Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri - Cahaya Hayati

12 Nov 2019

Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri

Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri. Hai korang! Pernah tak baca dalam page di facebook di mana saudara terpaksa tanggung hutang yang di buat oleh adik beradik atas nama sendiri. Pernahkan? Hal ini juga terjadi kepada mommy di mana mommy telah bersetuju untuk membuat pinjaman dengan janji akan bayar dengan baik. Tapi itulah janji tanpa hitam putih memang tidak boleh pakai. Yang terpaksa tanggung adalah penama. Yang terpaksa hadap panggilan dari collection agency juga penama. Yang nak kena blacklist dengan bank pun penama.. 

Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri, alasan kenapa tak mahu buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain, jangan rela untuk buat pinjaman untuk orang lain, peringatan agar tak tertanggung hutang orang lain, jangan terpedaya dengan pujukan untuk membuat pinjaman oleh adik beradik, jangan buat pinjaman untuk adik beradik atau ibu bapa,


Menyesal? Yes memang menyesal dan jadikan ia sebagai sempadan dan pengajaran pada masa akan datang. Korang pun, kalau ada masalah sebegini, keraskan hati korang agar korang tidak mengikut kata hati dan bersetuju dengan cadangan saudara ataupun ibu bapa sendiri. Bukan apa, takut korang pun alami nasib yang sama dengan mommy. Terpaksa bayar dan tanggung hutang yang bukan hakmilik sendiri. Berpada juga walaupun katanya sebagai kasih sayang. Untuk suami? Fikirlah sendiri sebab takut dah dapat apa yang dia nak, perpisahan pula yang berlaku. Korang rasa dah berpisah, ex korang akan bayar ke hutang tu? Fikirkan baik-baik umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. 

Kenapa tak push saja orang tu suruh bayar? Dah push, dah cakap dan dah menangis pun tapi kalau diorang pun tak mampu nak bayar lagi nak buat macam mana. Makan hati sajalah tiap bulan tengok duit sendiri keluar untuk bayar hutang orang. 

Lepas tu lama mommy tak bayar sampailah 3 bulan lepas, mommy buat full settlement dengan diskaun 40%. Lega walaupun sakit hati. Sekurang-kurangnya mommy dah tak blacklist, tak kena ganggu dengan collection agency dan boleh beli aset atas nama sendiri... 

So sebagai pengajarannya... Sekarang ni kalau korang minta jadi penjamin sekalipun mommy akan ragu-ragu. Takut kesilapan berulang. So, korang jangan sekali-sekali buat pinjaman atas nama korang untuk ahli keluarga... Takut merana dan perhubungan sesama ahli keluarga juga akan renggang. Biarlah mereka usaha sendiri untuk selesaikan masalah mereka. Keraskan hati dan pekakkan telinga. Kalau nak tolong pun, bagi apa yang ada dalam tangan saja bukannya buat pinjaman. Ingat tau!

No comments:

Post a Comment