Cahaya Hayati

18 Feb 2016

Daddy Day Care

February 18, 2016 1
Daddy Day Care
Assalamualaikum wbt.

Daddy Day Care. Rutin wajib encik suami bila cuti atau bila mommy outstation. 

Siapa kata suami tidak pandai jaga anak? Bukan tidak pandai tetapi kekadang tu kita tidak meletakkan kepercayaan kepada suami sebab tidak pernah tinggalkan anak berdua, bertiga or berempat dengan suami. Sesekali kita kena letak kepercayaan tersebut.. Bukan apa mudah jika berlaku sesuatu kecemasan atau perkara yang menyebabkan kita terpaksa berada jauh dari anak-anak dan keluarga.

tips keibubapaan
Taman permainan baru siap. Masih cantik dan terjaga.
Lokasi : Dataran Raudhah, Kulim

Antara perkara lain yang peru di beri perhatian apabila tinggalkan anak-anak dengan suami adalah menyediakan keperluan seperti pakaian, susu dan makanan secukupnya dan teratur. Contohnya baju sekolah anak-anak dah siap iron. hehe..  Tips untuk elak encik suami rasa berat dan tension bila kena jaga anak. Biasalah bila urusan yang tidak menjadi kebiasaan akan terasa berat pada permulaannya. Tapi akan berasa seronok bila dah selalu buat. 

Seronok dapat naik buaian. 

Isteri pula jangan la terlalu cerewet bila tinggalkan anak dengan suami. Sekejap sekejap telefon tanya anak macam mana... Rimas tau! So biarlah encik suami yang uruskan. If ada emergency, pandai-pandailah dia call kita. 

Itu bab telefon, belum lagi bab rumah. Hehhe... Pasti ibu-ibu yang sedang baca entry ni tersenyum sorang sorang. Biarkanlah rumah nak jadi tongkang pecah ka.. nak terbalik ka.. Yang penting anak-anak terjaga. Jangan berleter tau.. Nanti encik suami dah takmo jaga anak.

Si kecik ni pun. 

Bab makan pula.. Bukan semua suami boleh memasak dan rajin ke dapur. So, terpulanglah sama ada ibu nak sediakan makanan sebelum tinggalkan anak-anak dengan suami ataupun suami beli saja dari kedai atau restoran yang berdekatan. Selalunya suami akan bawa anak-anak makan kat luar.. ngeteh katanya. Seronok la budak-budak tu...

Eh, daddy pun tumpang sekaki. Putus buaian tu bang!

Suami pula, jika isteri kena outstation tu .. Janganlah tunjukkan diri anda tidak mampu jaga anak-anak. Berikan keyakinan  kepada isteri. Akak percaya suami-suami di luar sana mampu menguruskan anak-anak bila isteri tiada di rumah. Jangan anggap menjaga dan menguruskan anak-anak itu satu beban. TIDAK tetapi ia adalah tanggungjawab.

Lagi satu, bila suami sendiri yang menguruskan anak-anak.. Barulah suami terasa peranan, perasaan dan tenaga yang di keluarkan oleh isteri. hehe.. Betul tak suami or bapa-bapa sekalian? Penat. Itulah yang di rasai oleh isteri. :)

Bila dah merasai apa yang di rasai oleh isteri... sama-samalah kita megurus anak-anak dan rumah tangga kita. Bak kata orang dulu - dulu ' ringan sama di jinjing, berat sama di pikul. 

Oklah ini saja tips yang akak dapat beri jika suami kena jaga anak-anak seketika. Bukan pakar tapi sekadar berkongsi pengalaman. 

17 Feb 2016

Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ

February 17, 2016 3
Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ
Assalamualaikum wbt.

Rajin bebenar adik Ain Dramatic Uniq ni buat segment. Kali ni Segment Bloglist... Bukan senang blog kita nak ada dalam blog blogger yang lain. Kecuali kau femes dan di kenali. Meh la kita rebut peluang yang ada depan mata. Syaratnya pun senang ya amat.

Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ


Traikh tutup segment ni adalah pada 29 feb 2016. Tarikh lahir akak ni... :D

Jom join reramai.

Jam Tangan Pelengkap Gaya Wanita

February 17, 2016 0
Jam Tangan Pelengkap Gaya Wanita
watch
Bagi sesetengah orang jam tangan adalah sekadar sejenis alat untuk menentukan masa namun bagi kebanyakkan yang lainnya ia adalah sejenis aksesori. Tidak seperti dahulu, kini jam tangan dianggap sebagai salah satu aksesori yang sangat berguna dan penting. Boleh dikatakan yang ianya wajib dipakai pada setiap hari terutamanya ketika anda keluar dari rumah. Tak lengkap dan serba tidak kena jika tidak memakai jam tangan.


watch,jam tangan, gaya , watch, gucci,jam tangan wanita, fesyen jam tangan wanita, march jacob, aldo, zalora
Jam tangan hadir dengan jenis yang berbeza untuk disesuaikan dengan minat dan cita rasa setiap orang yang memakainya. Selain daripada itu dengan pelbagai rekaan atau bentuk yang tersendiri, malah boleh mempunyai lebih banyak pilihan yang boleh dibuat. Nak yang bulat ke, nak yang petak ke ataupun yang oval. Bukan setakat bentuk muka jam saja yang pelbagai jenis malah tali jam juga telah di pelbagaikan. Dari tali jenis getah, kulit sehinggalah berbentuk rantai tangan. Apa yang penting ialah untuk pilih jam yang mempunyai ciri-ciri yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja untuk ke mana jua.


watch, jam tangan, gaya , watch, gucci,jam tangan wanita, fesyen jam tangan wanita, march jacob, aldo, zalora

Bagi akak, wanita wanita lain, gadis remaja dan gadis kecil, jam tangan yang sesuai dengan untuk kami adalah jam tangan yang mempunyai rekaan fashionable dan menyerlahkan sisi feminine mereka. Kebiasaannya, fesyen jam tangan wanita mempunyai banyak rekaan bergaya dan tampak stylish dengan warna yang menyerlah berserta rekaan terkini. Tidak kira apa pun pilihan jam tangan anda pastinya akan membuatkan personaliti lebih menyerlah jika dipakai bersama persalinan kegemaran.


watch, jam tangan, gaya , watch, gucci,jam tangan wanita, fesyen jam tangan wanita, march jacob, aldo, zalora
jam tangan pelengkap gaya wanita

Selain daripada itu, wanita juga mempunyai lebih banyak pilihan jika hendak dibanding dengan lelaki. Jam tangan wanita menguasai pasaran jam tangan dengan pelbagai koleksi jam yang cukup cantik daripada segi rekaan yang menarik bersama perincian yang lebih glamour. Ada bling bling lagi..
Jam tangan wanita sering kali dipakai untuk membuatkan penampilan seseorang kelihatan lebih menyerlah dan bagi membuatkan persalinan baju yang dipakai kelihatan menonjol. So, lelaki-lelaki di luar sana jangan jelesss yer! Almaklumlah kaum wanita lebih menyerlah dalam berfesyen. Peace yo!


watch, jam tangan, gaya , watch, gucci,jam tangan wanita, fesyen jam tangan wanita, march jacob, aldo, zalora
jam tangan

Kini anda boleh dapatkan aksesori kegemaran ramai wanita ini secara online. Beli jam tangan wanita online dengan harga yang lebih berpatutan bersama pelbagai diskaun hebat melalui pembelian secara atas talian!