BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium - Cahaya Hayati

15 Aug 2019

BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium

BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium. Hai korang! Dalam penjagaan kulit wajah, kita wajib mengambil kira bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut. Tambah-tambah lagi bahan tersebut kita tahu dari zaman dahulu lagi digunakan untuk mencantikkan wajah. Cuma dulu secara traditional tapi sekarang dalam pek mudah guna seperti yang dihasilkan dari inovasi dan formulasi oleh SAFI. Maka terhasillah BEAUTEA by SAFI.

BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium
BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium

BEAUTEA by SAFI | Pembersih Dan Scrub Berasaskan Teh Premium 


BEAUTEA adalah dari perkataan Beautiful dan Tea atau teh kata orang Malaysia. Bila dah ada perkataan teh dalam produk tersebut, confirmlah ia menggunakan daun teh sebagai asas produk tersebut. Sepertimana yang kita tahu, dauh teh telah digunakan sejak berzaman dalam memastikan kulit wajah kekal cantik, merawat kulit wajah bermasalah dan juga mengatasi masalah kulit wajah yang lain. Maka terhasillah BEAUTEA by SAFI dalam 4 variasi produk Safi iaitu:-

  • White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser 

White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

  • Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser
Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser
Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser

  • Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser

  • Apricot Tea Revitalising Face Scrub 
Apricot Tea Revitalising Face Scrub
Apricot Tea Revitalising Face Scrub 

Dalam 4 produk variasi BEAUTEA by SAFI ni, mommy telah mencuba White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Kedua-dua produk ini sangat sesuai dengan mommy. Kenapa?


Mommy menggunakan White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser sebagai pencuci siang dan malam. Ia berfungsi untuk mengatasi masalah kulit kering dan mengurangkan masalah pori.


Selain itu,  ia juga berfungsi untuk menenangkan diri dan kulit wajah melalui baunya yang wangi serta teksturnya yang lembut. Macam nak makan pun ada. Hehehe...




Lepas guna saja kulit terus rasa bebas dan best sangat. Kalau nak tahu, korang kena guna sendiri... 

Guna pencuci sahaja tidak cukup dalam menjaga kulit wajah. Jadi penggunaan skrub sangat perlu untuk memastikan kulit wajah sentiasa halus, bersinar dan lebih sihat. Sebab itulah menggunakan pencuci saja tidak mencukupi untuk menjaga dan merawat kulit wajah. So, scrub yang menjadi pilihan mommy sudah tentulah juga dari Beautea by Safi iaitu Apricot Tea Revitalising Face Scrub.


Apricot Tea Revitalising Face Scrub dari Beautea by Safi ini berfungsi untuk menanggalkan kulit mati, membuka liang pori, mencerah dan menyamaratakan tona kulit wajah. Formulasinya mampu membersihkan wajah sehingga mendalam.


Mommy dah try scrub ni dan ia terbukti memang best. Cara guna scrub ni pun senang saja. Picit sikit ke tapak tangan. Calit ke wajah dan gosok perlahan dan lembut dengan menggunakan 3 jari. Lepas tu bilas. Lepas bilas memang rasa sangat best sebab kulit rasa lembut, segar dan wangi.

Kalau korang nak tahu, Beautea by Safi diformulasikan dari  ekstrak teh premium dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik dengan manfaat Anti PM 2.5 untuk kulit yang sihat.


Produk ini juga telah menjalani ujian dermatologi. Ia selamat digunakan kerana :-
  • Bebas alkohol
  • Bebas Paraben
  • Bebas SLS / SLES
  • Bebas Silicone

Mommy dah cuba dan guna.. Korang tak nak ke? Kalau nak, korang bolehlah beli dari mana-mana farmasi atau pasaraya di seluruh negara. Nak lagi senang korang boleh beli online di SINI. Harga setiap satu adalah RM 23.30 dan mungkin lebih murah jika ada tawaran istimewa.


Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari media sosial Safi Malaysia di SINI

No comments:

Post a Comment