Assalamualaikum wbt.
Raya dah dekatkan.Lagi 5 hari lagi jer kan.....
Dah habih shopping baju raya? Alhamdulillah. Dah settle baju raya untuk diri sendiri, suami, anak-anak, mak & mak mertua. Tinggal untuk adik masih sekolah jer belum lagi. In Sha Allah hari senin ni bawa depa pi shopping.
Untuk diri sendiri, aku just shopping tudung & sandal. Baju pula, just baju kurung yang di tempah. Kain beli sebelum raya lagi. Beraya ala kadar ja...
Tahun ni tetiba raya nak pakai bawal. Ini tudung pilihan pertama.. BAWAL Aidijuma. First time beli Aidijuma. Sembilan helai... Design campur-campur. Nak try dulu. Try ke? Hehehe.
Aidijuma@ Sunway Carnival |
Ok. Hari start pakai yang plain. Serius selesa. Senang nak pakai. Kain dia lembut jer... Berbeza dengan bawal yang jual kat tesco Seberang Jaya. Harga pun berpatutan... tambah-tambah dekat raya ni. Aidijuma tawarkan diskaun 50% untuk design yang terpilih. Tu yang borong sampai sembilan helai tu.
Pilihan kedua ada tapi belum beli lagi sebab outlet dia kat Sungai Petani. Akan beli masa on the way nak balik kampung nanti. Yang ni cik abang nak belanja....#sayang abang.
Hari ni hari jumaat terakhir di bulan ramadhan. Sedih. Cepatnya masa berlalu.
Apa-apapun aku nak ucapkan selamat hari raya. Mohon ampun & maaf andai terkasar bahasa secara tidak sengaja. Aku hanya insan biasa.
Feeling raya awal sebab hari ni last keja untuk sambut raya. Pastu tak tau sempat update atau tak.... Kat kampung takdak internet. Kalau rajin, aku update guna phone jer nanti. Tu kalau rajin...
Hishhh! Malas betul ahkak ni kan.
-xoxo-
No comments:
Post a Comment