Cahaya Hayati

30 Nov 2013

masih menunggu...

November 30, 2013 0
masih menunggu...
Alhamdulillah, teambuilding 3 hari 2 mlm telah berakhir... 
Rindu sangat2 kat aismar.. kat daddy diapun rindu jugak.

Tika ini saya masih menunggu.. flight delay di sebabkan cuaca.
Delay takpe asalkan saya sampai dengan selamat..
Kita hanya merancang... Allah jua yg menentukannya.


27 Nov 2013

AJK Ikan Temenung/ Kembung

November 27, 2013 0
AJK Ikan Temenung/ Kembung
Alhamdulillah. Semalam telah selamat menyertai aktiviti memasak secara gotong royong sempena Safety & Healthy Week.  Macam-macam menu dan telah di bahagikan mengikut division yang ada. Lebih mudah dan senang untuk communicate sesama ahli/ ajk.

Unit saya telah memilih untuk memasak ikan temenung/ kembung yang tersedap di dunia..Hek eleh, ikan kembung jer pun. Oiii terlebih garam pun tak sedap gak kan...kan  :P

Pagi-pagi dah sedia untuk menyiang dan membasuh ikan... Banyak tau! 15 kg...

Then, start menggoreng... Time menggoreng ni ada ajk import pula (lelaki). Team saya takde lelaki sebenarnya...goreng ikan ja kan.
Apa-apapun, terima kasih jugak kepada ajk import ni sebab tolong goreng ikan sampai habih....


Bukti. Ambil gambar beramai-ramai depan kuali... Jangan kata kami tak buat kerja ya!#Peace


Kepada semua yang membantu, terima kasih banyak-banyak. In Sha Allah, aktiviti ini mengeratkan silahturrahim di antara kita. Yang terlebih dan terkurang mohon ampun dan maaf ya... 

25 Nov 2013

Taman Permainan, Vandalism Dan Keriangan Anak-Anak

November 25, 2013 0
Taman Permainan, Vandalism Dan Keriangan Anak-Anak
Santai dan riadah di taman permainan kanak-kanak memang seronok. Tambah-tambah bila anak-anak berlari dengan riang.  

VANDALISM

TAPI, VANDALISM telah menyebabkan taman permainan ini menjadi tempat tidak selamat dan tak seronok lagi.. Tiada penjagaan, pemantauan dan pembaikan dari pihak yang sepatutnya...

KESAL sebab kemudahan yang ada tidak dapat di gunakan sepenuhnya.  Bagaimana nak jaga kemudahan yang di beri ini? Sapa sepatutnya yang bertanggungjawab? Kepada siapa saya nak laporkan masalah ini...


Buai yang tiada buai..

Botol minuman keras bersepah di bawah pokok...
Dalam kawasan perumahan saya ini mempunyai lebih dari 5 taman permainan kanak-kanak tetapi semua mengalami nasib yang serupa... Di mana lagi nak bawa anak-anak bermain? 

jongkang jongkit yang separuh sempurna...

Dah takde pemegang... Bahaya untuk anak-anak.



seronok main kejar-kejar..

Yang ini pun tak berapa nak sempurna...

Baru belajar memanjat...
Entry ini bukan nak menyalahkan pihak yang bertanggungjawab tetapi mengharapkan kesedaran semua untuk menjaga kemudahan yang telah di sediakan. Di harapkan pihak yang bertanggungjawab lebih peka untuk selenggara dan pembaikan taman permainan yang sedia ada... Prihatin hari ini untuk masa depan.
Chewahhh!

#lovenature.