Cahaya Hayati

11 Oct 2018

Aisy Turn 4

October 11, 2018 2
Aisy Turn 4
Aisy Turn 4. 24 September hari tu genap umur Aisy 4 tahun tapi mommy dia baru nak update blog. kihkih.. Sambut sikit-sikit saja. Janji besday boy happy dapat kek Spiderman dan ironman. 

Dear Aisy, 

Having you as my son gives me so much love, joy and pride. I love u, happy birthday!

Macam selalu. Kek dari Donna's Touch. Kali ini order kek White Chocolate Macadamia. Sedap sangat sampai menjilat jari... hihi. 

Selain daripada kek, mommy dan daddy beli KFC kesukaan anak-anak dan ofkos KFC kan selalu simbolik untuk hari istimewa. Biar simple tapi janji sambutan ini penuh dengan gelak tawa anak-anak. 

Disebabkan mommy dah peram terlalu lama, mommy pun tak tahu nak karang apa dah... hehe. Moh ler kita sambung buat kerja. 

10 Oct 2018

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat | Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat

October 10, 2018 0
Festival Makanan Kanak-kanak Sihat | Ayam Brandâ„¢ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat
Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat. Semalam mommy berkesempatan untuk pergi ke event Ayam Brand di Pulau Pinang untuk melihat sendiri bagaimana Ayam Brand mendidik kanak-kanak cara makan makanan sihat. Alhamdulillah event yang baik dan happening sekali. 

me

Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes .

Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.  

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.  

Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya. 

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif. 

Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.  

 En Nathan Deverre, wakil dari Ayam Brand™ Bersama kanak-kanak dari Rumah Permata Kasih, Children’s Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah Kebajikan Seri Cahaya di Pulau Pinang sempena Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand 2018.

Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!  

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.” 

MR. Nathan Deverre 

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari. 

aktiviti mewarna sebelum acara bermula

Teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA

Healthy Plate

DIY nasi lemak tuna

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak. 

Nasi lemak tuna 

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak. 

Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat. 

Rumah Kebajikan Seri Cahaya

Rumah Permata Kasih

Children’s Protection Society

Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.

Rumah Permata Kasih, Children’s Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah Kebajikan Seri Cahaya dari Pulau Pinang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Children’s Protection Society, Cik Magdeline Leong, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.  

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Children’s Protection Society untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti. 

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Children’s Protection Society tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Cik Leong.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web Ayam Brand di bawah:- 

8 Oct 2018

Review Kotak Pink Althea Lagi

October 08, 2018 4
Review Kotak Pink Althea Lagi
Review Kotak Pink Althea Lagi. Kali ini mommy nak review product dari Althea yang mommy pilih sendiri hasil reward yang mommy dapat sebagai Angel Althea. Tak banyak yang mommy beli... 4 product saja untuk menghiaskan wajah mommy. 

Produk-product yang mommy pilih terdiri daripada:-

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
Make up dari Althea Korea lagi...

  • ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer
  • Etude House Precious Mineral BB Cream Matte
  • Luxe Gel Eye Liner
  • Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense

Produk-produk ini mommy pilih di sebabkan stok sedia sudah nak habis. Lip Matte tu buat tambah koleksi sebab mommy takde lagi kaler tu... Okaylah jom kita review satu per satu produk-produk ni... 

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer

Sejak-sejak tahu tentang kepentingan menggunakan primer sebelum menggunakan produk make up yang lain, memang mommy akan sentiasa pastikan primer sentiasa ada dalam beg make up.

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer di pilih oleh mommy sebab ia adalah:-

  • Primer muka yang natural, kiranya semua jenis kulit dan warna kulit boleh guna primer ni.
  • Melembapkan dan menyegarkan kulit. Ia bukan saja melindungi kulit dari alahan atau kesan sensitif akibat penggunaan make up tapi ia juga melembapkan dan menyegarkan kulit. So, bila pakai memang rasa best dan selesa. 

