Tips Adsense | 3 Langkah Untuk Naikkan Page RPM - Cahaya Hayati

15 Aug 2018

Tips Adsense | 3 Langkah Untuk Naikkan Page RPM

Tips Adsense | 3 Langkah Untuk Naikkan Page RPM. Dalam entry sebelum ini iaitu Tips Adsense | Fahami Maksud Page View, CPC, CTR, RPM Dan Estimated Earning , mommy dah terangkan maksud term term yang digunakan dalam Google Adsense. Mommy harap korang faham sepenuhnya. Untuk pengetahuan korang juga, pendapatan Adsense per click bergantung kepada page RPM. Jika RPM tinggi, nilai per click juga tinggi... Nilai RPM yang paling tinggi mommy pernah dapat adalah USD 20.00.. Banyakkan dan untuk hari tu saja mommy berjaya dapat USD 2 untuk Adsense. Tapi sekarang nak dapat RPM USD 20 pun dah susah... 

blog, tips google adsense, adsense, google adsense, cara naikkan page RPM, page RPM adsense, maksud page RPM, 3 cara untuk naikkan page RPM, langkah-langkah untuk naikkan page RPM, kenapa perlu naikkan page RPM, Cara untuk tinggikan pendapata adsense, adsense, cara untuk dapatkan pendapatan adsense yang tinggi,
Tips Adsense | 3 Langkah Untuk Naikkan Page RPM


Disebabkan tak mahu pening kepala lama-lama, mommy pun google langkah-langkah untuk naikkan page RPM. Kebanyakkan blogger Indonesia yang share pasal page RPM ini dan berada dalam page pertama google. Blogger Malaysia ada tapi dalam page kedua, ketiga dan seterusnya... 

Bila dah tahu cara naikkan page RPM, mommy kongsikan disini dengan korang. Semoga ilmu yang mommy dapat ni bermanfaat kepada semua. In sha Allah.


Tips Adsense | 3 Langkah Untuk Naikkan Page RPM


Hanya 3 langkah saja yang di perlukan untuk menaikkan page RPM iaitu:-

  • Buat blog dengan niche atau High Paying Keyword. Camna tu? Yang mommy boleh bagi contoh adalah keyword yang sering orang cari antaranya maklumat tentang financial, insurans, kesihatan, kecantikan dan lain-lain lagi. Untuk mencari High Paying Keyword korang boleh semak dengan menggunakan Google AdWord. 

  • Gunakan template yang ada CTR tinggi. Kiranya template yang mudah orang nampak iklan atau klik iklan yang di paparkan. Lagi banyak klik, lagi tinggi nilai RPM. 

  • Sentiasa update entry baru agar, blog sentiasa di kunjungi orang pada setiap masa.


Dalam 3 langkah untuk menaikkan page RPM ini, mommy rasa hanya langkah 1 dan 3 saja mommy boleh buat sebab langkah 2 mommy tak pandai nak edit template blog...  Lepas ni kena rajin kuasa sepuluh untuk update blog. 

Korang bagaimana? Apa korang buat untuk naikkan RPM page?

9 comments: