Seronoknya Bercuti Di Pulau Pangkor - Cahaya Hayati

3 May 2017

Seronoknya Bercuti Di Pulau Pangkor

Seronoknya Bercuti Di Pulau Pangkor ~ Bercutiiiii.. Siapa tak suka kan? Semua orang suka. Tak kira la bercuti jauh atau dekat. Janji dapat luangkan masa dengan keluarga tersayang dan juga melapangkan fikiran dari kerja-kerja harian. Selain dari itu, ia juga untuk kita memahami warisan, budaya, makanan dan suasana tempat percutian tersebut. Sangat menarik kerana sesetengah warisan atau tinggalan yang tidak pernah kita tengok atau terlintas di fikiran. Jadi, pada cuti yang lepas... Mommy dan keluarga telah sepakat memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian kami.

lumut

Pulau Pangkor 

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau pelancongan yang popular di Malaysia. Ia terletak di Negeri Perak dan di dalam daerah Manjung. Untuk ke Pulau Pangkor, dari selatan boleh keluar melalui susur keluar Bidor dan seterusnya ke Lumut. Dari sebelah utara pula, boleh keluar melalui changkat Jering menuju ke Pantai Remis dan seterusnya ke Lumut.

pangkor island maps

Di Lumut, pengunjung akan menaiki Feri ke Pulau Pangkor. Tambang dewasa adalah RM 10 dan kanak-kanak RM5. Tambang ini adalah untuk pergi dan balik. Murahkan? Feri ke Pulau Pangkor beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 8.30 malam. 
 Apabila menaiki feri, akan terdapat dua hentian. Hentian pertama selalunya penduduk setempat yang akan turun. Pelancong biasanya akan turun di hentian kedua. So, jangan salah hentian yer...

Oh yer! Bagi yang memandu kereta, anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta persendirian, perkarangan masjid lumut atau tempat letak kereta bertingkat Majlis Perbandaran Manjung. Tempat letak kereta ini mencukupi kecuali musim cuti sekolah ataupun public holiday.

Apabila tiba di Pulau Pangkor, terdapat van pelancong atau teksi yang boleh membawa pelancong ke destinasi pilihan dengan bayaran tertentu. Walaubagaimanapun, pelancong boleh menyewa basikal, motosikal dan kereta bagi yang ingin melawat tempat-tempat menarik  atau bersejarah.

Apa Yang Menarik Di Pulau Pangkor?

pulau pangkor
tarikan depan hotel coral bay

Menariknya Pulau Pangkor ini adalah kecantikan pantai, air laut yang jernih, laut yang kaya dengan hidupan laut, coral yang cantik dan juga tempat bersejarahnya.


Tempat Bersejarah Yang Wajib Di Lawati Di Pulau Pangkor

Terdapat 3 tempat bersejarah yang wajib di lawati di Pulau Pangkor iaitu batu bersurat, Kota Belanda dan juga Perkuburan Belanda. Batu bersurat ini adalah batu bersurat yang hidup di mana semakin lama semakin besar saiz batu tersebut.

pulau pangkor
abaikan budak yang kekenyangan tu

pulau pangkor
bermain di kawasan kota belanda

pulau pangkor

Pulau Pangkor


10 Pantai Yang Menarik Di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor


Dah sampai pula, memang tak sah lah kalau tidak ke pantai.. Rugi ooo kalau tak mandi laut yang airnya cantik dan jernih. Kalau korang stay lama kat Pulau Pangkor, korang boleh pergi ke semua pantai ni. Ambil gambar kenangan pun jadilah kan. Pantai-pantai tersebut adalah :-

Pulau Pangkor

  • Pantai Teluk Nipah
  • Pantai Pasir Bogak
  • Turtle Bay
  • Teluk Man
  • Pantai Puteri Dewi
  • Teluk Dalam
  • Teluk Cempedak
  • Teluk Gedung
  • Teluk Segadas
  • Coral Bay

Masa  bercuti tempohari, mommy hanya sempat pergi dua pantai saja iaitu Pantai Teluk Nipah dan Pantai pasir Bogak. Walaupun hanya dua pantai, mommy dah jatuh cinta dengan pantai dan laut Pulau Pangkor. 


3 Pulau Menarik Di Pulau Pangkor

Bagi korang yang mahu lebih advance, bolehlah menyewa bot dan melawat ketiga-tiga pulau ini. Pulau-pulau tersebut adalah Pulau Pangkor Laut, Pulau Mentagor dan Pulau Giam.

Pulau Pangkor
pulau dari pantai pasir bogak

Mommy tak pernah pergi lagi tapi In Shaa Allah suatu hari nanti.


Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Selalu orang tanya ada apa di Pulau Pangkor? Selain dari tempat bersejarah, pantai dan pulau... Pelancong boleh melawat Kilang Satay Ikan, Kilang Ikan Bilis, Pekan Pangkor dan Lapangan Terbang Teluk Dalam.

Pulau Pangkor

Kalau korang nak tahu, masa mommy jejalan kat Pulau Pangkor tempohari  ada tarikan terbaru tau iaitu Masjid Terapung. Cantik sangat. Tapi masa ni belum siap lagi, Tak boleh pergi dekat..


Hotel Terbaik Dan Murah Di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Bagi mommy, hotel terbaik dan murah di Pulau Pangkor adalah Pangkor Coral Bay yang terletak di Pasir Bogak. Bilik yang luas dan selesa. Katil dan bantal yang empuk. Wifi yang laju serta tempat iron yang tersendiri.

Pulau Pangkor
Bilik untuk 3 orang untuk Aisya, Ammar & MIL

Selain dari bilik yang best, buffet dan breakfast yang disediakan juga memenuhi selera kami sekeluarga. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan sedap.

Kolam di Pangkor Coral Bay juga menjadi tarikan kepada anak-anak di mana lepas mandi laut, terus terjun masuk kolam. Heaven!

Layanan dari staff Pangkor Coral Bay juga terbaik. Sangat memahami pelancong yang nak check in dan check out. Walaupun ketika peak hour.

Pulau Pangkor
Tunggu Mommy check in

So, 5 bintang untuk Pangkor Coral Bay.

Untuk book hotel, mommy memilih TRAVELOKA kerana terdapat review dari pengunjung berhubung hotel yang di inapi. So, kat sini mommy boleh bandingkan hotel mana yang best dan sesuai untuk famili. Bercuti dengan TRAVELOKA lebih mudah dan jimat. 

Ada juga apps TRAVELOKA. Boleh download dari google play atau apple store yer.

#TravelokaMY
#MYTravelAdventure

1 comment:

  1. Pcl memang suka bila tengok pantai2 nan indah. kalau pi jalan2 mana pun mesti cari kawasan berpantai..tapi sayangnya negeri kelahiran sendiri belum habis diterjah. Pcl suka Pangkor. tq info yg menarik.

    ReplyDelete