Cahaya Hayati

4 Oct 2018

Kisah Seram Di UUM - Part 2

October 04, 2018 2
Kisah Seram Di UUM - Part 2
Kisah seram di UUM part 1 hari tu ramai pula yang baca yer... Suka yer korang dengan kisah seram seram ni? So, kita sambung part 2 pula lah yer tapi kisah ni tak berlaku pada mommy tapi mommy saksikan sendiri kejadian tu. Almaklumlah bilik berdepan-depan. Masa kejadian ni mommy dah tahun kedua atau semester 4. Kolej kediaman mana biarlah rahsia sebab takut penghuni di kolej kediaman tu takut pula...

Hari kejadian adalah hari minggu tapi sebagai pelajar senior yang ambil jurusan pendidikan, hari minggu adalah hari yang penuh dengan aktiviti di sekolah-sekolah yang berdekatan dengan UUM. Bukan pergi seorang tapi sekumpulan dan setiap orang ada tugasan masing-masing. Masa berada di sekolah tersebut, tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku sehinggalah balik ke bilik masing-masing.

Kelainan pada kakak senior ni disedari oleh room mate dia. Kakak tu macam diam dan nampak sedih katanya. Dia tanya pada senior tu tapi suara budak kecil yang jawab. Lepas tanya tu tiba-tiba kakak senior tu mengamuk dan menjerit. Cepat-cepat room mate yang lain panggilkan warden. Senior-senior bilik sebelah pula pegang kakak tu. Tak silap dalam 8 orang.. Macam tak logik pun ada juga sebab kakak senior yang kena rasuk tu kecil saja orangnya. 

Kami yang lain pakat tengok saja. Nak tolong pun tak tahu nak tolong apa.. Nak pergi dekat pun seram jugak dengan mata terbeliaknya.

Dalam 30 minit selepas tu, warden pun sampai bersama seorang ustaz dan doktor. Ustaz minta semua bilik di aras tersebut baca surah Yassin sampai habis dia rawat. Masa ustaz mula berubat, kakak senior dalam suara budak kecil sebut nama sorang sorang yang tengah period. Dia kata yang tengah period tu semua kawan dia. Apalagi semua pakat takut lah... Lepas dia cakap macam tu, ustaz minta semua yang period pergi ke tingkat atas atau bangunan sebelah. 

Masa ustaz mula berubat, kakak senior tu bertambah kuat sampailah kakak-kakak senior tadi tak larat, berganti dengan yang lain pula termasuklah warden dan doktor. Oh yer doktor dan warden tu lelaki yer.. Ada yang kena tendang, ada yang kena cekam sampai lebam dan kena ludah.

Then, sampailah part ustaz berdialog dengan makhluk yang berada dalam tubuh kakak senior tu. Ustaz tanya kenapa ikut kakak ni? Dia kata dia suka kakak ni sebab baik. Ustaz tanya dia dari mana? Dia cakap dia dari sekolah yang kakak senior pergi tadi. Lepas tu dia kata, kakak di dah masuk dalam kawasan dia. 

Lepas dia cakap macam tu, kakak senior yang pergi sekali tadi iyakan sebab kat sekolah tu ada taman bunga yang cantik. Tapi depa tak buat apa pun just pergi melawat saja.

Ustaz tanya lagi. Asalnya dari mana? Dia kata dia mati kat sekolah tu. Korang boleh imagine tak suara budak umur 6-7 tahun. Suara manja-manja lagi... Kemudian ustaz suruhlah makhluk tu balik. Budak tu cakap tak nak. Dia kata dia sayang kakak ni.. huhu...

Sampailah part sebelum dia balik, dia cakap dia nak tolong kakak ni. Kat sini dia ceritalah semua kisah sedih kakak ni termasuklah kecacatan fizikal di kaki ( sikit saja dan tak ketara pun), kisah family dan termasuklah kisah cinta di tolak. Semuanya betul... Korang bayangkan kitaorang yang dengar budak ni cerita pun rasa sedih. Macam luahan hati kakak tu sebenarnya. Ini dengar sambil baca Yassin. Serius memang tak kusyuk baca Yassin time tu...

Banyaklah dialog antara ustaz dengan budak tu dan jawapan yang di beri pun dalam pelbagai intonasi. Ada yang okay, ada yang seram, ada yang memberontak dan ada yang merayu... Sambil bersoal jawab tu ustaz ada membaca surah-surah untuk mengeluarkan budak tu. Hampir 2 jam juga kejadian tersebut. Ntah macam mana lepas tu suara tu hilang dan kakak tu pun tiba-tiba jadi lembik. Ustaz cakap dah okay dan minta pantau kakak tadi.

