Syahirah Korean Secrets ~ Hi K-Beauty Lovers! Dah jumpa ke product K-Beauty yang sesuai untuk anda? Mommy dari zaman remaja lagi memang jatuh cinta dengan kecantikan dan kemulusan kulit orang-orang Korea. Kalau tengok K-Drama pula, macam pelakonnya tidak memakai sebarang make-up. Nampak natural ja. Jeles i okay. Tapi sekarang tak lagi sebab kat Malaysia pun dah ada produk yang menggunakan rahsia kecantikan dari Korea. Mommy pun haruslah cuba.. Mana tahu boleh jadi cantik dan mulus macam orang Korea. Ahaks!. Produk yang mommy katakan ini adalah Syahirah Korean Secrets yang didatangkan khas oleh Syahirah untuk peminat K-Beauty. Baca sampai habis tau untuk tahu apa yang best dengan Syahirah Korean Secrets.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS
Dia si gadis Korea yang cantik mulus sekata
Memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekata yang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata.
Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi. SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft
Skrub Muka
Gel Pembersih Muka
Penyegar Tanpa Alkohol
Krim Kecantikan
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
Dia si gadis Korea yang jelita cerah berseri
Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidakselesaan pada kulit.
Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS White mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow. Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu!
SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow
Gel Pembersih Muka Anti-jerawat
Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
Gel Pembersih Muka
Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.
Penyegar Tanpa Alkohol
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
Krim Siang SPF 20
Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
Krim Malam
Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.
Krim Kecantikan SPF 15
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
So, yang mana satu menjadi pilihan? Dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea!
Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasar raya utama dan farmasi terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila lawati atau hubungi kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/
Instagram: https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/
Talian Kecantikan: 03-87379122
Emel: enquiries@syahirah.com.my
No comments:
Post a Comment