Taman Permainan, Vandalism Dan Keriangan Anak-Anak

4:33 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Santai dan riadah di taman permainan kanak-kanak memang seronok. Tambah-tambah bila anak-anak berlari dengan riang.  

VANDALISM

TAPI, VANDALISM telah menyebabkan taman permainan ini menjadi tempat tidak selamat dan tak seronok lagi.. Tiada penjagaan, pemantauan dan pembaikan dari pihak yang sepatutnya...

KESAL sebab kemudahan yang ada tidak dapat di gunakan sepenuhnya.  Bagaimana nak jaga kemudahan yang di beri ini? Sapa sepatutnya yang bertanggungjawab? Kepada siapa saya nak laporkan masalah ini...


Buai yang tiada buai..

Botol minuman keras bersepah di bawah pokok...
Dalam kawasan perumahan saya ini mempunyai lebih dari 5 taman permainan kanak-kanak tetapi semua mengalami nasib yang serupa... Di mana lagi nak bawa anak-anak bermain? 

jongkang jongkit yang separuh sempurna...

Dah takde pemegang... Bahaya untuk anak-anak.



seronok main kejar-kejar..

Yang ini pun tak berapa nak sempurna...

Baru belajar memanjat...
Entry ini bukan nak menyalahkan pihak yang bertanggungjawab tetapi mengharapkan kesedaran semua untuk menjaga kemudahan yang telah di sediakan. Di harapkan pihak yang bertanggungjawab lebih peka untuk selenggara dan pembaikan taman permainan yang sedia ada... Prihatin hari ini untuk masa depan.
Chewahhh!

#lovenature.




0 comments:

Pengikut

Google+ Followers