Lepas kejadian tu, doktor yang datang bersama suntik ubat tidur kepada kakak senior. Dia juga minta semua yang ada untuk tidak bertanya dan cerita kejadian ini bila dia sedar. Yelah sebab ada aib dia yang dah tersingkap. 

Kiranya lepas tu kami semua buat dan tegur macam biasa saja... Lepas kejadian tu jugaklah baru mommy percaya apa yang orang cerita tentang kena rasuk tu betul. Bukan di buat-buat yer... Moral of the story, kalau ke tempat baru... jangan pandai-pandai sendiri. Sila bertanya kepada tuan rumah dulu ataupun beri salam, jangan main redah saja.  In Sha Allah tiada apa-apa yang akan berlaku. 

3 Oct 2018

Pretty Valet | Kini Di Pulau Pinang

October 03, 2018 0
Pretty Valet | Kini Di Pulau Pinang
Pretty Valet | Kini Di Pulau Pinang. Hai uolls! Pretty Valet kini di buka di Pulau Pinang. Pretty Valet adalah sebuah spa atau pusat kecantikan yang berkonsepkan moden kontemporari. Pretty Valet HQ terletak di Kajang, Selangor dan di Pulau Pinang adalah cawangan pertamanya berikutan permintaan ramai dari orang utara. 

pretty valet, pretty valet penang, pretty valet pulau pinang, pretty valet seberang jaya, lokasi pretty valet pulau pinang, alamat pretty valet penang, produk pretty valet, spa pretty valet, pusat kecantikan pretty valet, pusat kecantikan terbaik di pulau pinang, spa terbaik di penang, spa terbaik dan best di penang, spa best di Penang, skin analyze, analisis kulit, Jenis-Jenis Rawatan Yang Di Tawarkan Di Pretty Valet, Misi Dan Kelebihan Pretty Valet,
Mommy @ Pretty Valet Penang

Pretty Valet | Kini Di Pulau Pinang

Pretty Valet diasaskan oleh Encik Muhammad Shafiz Firhan yang juga merupakan Pengarah Urusan Pretty Valet.

pretty valet, pretty valet penang, pretty valet pulau pinang, pretty valet seberang jaya, lokasi pretty valet pulau pinang, alamat pretty valet penang, produk pretty valet, spa pretty valet, pusat kecantikan pretty valet, pusat kecantikan terbaik di pulau pinang, spa terbaik di penang, spa terbaik dan best di penang, spa best di Penang, skin analyze, analisis kulit, Jenis-Jenis Rawatan Yang Di Tawarkan Di Pretty Valet, Misi Dan Kelebihan Pretty Valet,
Pretty Valet Pulau Pinang

Pengasas Pretty Valet - Encik Muhammad Shafiz Firhan

Pretty Valet Pulau Pinang secara rasminya di buka pada 29 September 2018 yang lalu. Mommy dan rakan blogger yang lain sempat ke upacara perasmian Pretty Valet ni sebab dengarnya apa pelbagai program menarik yang di adakan sepanjang hari perasmian tersebut. Antaranya adalah Talk berkaitan kecantikan, cara merawat wajah yang betul, perasmian dan cabutan bertuah. Masa perasmian ni juga ada jamuan makan. Nasi beriani uolls. Sedap!

Perasmian pembukaan Pretty Valet di rasmikan oleh ADUN Seberang Jaya iaitu Dr Afif Baharudin.

pretty valet, pretty valet penang, pretty valet pulau pinang, pretty valet seberang jaya, lokasi pretty valet pulau pinang, alamat pretty valet penang, produk pretty valet, spa pretty valet, pusat kecantikan pretty valet, pusat kecantikan terbaik di pulau pinang, spa terbaik di penang, spa terbaik dan best di penang, spa best di Penang, skin analyze, analisis kulit, Jenis-Jenis Rawatan Yang Di Tawarkan Di Pretty Valet, Misi Dan Kelebihan Pretty Valet,
Di rasmikan oleh ADUN Seberang Jaya iaitu Dr Afif Baharudin

pretty valet, pretty valet penang, pretty valet pulau pinang, pretty valet seberang jaya, lokasi pretty valet pulau pinang, alamat pretty valet penang, produk pretty valet, spa pretty valet, pusat kecantikan pretty valet, pusat kecantikan terbaik di pulau pinang, spa terbaik di penang, spa terbaik dan best di penang, spa best di Penang, skin analyze, analisis kulit, Jenis-Jenis Rawatan Yang Di Tawarkan Di Pretty Valet, Misi Dan Kelebihan Pretty Valet,
Aktiviti Hari Perasmian

