangat dalam diri kita. Kejayaan demi kejayaan yang mereka perolehi walaupun di kala pandemik dan musibah banjir menimpa mereka. In sha Allah kita juga mampu menjadi seperti mereka.
Jom tonton video ini.
Bagi korang di luar sana yang ingin turut serta dalam seminar keusahawanan yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd ni boleh dapatkan maklumat lanjut di RichWorks.
Tak rugi menimba ilmu dengan RichWorks ini kerana ilmu adalah bekalan dan boleh digunakan disepanjang hayat kita. Mana tahu dengan menuntut ilmu keusahawanan dengan RichWorks ini, korang adalah bakal jutawan pada tahun tahun akan datang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang dan semoga RichWorks juga berjaya melahirkan lebih ramai usahawan jutawan untuk tahun-tahun akan datang. In sha Allah.
wahh
ReplyDeleteTahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.
ReplyDelete