Cahaya Hayati

29 Aug 2016

Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya

August 29, 2016 2
Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya
Assalamualaikum wbt. Selesanya Menginap Di Citadines DPulze Cyberjaya.

Setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan, mestilah terbayangkan bilik dan katil yang empuk. Pilihan mommy untuk menginap di Citadines DPulze Cyberjaya memang tepat sebab selesa, luas , katil yang empuk dan wifi untuk bilik/apartment itu saja. Syiok tenet lajuuuu.

Kenapa mommy pilih Citadines DPulze? Mommy pilih Citadines di Pulze kerana kedudukannya yang dekat dengan MMU dan mempunyai shopping complex serta tempat makan dalam satu bangunan. So, mommy tak perlu ke mana-mana. Senang. Lagipun mommy takdak transport nak kesana sini. Malas nak guna perkhidmatan UBER... 

Klik sini untuk ke laman web Citadines



Sesampai di Citadines, mommy di sambut dengan penyambut tetamu yang peramah dan tak lokek dengan senyuman. Rasanya orang dalam gambar di bawah ( yang adik perempuan tu). Siap beri pamphlet lagi untuk mommy pesan makanan. Ini kerana hotel ini tidak mempunyai F&B department. Jadi, pelanggan perlu order dari luar dan ambil makanan di lobi. Oklah jugak sebab terdapat pelbagai restoran yang berdekatan menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa minimum order.


Haaa! inilah bilik/apartment yang mommy dapat. Empukkan katil dia.. Cuma bilik mommy buka tingkap, nampak jalanraya. hihi.. Oklah sebab Mommy tak buka pun langsir tu. Buka sekejap ja untuk tengok view yang ada. 


Bilik air yang luas, bersih dan lengkap dengan keperluan seorang traveller.


Dalam bilik/apartment ni ada dapur dan kelengkapan dapur di sediakan. So, kalau siapa rajin nak masak tu bolehlah guna. Mommy malas, mommy turun bawah dan beli ja dalam shopping complex dPulze. Semua jenis makanan ada, melayu, chinese, korea, western, jepun... Pilih saja yang berkenan. Shopping baju dan barangan dapur pun ada. nak tengok wayang, ada TGV di sini...

Bila sorang-sorang, mommy malas nak layan semua tu. Mommy beli makan dan lepak dalam bilik saja. Layan drama Surah Buat Maisarah.



Oklah, kalau korang datang ke Cyberjaya.. Menginaplah di sini sebab selain studio executive yang mommy ambik ada dua jenis bilik lagi iaitu 1 bedroom executive dan 2 bedroom executive. Rate yang mommy dapat melalui booking.com adalah RM 167.00 semalam. Berbaloi kan?

note: Semua gambar ni mommy ambil dari laman web Citadines sebab handphone mommy masih di service center. Bila ntah nak dapat balik. huhu

26 Aug 2016

Dari Bukit Mertajam Ke MMU

August 26, 2016 0
Dari Bukit Mertajam Ke MMU
Assalamualaikum wbt. Dari Bukit Mertajam ke MMU. Sebuah catatan perjalanan.

Alhamdulillah kali ini di beri peluang untuk mendapatkan latihan di Multimedia Universiti atau lebih di kenali sebagai MMU. Latihan yang agak mencabar kerana di ajar sendiri oleh Dekan Fakulti Pengurusan iaitu Prof.  Dr. Murali yang di bantu oleh Mr. Vinod. Latihan supaya pelatih lebih memahami pengurusan dan perubahan dalam pengurusan.

Kali ini berpeluang untuk berkenalan dengan rakan baru dari semua unit dalam syarikat. Alhamdulillah bertambah kenalan.

Perjalanan dari Bukit Mertajam ke MMU bukanlah suatu pengalaman yang indah kerana ketiadaan smartphone dan di tambah lagi dengan system e-ticket KTM yang down pada hari ahad, isnin dan selasa. Pada hari perjalanan sistem KTM dah ok tetapi masih slow. So, hanya tiket pergi saja dapat di beli dan tiket untuk perjalanan balik perlu di beli di KL Sentral. Dah rasa itu bukan petanda yang baik tapi tabahkan hati juga kerana untuk dapatkan tiket pergi pun dah dua kali ke Hentian Bukit Mertajam. Booking online tak perlu di tanya kerana tak boleh access terus. Hmmm

Ok, sampai di KL Sentral pada jam 7.00 mlm. Ambil nombor untuk membeli tiket balik sebab tiket jam 8.00 malam telah habis. So, kalau tidak beli hari ini ( 24hb Ogos 2016)... kemungkinan untuk tiada tiket / tempat duduk adalah tinggi. huhu


Nombor yang dapat dengan nombor semasa adalah berbeza 300. Bermakna kena tunggu giliran ke 300. huhu

Tapi takpe, tabahkan hati dan bersabar juga untuk menunggu... Jauh lagi perjalanan ke MMU.