Potong kek sempena perasmian Pretty Valet

Misi Dan Kelebihan Pretty Valet

Setiap perniagaan mempunyai misinya yang tersendiri di mana misi ini mampu menonjolkan dan menarik ramai pelanggan untuk mencuba serta menjadi pelanggan tetap. Begitu juga dengan Pretty Valet, bersandarkan 3 misi ini mampu menjadikan Pretty Valet sebagai pusat kecantikan yang di kenali ramai iaitu:-

  • Untuk memberi rawatan yang sesuai dengan masalah dan kulit pelanggan
  • Untuk memberi rawatan kecantikan yang berkualiti pada harga mampu milik 
  • Untuk memberi nilai tambah dengan menyediakan produk penjagaan dan pemulihan kulit terbaik.

Selain dari  3 Misi di atas, Pretty Valet juga beroperasi dengan 5 Nilai Asas yang menjadikkan Pretty Valet mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pusat kecantikan yang lain. Berikut adalah nilai asas tersebut:-

  • Keunikan Individu -  Di Pretty Valet, setiap pelanggan mempunyai kecantikkannya yang tersendiri dan sebab itulah setiap rawatan adalah mengikut masalah dan jenis kulit individu tersebut. 
  • Kepentingan Analisis Kulit - One to one consultant dengan Beauty Consultant adalah penting untuk mengetahui jenis masalah dan perbincangan jenis rawatan yang di perlukan.
  • Pengetahuan Am Kecantikan - Selain dari rawatan kecantikan, Pretty Valet juga akan memberi info dan tunjuk ajar dalam menjaga kulit termasuklah rutin harian. 
  • Sentiasa Membantu - Pretty Valet akan sentiasa membantu dan menyokong pelanggan ketika mendapat rawatan sehinggalah pelanggan memperolehi kesan atau kulit yang di impikan.
  • Pengalaman Khidmat Pelanggan - Pretty Valet akan memberi khidmat pelanggan yang terbaik.

Jenis-Jenis Rawatan Yang Di Tawarkan Di Pretty Valet

Terdapat 8 jenis rawatan yang di tawarkan oleh Pretty Valet iaitu:-

  • Rawatan Pemutihan
  • Rawatan Jerawat
  • Rawatan Parut
  • Signature Treatment
  • Rawatan Jeragat
  • Anti-Ageing Treatment
  • Rawatan Mata
  • Hair Removal Treatment. 

Wahhh banyak juga rawatan yang di tawarkan oleh Pretty Valet dan semua jenis rawatan ini memang sentiasa menjadi pilihan ramai. Oh yer, mommy ada rekod satu video penerangan terperinci rawatan untuk kulit berjeragat. Korang boleh tengok sendiri apa istimewanya atau cara rawatan tersebut di buat untuk menghilangkan jeragat di wajah...

Selain dari memberi rawatan wajah, Pretty Valet juga menjual produk-produk berikut di mana ia merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di utara. Produk-produk tersebut terdiri daripada Dermacare, Cosmetics, Nutricare dan Haircare. Kalau korang nak tengok produk-produk ni, bolehlah klik link di bawah ni...

pretty valet, pretty valet penang, pretty valet pulau pinang, pretty valet seberang jaya, lokasi pretty valet pulau pinang, alamat pretty valet penang, produk pretty valet, spa pretty valet, pusat kecantikan pretty valet, pusat kecantikan terbaik di pulau pinang, spa terbaik di penang, spa terbaik dan best di penang, spa best di Penang, skin analyze, analisis kulit, Jenis-Jenis Rawatan Yang Di Tawarkan Di Pretty Valet, Misi Dan Kelebihan Pretty Valet,
Produk-produk Pretty Valet

Dan yang menjadi pilihan mommy untuk mencuba produk Pretty Valet adalah MBH Nutricare Teatox. MBH Nutricare Teatox adalah minuman berperisa teh lemon ais dan ia berfungsi untuk mendetoks. Sedap! Rugi ambil satu saja hari tu...

Oh yer bagi korang yang berminat untuk mengetahui info lanjut tentang Pretty Valet, korang bolehlah layari media sosial Pretty Valet di bawah:-

Bagi yang berminat untuk mendapat rawatan wajah, korang bolehlah walk in sendiri ke Pusat kecantikan Pretty Valet yang beralamat seperti di bawah. Ohh yer, ada DISKAUN ISTIMEWA  sempena bulan pembukaannya. So, cepat-cepat ke Pretty Valet....