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer adalah sejenis primer yang lembut dan halus, cepat meresap ke dalam kulit, berbau wangi dan tidak berminyak. Di datangkan dengan warna natural membolehkan semua warna kulit boleh gunakannya. Make up selepas menggunakan ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer juga lebih sekata dan licin. So, memang rekomen kepada korang untuk cuba primer jenis ni...

Etude House Precious Mineral BB Cream Matte

Kali pertama menggunakan Etude House Precious Mineral BB Cream Matte. Saja nak try produk yang mendapat review best-best. Mommy lebih suka menggunakan BB cream berbanding bedak kerana mommy ada sedikit alah dengan benda berdebu. Kalau pakai juga, confirm jerawat halus akan naik. So, better elak dan guna produk yang sesuai.

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
Etude House Precious Mineral BB Cream Matte

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
Warna sand. 

warna sekata dan tampak natural..

Apa yang mommy suka dengan Etude House Precious Mineral BB Cream Matte adalah ia mengandungi SPF50+ yang mampu melindungi kulit mommy serta mencegah jeragat dari bertambah banyak. Bila pakai BB Cream ni, memang ia mampu menyembunyikan cela atau parut yang ada di wajah. Kalau nampak tu taklah ketara sangat. Boleh tengok video yang mommy buat ni...

Oh yer warna yang mommy pilih adalah sand. Sesuai la kan dengan warna kulit mommy... 

Luxe Gel Eye Liner

Mommy ni bukannya pandai atau rajin sangat ber'make up' tapi semangat nak cuba make up tu yang membuatkan mommy beli. kihkih. Kali ini mommy try gel eyeliner berwarna hitam. Saja nak try balik sebab dulu suami pernah kata saya tak sesuai pakai liner hitam. Nampak menonjol sangat mata sebab mata saya dah besar katanya. kofkof..

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
Luxe Gel Eye Liner

Kali ini nak try juga kot-kot sesuai dengan mencuba taktik yang di ajar oleh MUA di media social. Ha nilah hasil yang mommy dapat buat. Sesuai tak? 

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
Nampak tak?

Yang best tentang Luxe Gel Eye Liner ini adaalah ia pensel yang lembut bergel. Bila letak di kelopak mata tu tak terasa sangat. Tengok-tengok dah ada kesan. Yang best, ia senang di cuci. Basahkan tisu jer dah boleh buang gel eyeliner ni.

Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense

Suami tepuk dahi bila tengok dalam kotak ada lipstik lagi. hehehe... Mommy memang suka beli lipstik dan lip matte. Suka pakai sebab setiap warna memberi perasaan yang berlainan. Rasa macam bertenaga dan lebih yakin untuk keluar rumah.

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense

Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense yang mommy pilih ni code 23 warna macam natural dan pastel. Bila pakai memang nampak natural. Tahan lama dan senang di bersihkan... Kalau korang tak suka make up tebal-tebal, boleh cuba Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense ni.

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
sesuaikah?

Taraaaa! Inilah hasil make up menggunaakan 4 product dari Althea. Simple simple saja...  

ONSAEMEEIN Magic Skinny Primer, Etude House Precious Mineral BB Cream Matte,Luxe Gel Eye Liner,Mamonde Creamy Tint Color Balm Intense, make up murah, online shopping make best, althea, cara beli make up dari korea, make up korea murah, barang make up best, bb cream, etude house, bb cream etude house, lip tint, lipstik, lip matte, luxe, gel eyeliner, eyeliner, primer, onsaemeein, primer best, primer terbaik,
hasil make up menggunakan 4 produk Althea

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan produk-produk dari Althea bolehlah layari laman web Althea di bawah.

https://my.althea.kr/

Bagi korang yang pertama kali nak shopping di Althea, korang layak untuk dapat diskaun 20% bagi pembelian pertama korang. Klik link di bawah untuk DISKAUN!