Akhirnya dapat beli tiket pada jam 9.20 malam. 

Terus ke kaunter KLIA Express dan beli tiket ke Putrajaya Sentral. Ok, perjalanan lancar... Dari Putrajaya Sentral ambil teksi ke Hotel Citadines Di Pulze. 

Tambang dari KL sentral ke Putrajaya Sentral adalah RM 14.00. Dan tambang teksi dari Putrajaya Sentral ke hotel adalah RM 12.  Banyaknya guna duit... :(

Itulah kisahnya. Hanya kerana sistem KTM down, perjalanan yang di rancang sampai ke hotel jam 9.00 malam telah menjadi lewat. Menyebabkan pelbagai perasaan timbul... takut seram semua ada. Yelah tempat yang tak biasa pergi dan travel sorang-sorang pula tu. Masa, sampai Putrajaya Sentral tu, semua shops lot dah tutup. Tabahkan juga turun mencari teksi.. 

Alhamdulillah di permudahkan.

Sampai saja hotel terus check in dan mandi, rehat dan tidor sebab esok kelas mula awal. 

Harap KTM dapat perbaiki sistem dan servis. Demi memudahkan pengguna. Tak perlu la kami beratur panjang-panjang dan lama untuk membeli tiket. #harapanpengguna #KTMB

23 Aug 2016

Mak Kata, Saya Anak Bijak

August 23, 2016 4
Mak Kata, Saya Anak Bijak
Assalamualaikum wbt. Mak Kata, Saya Anak bijak. Saya memang bijak pun. hihi peace.

Pesan Mak,

"Mesti utamakan pemakanan, perut sihat, otak cergas dan jadi bijak"


Sebab itulah sejak saya kecil, mak sentiasa memberi dan memaksa saya minum susu. Saya benci susu masa kecil dan sanggup muntahkan balik TAPI kena paksa minum balik. Hishhh!. Rupanya inilah strategi mak supaya saya menjadi anak yang bijak dan sihat. Strategi mak ini menjadikan saya seorang yang berjaya dalam pelajaran dan hidup.

Mak Kata, Saya Anak Bijak

Sekarang saya telah menjadi seorang ibu kepada 3 anak syurga. Seorang perempuan dan 2 lelaki. Saya telah lalui cabaran yang mak saya hadapi ketika membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Perlu menjadi superb mom. Dalam menjadi superb mom, kata-kata mak saya jadikan pedoman dan saya mengamalkan amalan meminum susu dalam diet harian saya agar kesihatan serta kecergasan saya terjamin pada masa akan datang. Barulah saya dapat mendidik dan bermain bersama anak-anak saya.

Ketika bermain dengan anak-anak saya suka cakap ayat sekerat - sekerat dan anak akan sambungkannya. Antara favorite ayat saya ketika bermain dan menasihati mereka adalah 

"Nak cantik..
              Minum Susu"

"Nak sihat...
             Minum susu"

"Nak Bijak..
            Minum Susu Dutch Lady lahhh"

hahahaha! 

Bijak! Bijak! Anak siapalah ni. Sel sel otak mereka berhubung dengan baik. Kenapa? Sebab saya mengamalkan meminum susu Dutch Lady sepanjang masa dan juga memperkenalkan susu Dutch Lady yang kaya dan lengkap dengan nutrisi  kepada anak-anak apabila mereka perlu di beri susu formula. 

Oklah entry ini untuk Contest Dutch Lady 'Mak Kata, Saya Anak Bijak'. Memang saya bijak sebab tu saya join contest ni sebab kalau menang boleh dapat pakej percutian bernilai RM 3000 dan juga wang tunai RM 1000.

Eh, boleh jumpa Lara Alana dan mommy dia juga, Scha. 

Peraduan Dutch Lady
Hai Lara, Hi Scha. 

Selain itu, ada 25 hadiah saguhati yang bernilai RM200.

Syarat contest ni pun senang saja.

Cepat-cepat sebab dah nak TAMAT contest ni. Tarikh tamat adalah 4hb September 2016. Dah taip panjang-panjang tu jangan lupa hantar ke  dlmakkata2016@gmail.com.

Ok. Bye. Semoga menang.