NO 6, GROUND FLOOR, 
JALAN TODAK 5, 
PUSAT BANDAR SUNWAY, 
SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

Nak lagi senang, korang follow saja google maps ni...

Jomlah kita ramai-ramai ke Pretty Valet.... 

1 Oct 2018

Big Bad Wolf Pulau Pinang 2018

October 01, 2018 3
Big Bad Wolf Pulau Pinang 2018
Pesta Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Pulau Pinang dalam siri jelajahnya ke utara pada Oktober ini! Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyertai pesta buku tersebut yang bakal berlangsung pada 4 hingga 14 Oktober 2018 bertempat di Aras 7, Gurney Paragon. Pesta buku yang amat dinanti-nantikan ini akan berlansung selama 11 hari, bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah malam. Masuk adalah PERCUMA, oleh itu pastikan anda tidak datang sendirian. Bawa rakan-rakan serta ahli keluarga dan berkongsi kemeriahan memburu buku kegemaran anda bersama-sama orang yang tersayang. 

Big Bad Wolf Pulau Pinang 2018, pesta buku, pesta buku pulau pinang, penang book sale, book sales, BBW Penang, Tarikh BBW Penang, lokasi BBW Penang, Penang , Big Bad Wplf, BBW, BBW 2018,
Big Bad Wolf Pulau Pinang 2018

Digelar sebagai pesta buku terbesar di dunia, Pesta Buku Big Bad Wolf sememangnya amat terkenal kerana menawarkan diskaun yang tiada tandingannya. Bagi para pencinta buku, bersedia untuk menikmati diskaun 75% hingga 95% keatas beraneka pilihan buku. Para pengunjung boleh menemui buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti novel, sains fiksyen, jenayah, seram, buku perniagaan, reka bentuk dan kesenian, buku memasak, seni bina dan banyak lagi. Para ibu bapa juga boleh menemui beraneka pilihan buku untuk kanak-kanak seperti buku kadbod tebal, buku cerita, buku aktiviti, buku remaja dan banyak lagi. Buku-buku yang ditawarkan di pesta buku berkenaan terdiri daripada tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Cina. 

“Kali terakhir Pesta Buku Big Bad Wolf diadakan di Pulau Pinang ialah pada tahun 2016. Semenjak itu, para peminat kami di Pulau Pinang sering mengalu-alukan kepulangan kami. Pada awal tahun ini, kami telah membuat keputusan untuk berkunjung ke seberapa banyak bandar yang mungkin, selepas Melaka, Ipoh, Kuching dan kini kami sedang menuju ke utara,” kata Pengasas Pesta Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.

“Kami sememangnya berhasrat untuk berkunjung ke lebih banyak lagi bandar di Malaysia bagi memberikan akses yang lebih luas kepada orang ramai untuk mendapatkan buku pada harga yang berpatutan. Kami percaya bahawa buku mampu mencipta peluang, menjadi sumber inspirasi serta membentuk masyarakat yang lebih berwawasan,” tambah Yap lagi. 

Terdapat buku yang sesuai untuk semua orang di Pesta Buku Big Bad Wolf. Para pengunjung boleh menemui buku-buku pendidikan keluaran penerbit terkenal seperti Kualiti, Sasbadi, PTS dan Pelangi, semuanya dengan potongan harga terhebat serta novel kontemporari Malaysia terbitan Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan banyak lagi.

Para pengumpul serta peminat barangan vintaj juga boleh mendapatkan beraneka pilihan poster dinding, lencana butang serta barangan eksklusif Big Bad Wolf pada harga yang rendah. 

Pesta Buku Big Bad Wolf telah berkunjung ke beberapa bandar di Malaysia sepanjang 2018 seperti Melaka, Ipoh, Kuching dan kini di Pulau Pinang. Pastikan anda mengetahui bila pesta buku ini akan tiba ke bandar-bandar yang berdekatan dengan anda, agar anda tidak terlepas peluang untuk memiliki buku-buku hebat pada harga yang menakjubkan.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi laman Facebook rasmi Big Bad Wolf di https://www.facebook.com/bbwbooks/

Maklumat Acara:

Big Bad Wolf Pulau Pinang 2018

Tempat:  Aras 7, Gurney Paragon 

Tempoh jualan:  4 hingga 14 Oktober 2018 

Masa: 10 pagi hingga 12 tengah malam

Masuk adalah PERCUMA!