Cahaya Hayati

6 Oct 2015

Kek Coklat Mikro, Mudah Dan Sedap

October 06, 2015 4
Kek Coklat Mikro, Mudah Dan Sedap
Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tak buat projek masak-masak dengan anak-anak. Kebetulan Aisy tidur petang pada hari ahad hari tu, Mommy dan kakak Aisya sempatlah membuat kek mikro di mana resepi asal adalah dari sedap tube.
 
First time cuba dah jadi. memang senang sangat sebab guna sudu dan mug saja. Jimat masa dan tenaga. hehe

Mommy masukkan bahan, kakak gaulkan. Lepas tu masuk dalam mikrowave. Ting, lepas 2 minit dah boleh makan. Haih, Tunggu sejuk dulu.. Melecur lidah tu.

Kalau dok hostel pun boleh buat...

Kek mikro
Posing dulu

Resepi Kek Coklat Mikro


Bahan 
2 sudu besar mentega
2 sudu besar cip coklat
1/8 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung naik sendiri /
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
4 sudu susu low 

Caranya:

Masukkan mentega dan gula dalam mug. Kacau sehingga sebati. Masukkan telur, garam dan essen vanilla. Kacau lagi.

Masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau sehingga sekata. Akhir sekali masukkan susu dan cip coklat. Kacau sehingga sebati.

Masukkan adunan kek tadi dalam mikrowave. Setkan masa selama 2 minit...  

Ting! dah siap. Sejukkan sebelum makan.

kek ni kakak punya... 

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!

October 06, 2015 0
PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!
Assalamualaikum wbt.



PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!

Pasti semua dah kenal dengan L’arome Slimming Serum atau nama barunya L’arome Warm Serum.  Bukan sahaja untuk kurus dan pecah lemak. Sebenarnya  banyak kegunaanya.




APA YANG L’AROME BOLEH BANTU LAGI?

    LEMAK: pembakaran lemak berlaku sangat pantas

    SELULIT: perubahan ketara hanya dalam tempoh 1 minggu

    LANGSING: perubahan yang amat ketara dlm 3-7 hari

    STRETCH MARKS: hampir 100% hilang dlm masa 1 bulan

BAHAN UTAMA L’AROME ialah dari APPLE STEM CELLMenggunakan teknologi Apple Stem Cell terkini dari Switzerland dalam membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, peha dan lengan. Menghilangkan selulit, orange peels, strecth marks & parut.

BAHAGIAN MANA BOLEH DI SAPUKAN L’AROME?
* Boleh disapukan pada double chin.

* Menghaluskan tekstur kulit.

* Mengeluarkan angin-angin dalam badan.

CARA PENGGUNAAN L’AROME :
Untuk pertama kali, cuba dahulu 1pam dan sapukan di bahagian perut tengah sambil sapu. Gosok, urut, tenyeh, dan tepuk-tepuk pada bahagian berlemak atau bahagian yang perlu.

SAPUAN PALING EFEKTIF UNTUK L’AROME:-
- 2 x sehari
- pagi selepasmandi
- malam sebelum tidur

Jika ada masa lapang boleh sapu 3x-4x sehari (lagi cepat Nampak keputusannya sambal tepuk-tepu di bahagian yang telah di sapu). Kunci turun berat badan ialah bahagian (urutan dari ulu hati kebahagian perut)

TIP:
- Kalau boleh hindarkan dari minum kopi/teh (kecuali green tea) kerana gangguan metabolism badan.
- pakai girdle/korset (jika ada)
- Jika anda banyak lemak tepu,  amalkan diet protien (makan Ikan, ayam)
- Kurangkan karbohidrat (nasi, mee, roti, kuih muih dan minuman manis)
- elakkan makan telur, kacang soya, kentang, durian, minuman manis, sejuk, berais dan bergas
- perbanyakkan minum air masak.

TINDAK BALAS L’AROME

- kurang selera makan
- lawas buang air besar
- nyah toksid dan lemak
- mungkin aka nada merah2 atau gatal pada bahagian yg disapu. Jangan panik/takut...itu normal...serum sedang meresap dan merungkai lemak tepu.







Testimoni 1
 "Saya hilang 2.5inci 2 minggu. Selulit makin hilang!!"
 

Testimoni 2
"Lengan kecik, perut kempis"



HARGA LAROME:
1 botol RM170

All-in-1 bottle – harga treatment jika di SPA RM1.5K-RM3K, tetapi anda hanya perlu bayar lebih kurang 10% sahaja.

HARGA ISTIMEWA PENGHABISAN STOK RM106 SAHAJA !! TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POS)


PM/SMS/CALL/WA: 0126460421

Resepi Sambal Sotong

October 06, 2015 1
Resepi Sambal Sotong
Assalamualaikum wbt

Tayangan untuk menelan ailior sebelum keluar lunch. Hasil air tangan sendiri di hari minggu untuk keluarga tersayang. 

Sambal pekat yang menyaluti sotong. Tambah ubi kentang sebagai sayur sampingan..

sambal sotong mudah dan sedap

sambal sotong sedap

Resepi Sambal Sotong 

600gram sotong ( 6-7 ekor sotong sederhana besar)
1-2 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih  - di kisar
2 cm halia - di kisar
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
1 sudu besar sos tiram
gula
garam
minyak


Cara:

Panaskan minyak. Goreng ubi kentang sehingga masak/ garing.

Minyak gorengan tadi (sikit saja), tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.

Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam secukupnya. Masak seketika.

Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan ubi yang telah di goreng tadi.

Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.

Sedap di makan dengan nasi panas-panas.

Selamat mencuba!