Cahaya Hayati

23 May 2014

5 Bulan 2 Minggu..

May 23, 2014 0
5 Bulan 2 Minggu..
As Salam.

Pepagi dah semangat meng'update' blog. Ini buat penambah semangat untuk siapkan report... Hmmm
Lately ni macam terlampau banyak kerja dan kekadang tu rasa tertekan.. Tak saboo nak cuti 3 bulan. :D

Usia kandungan sekarang dah 5 bulan 2 minggu. Baby dah semakin aktif bergerak... Selera makan dah bertambah. Asyik lapar ja.. TAPI still tak boleh nak bau tumis, rempah dan makan ikan. huhu.. Sabar. 4 bulan lagi ja...  Bukan apa, kekadang tu rindu nak makan makanan yang masak sendiri...  Sian kat anak-anak dan en. suami. Sabar ye, lagi 4 atau 5 bulan lagi!

Persiapan barang baby.. belum beli apa pun. Maybe lepas raya baru nak start beli... Tak banyak sebab baju kakak dan abangnya masih ada. In sha Allah masih boleh digunakan lagi sebab baju new born kakak dan abangnya hanya pakai ketika dalam pantang..  Pastu dah tak muat.

lastly sekeping gambar mak yong yang perutnya tersembunyi di bawah meja. hihihi... Ini gambar masa event semalam kat EQ.


Bye.

21 May 2014

Yang Tak Di Duga

May 21, 2014 0
Yang Tak Di Duga
Al Fatihah di atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah iaitu Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Takziah kepada keluarga Almarhum.

Yang tak di duga pula adalah tadika anak-anak umumkan cuti apabila saya dah sampai ke opis... Aduh! Camna ni? Think....  Then, slow talk dengan cikgu dia minta tolong hantar balik... Nasib baik  cikgu setuju. Kalau tak penatla  saya nak patah balik then mai kerja balik... Dah buang masa kat jalan.

Yang cikgu pun kenapa la tak habaq awai-awai... Kan dah susah. Apa-apapun terima kasih di atas kerjasama dan kesudian untuk hantar anak-anak saya balik rumah...

Bukan saya penting kerja ttp keadaan yang tak mengizinkan..  anak-anak saya adalah nyawa saya.


19 May 2014

Good Luck!!!

May 19, 2014 0
Good Luck!!!
To my dear hubby,

Good luck for new jobs scope, new environment, new friend, new bosses and new management. Hehehe...

Alhamdulillah. Lega sangat-sangat bila en.  suami  dapat balik bekerja di Kulim Hi-Tech. Dekat banyakk dengan rumah...dan hati saya pun senang banyak. Sebelum ni, bimbang keselamatan dia berulang alik dari Kulim ke Bayan Lepas...  :D.


To my kids,

Good luck for first semester exam. Mummy & daddy sentiasa doakan yang terbaik. Segalanya untuk anak-anak mummy & daddy.

note: 

Zaman semakin canggih. Tadika zaman mummy & daddy dulu tak macam ni... setakat kenal abc dan nombor saja.. Darjah satu baru dok merangkak mengeja dan mengira.. Zaman sekarang anak-anak dah pandai membaca, mengira ( tambah dan tolak).

# Esok lusa sapa yang tau.