MuslimahClothing.Com Memenuhi Citarasa Gaya Muslimah

by - 6:04 PTG

Assalamualaikum wbt. MuslimahClothing.Com Memenuhi Citarasa Gaya Muslimah

Mommy bukanlah fashionista atau stylista. Mommy biasa-biasa ja dalam berpakaian untuk ke pejabat, di rumah dan juga untuk keluar jalan-jalan. Yang mommy titik beratkan dalam bergaya adalah memenuhi atau patuh syariah ataupun dengan kata lain menutup aurat. 

Mommy tahu banyak butik yang menjual baju muslimah tetapi benar-benar muslimah kah? Banyak yang tag muslimah tetapi jarang, ada yang singkat, ada yang ketat... Hummmphhh. Ye boleh beli dan boleh gayakan dengan inner ataupun cardigan. So, jangan kecam mommy tahu.

Baru-baru ni, company yang bayar gaji mommy telah anjurkan event. Dalam event tersebut ada dinner pada sebelah malamnya dan bertemakan PUTIH. Puas mommy skrol timeline FB dan IG, takdak yang berkenan di hati. Mommy tak nak meriah sangat yang mana mommy hanya pakai untuk event. Mommy nak yang mommy boleh pakai dalam apa jua keadaan. 

Dalam dok skrol tu, tiba-tiba mommy ternampak Ig Muslimah Clothing Couture (MCC). Yang mommy nampak pula berwarna putih dan mommy TERTARIK. So, masuklah ke IG tersebut. Ni haaa baju -baju yang mommy berkenan tu. Cantikkan..
Muslimah Clothing Couture
pilihan pertama

Muslimah Clothing Couture
pilihan kedua

Disebabkan  mommy tak tahu nak pilih yang mana satu, mommy tanyalah tuan penasihat aka encik suami. Korang tengoklah apa jawapan dia....

Muslimah Clothing Couture

Nak mama baru. Haishhh! potong 88 kali baru tau.

Muslimah Clothing Couture

Encik suami pilih yang kedua. Tapi mommy tak pilih yang tu sebab patern tu dah ada tapi kaler lain laa.. 

So, ambil patern yang pertama.  Tunic Megan Tulip - Dove White namanya. Bersama-sama dengan tunic ni mommy order juga Palazzo Denim Dalia - Ebony Black. Bukan apa, first time nampak palazzo jeans. Macam menarik dan dengan harapan mommy akan cantik bak si model tu. dengan harapan ja tau. kihkih. 

So, proses order pun bermulalah di web Muslimah Clothing ~ Your Labuh & Longgar Specialist. Macam biasa bagi first timer macam  mommy. Kena sign up dulu dan masukkan beberapa maklumat peribadi terutamanya alamat penghantaran. 



So, bila dah sign up dan login... Boleh pilih baju, seluar atau hijab yang berkenan di hati. Dah selesai pilih, buat bayaran pula. Terdapat beberap cara pembayaran tetapi mommy pilih untuk direct bank in. Just transfer dari internet banking mommy. 

Muslimah Clothing Couture

Lepas selesai buat bayaran, jangan lupa update payment yang korang buat tu. Cepat update, cepatlah MCC proses untuk penghantaran dan korang dapat baju pun cepat. Update ni ada melalui email dan juga akaun MCC anda di tab my account - order history. 

Muslimah Clothing Couture

Dekat order history ni, boleh tengok status pesanan kita sama ada tengah proses, dah hantar atau belum. Setelah pesanan di pos (shipped), pihak MCC akan email/ update dalam account tracking number untuk pesanan tersebut. so, kita boleh track dan boleh agak bila kita akan terima pesanan tersebut.

Muslimah Clothing Couture

Untuk mommy, mommy order dan selesaikan bayaran pada hari jumaat dan mommy terima pesanan ni pada hari ahad. Untunglah mommy sebab dok kedah dan ahad adalah hari bekerja. Cepat betul team MCC buat kerja. Tahniah!. kekalkan yer..

Inilah baju dan seluar yang mommy pesan tu.. 

Muslimah Clothing Couture

Cantik tak? Mestilah cantik kan kan.. hehe. 

Untuk TUNIC MEGAN TULIP - DOVE WHITE di perbuat dari kain atau material Premium Zara Crepe. Di lapik dengan kain yang selesa dan lembut serta tidak panas. Mempunyai zip di belakang, dan di tangan untuk memudahkan pengambilan wuduk. Ada poket di sisi juga tau. Senang nak letak handphone atau duit bila pergi makan.. Mempunyai saiz dari XXS - sehingga 5XL. So, semua boleh gayakan tunic ni.

Untuk Palazzo Denim Dalia - Ebony Black pula memang jeans yang sangat selesa di pakai. Tak terasa seperti memakai seluar jeans. Rekaan palazo yang sangat selesa, tak terlalu kecil atau besar, pinggang dan zip yang kemas. Bila pakai tu macam kemas terletak. Ia di perbuat dari material High-quality stretchable denim. Mempunyai 2 poket di depan dan di belakang. Saiz pula dari XS sehingga 5XL. 



Serius, sangat selesa palazo ni. Nanti nak order lagi selai kaler biru pula.

Lupa pula nak cakap yang kedua-duanya pesanan yang mommy terima mempunyai kualiti jahitan yang sangat halus dan terperinci. Setaraf dengan jenama mahal yang lain.

Muslimah Clothing Couture

Sorry mommy tak pandai posing macam model MCC. Tapi boleh lah kan?

Oklah bagi yang berminat nak mendapatkan koleksi Muslimah Clothing Couture (MCC) bolehlah mengikuti media sosial berikut:


Opps untuk pengetahuan semua, sekarang ini MCC tengah membuat SALES gila-gila sehingga 70% bagi koleksi terpilih. Ataupun korang boleh walk in sendiri ke store MCC. Klik SINI untuk cawangan MCC. 

You May Also Like

0 comments

Pengikut

Google+ Followers