Kalau jadi bos, mestilah....

4:47 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hari ni sedikit tension... keja pun separuh ikhlas. Ntah berkat atau tak gaji aku hari ni...
Macam nilah bila jadi orang bawahan... Serba tak kena. Tak penuhi permintaan pun kena tegur, penuhi pun kena tegur... Adat makan gaji  kannnnnn!

Tahun bila pun tak tau impian aku akan terlaksana... tak berani nak ambik risiko lagi buat masa sekarang..
Takut yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran..

Kalaulah aku atau korang ka yang  jadi bos,  jadilah bos yang .....

1. Boleh memberi motivasi kepada orang bawahan.
2. Pandai nak agihkan kerja.
3. Ambil tahu dan serba tahu
4. Membenarkan kesilapan sebagai pengajaran kearah pembaikan
5.Belajar dari kesilapan sendiri
6. Layanan adalah sama rata kepada semua kakitangan
7. Kerja bersama, turun padang
8. Knowledge Sharing
9. Pantas memberi maklumbalas
10. Jangan Moody.

10 ciri-ciri ni pun dah cukup untuk jadi bos yang baik. Sapa yang ada 6/10 dari ciri-ciri pun dah baik..
Masih dok belajar nak bagi cukup 10 ciri ni.
Doakan saya yer!
:)


-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers