As Salam Semua.
Pembuka blog hari ni dengan gambar blackpepper steak @ Reez Kopitiam. Dinner malam sabtu hari tu... Sedap! Kuah blackpepper terasa dan pekat. So, yummy!. Thanks daddy... Lain kali belanja lagi. :D
Sekarang ni saya dok menghitung hari... Lagi 17 hari nak due. Sabar yer adik baby. Bagi mummy settle dulu kerja-kerja dan perkara yang mumny nak settlekan... huhu.
- Van tadika kakak & abang
- Barang keperluan baby. Ada lagi 2, 3 barang yang nak kena beli.
- Baby cot? Daddy dah keluarkan tetapi dah tak boleh guna... Dah selamat di gigit oleh tikus. mmmm. So, mummy & daddy decide tak perlu baby cot. Guna tilam ja...
- Stroller - guna yang lama.
- Baju, pampers, selimut - dah beli & guna yang sedia ada..
- minyak telon & barang mandian - dah settle.
- Beg ke hospital dah selesai. Tinggal nak angkat masuk dalam kereta ja.
Apa lagi yang belum settle yer? Akan di tambah dari masa ke semasa...
Semakin dekat nak due, semakin kuat saya dok membebel kat kakak Aisya & Abang Ammar. Ntah lah.. Bukan suka sangat membebel tetapi mungkin juga di sebabkan pergerakan yang terbatas. Dah tak sepantas sebelum mengandung & cepat mengah. Maaf & sabar yer anak -anak... bukan niat mummy nak membebel.
Macam pagi ni, membebel kepada kakak & abang di sebabkan sudah lewat nak ke tadika & ke opis. Tapi sepanjang perjalanan ke opis, hati mummy resah & rasa bersalah kat kakak & abang. Permulaan hari yang tidak bagus. Need to change... No more berletiaq.
Ya Allah bantulah aku & beri kesabaran yang tinggi kepada aku dalam mendidik anak-anak menjadi hamba-Mu yang soleh & solehah. Amin.
Kepada Kakak Aisya & Abang Ammar,
Kamu permata hati, Penghibur dan peneman mummy. Always in my heart. Be a good sister & brother. I love u both. In Sha Allah selagi nyawa di kandung badan.
- xoxo-