loading...

18 Nov 2015

# CH Daily # lifestyle

Nak Pergi Krabi

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya tahun ni rancang percutian akhir tahun hendak ke Krabi, Thailand tetapi apakan daya.. masa dan kewangan yang belum mengizinkan.

Dua hari lepas dapat fridge magnet dari rakan se opis. Menyuntik kembali semangat untuk ke Krabi. So, mulai bulan ini dan bulan seterusnya, mommy kena penuhkan tabung percutian untuk tahun depan.

budget ke Krabi


Untuk ke Krabi, mommy perlukan sediakan budget...

1. Pasport - 5 beranak x RM 100
2. Transport - flight or drive? - Nanti suruh daddy decide sama ada nak drive atau naik flight. Macam mana pun dedua memerlukan budget. Sama banyak ja.. sebab untuk drive sendiri, kena sediakan duit lebih untuk budget jika ada kemalangan/ kerosakan kecil.
3. Accomodation - Dah 5 beranak kena la ambik bilik besar sikit atau pun apartment.
4. F&B  - Nak makan mewah atau biasa-biasa saja. budget lebih makan mewah  la sikit. Budget ciput makan yang biasa-biasa saja. Tetapi bila dah pergi melancong, mestilah nak cari makan yang best.
5. Pakej - Dah pergi kawasan pantai, mestilah ambil pakej island hoping.
6. Souvenir - Wajib beli untuk kenangan.

Agak-agak korang RM2K cukup tak pi Krabi? hehe... 

Nak kena terjah blog- blog blogger yang dah pergi Krabi ni. Di situ kita dah boleh agak berapa budget yang di perlukan untuk pergi Krabi.

Chaiyok Cahaya Hayati!

5 ulasan:

Bahrain berkata...

2k kalo sorang cukup sangat. :D

YieN berkata...

Kite pon teringin nak pegi sane :)

aRz MoHa berkata...

teringin juga...kalau area dekat utara ni boleh jugak naik van...cuma makan masa perjalanan la

Azlinda Azman berkata...

2k insyaallah cukup

Nor Afidah Bte Che Azmi berkata...

Wah...Nak p Karbi gitu..2K duit kita ke duit Bath akak..Kena la bawak bekalan makanan sendiri jugak..kalau tak jenuh makan luar je kan..Lagipun Krabi mestila nak tengok pantai dia...

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292