Cahaya Hayati

2 Feb 2017

WebFilm Cooking Hustle TNB Sempena CNY 2017 Padat Dengan Mesej Tersendiri

February 02, 2017 0
WebFilm Cooking Hustle TNB Sempena CNY 2017 Padat Dengan Mesej Tersendiri
Assalamualaikum wbt. 

Happy Chinese New Year untuk semua kaum china yang menyambutnya. 

Korang.. Korang ada tengok tak webfilm Cooking Hustle oleh TNB? Kalau belum tengok atau menonton, sila tonton dulu... 
 
Dah tengok kan? Apa yang korang faham? 

Webfilm Cooking Hustle ini mengisahkan 3 orang menantu yang hadir ke rumah mertua dengan tangan kosong. Menantu-menantu ini tidak pandai masak tetapi ada kepakaran masing-masing. Kedatangan mereka dengan tangan kosong menyebabkan maharani (ibu mertua) marah, lalu mengarahkan menantu-menantu menyediakan satu hidangan setiap orang. Terdapat unsur-unsur lawak apabila menantu-menantu ini menyediakan hidangan tersebut.

Akhirnya hidangan yang di minta siap dan di hidangkan kepada maharani. Maharani kembali marah apabila hidangan yang di sediakan tidak memenuhi citarasanya. 

Keadaan dapat di selamatkan oleh maharaja (bapa mertua) di mana bapa mertua menggunakan sedikit magic untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan lazat.

Moral of story dari webfilm ini adalah :-
  • Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan.
  • Ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja.
  • Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan.
  • Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
  • Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain

Table Of Harmony

Dalam website Table of Harmony, korang juga boleh join Mystery Dish. Di sini anda akan tahu apa mystery dish korang. Mystery Dish ni ada maksud yang tertentu tau... Kalau nak tau kena la sertai.
Untuk mengetahui Mystery Dish korang, firstly kena pergi ke website ni https://betterbrighter.my/tableofharmony
iklan chinese new year TNB

Klik tab ' UNVEIL MYSTERY DISH'

Selepas itu, klik ' DISCOVER MYSTERY DISH YOU ARE & JOIN THE TABLE'

iklan chinese new year TNB
 
Jawab soalan yang korang rasa sesuai dengan korang. A, B, C atau D.

Tadaaaaa!

iklan chinese new year TNB

Mystery Dish mommy adalah Red Faced Chicken yang membawa maksud ' your unpredictable nature makes you undefeatable in any challenge'. 

Close up sikit. Kalau dalam bentuk GIF ayam ni bergerak-gerak. Mommy tak pandai nak masukkan gambar GIF dalam blog. Kira yang ni pun bolehlah kan.

Mudahkan.?

iklan chinese new year TNB

Oklah, untuk maklumat lanjut... Korang bolehlah layari website dan laman sosial TNB seperti berikut:



P/s: Jangan lupa komen korang punya mystery dish kat ruangan komen yer!


1 Feb 2017

Eumora Facial Bar Sesuai Untuk Semua

February 01, 2017 0
Eumora Facial Bar Sesuai Untuk Semua
Assalamualaikum wbt. Eumora Facial Bar Sesuai Untuk Semua

Hi korang. Tak sangka sekejap saja dah masuk bulan Februari iaitu bulan kedua tahun 2017. Tahun ni macam-macam nak buat . Wish me luck.

Oklah. Hari ni mommy nak share tentang sabun atau pencuci muka yang mommy guna dan sesuai untuk semua jenis kulit. Nampak saja kecil tapi sangat berkesan dan berkuasa, Kenapa? Haa kena baca sampai habis tau!

Eumora Facial Bar


Eumora Facial Bar

Eumora Facial Bar adalah sabun pencuci muka yang di formulasikan dari 100% bahan-bahan yang bermutu tinggi yang di import dari Europe dan di sensasikan dengan HMA (Hydration microalgae factor). Sesuai untuk digunakan setiap hari oleh semua jenis kulit.Ia dapat memberi kesan bersih, lembab dan segar. 

Eumora Facial Bar telah terjual berjuta unit di 60 buah negara. 

Eumora Facial Bar

Disebabkan Eumora Facial Bar adalah produk yang laku keras, mari kita tengok 10 sebab kenapa perlu guna Eumora Facial Bar ini.

Eumora Facial Bar


Perkara Yang Perlu Tahu Tentang Eumora Facial Bar


Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Di formulasi untuk mengimbangi kulit yang berfungsi pada kulit berminyak, kulit kering, dan kulit sensitif; di kedua-dua kulit cerah dan gelap. Ini diperolehi melalui HMA dan Moor bekerja bersama-sama untuk menyahtoksik dan memulihkan melembapkan kulit dan keseimbangan pH; untuk membawa kembali seri semula jadi dan cahaya kulit yang sihat.

Tiada Kandungan Terlarang


Ia adalah produk ESABEE di mana semua produk ESABEE dibangunkan untuk menjadi berkesan, selamat dan lembut untuk kulit kita dan mesra kepada alam sekitar. Kedua-dua NMA, pemakanan faktor mikroalga dan HMA, penghidratan faktor mikroalga adalah bahan-bahan proprietari kuat berasal dari produk semula jadi untuk membantu menyuburkan dan melindungi badan kita terhadap tekanan gaya hidup moden.


Boleh Guna Pelembab Lain Bersama Eumora Facial Bar


Yer. Boleh guna pelembab lain bersama Eumora tapi pastikan yang lembut dan natural. Ini kerana kulit muka akan menjalani proses detox apabila menggunakan Eumora Facial Bar.

Kesan Selepas Penggunaan Eumora Facial Bar

Ya memang kulit akan bertindakbalas selepas menggunakan Eumora Facial Bar tetapi ia adalah di sebabkan toksik yang sedia ada dan sensitivity kulit. Ia di panggil proses penyembuhan.


Bolehkah Menggunakan Eumora Bar Melebihi 3 Minit?

Tidak di galakkan dan perlu mengikut arahan yang terdapat dalam kotak atau bungkusan Eumora Bar.

Proses Penyembuhan

Kesan-kesan yang boleh dilihat awal proses detoksifikasi yang dialami oleh minoriti yang sangat kecil, kerana organ kulit mengusir toksin yang mungkin telah terkumpul di bawah kulit dari masa ke masa. Contoh yang paling biasa setempat kekeringan, gatal, kemerahan, mengelupas atau jerawat yang secara beransur-ansur akan hilang sebagai menyembuhkan organ kulit anda dan adalah satu tanda pasti bahawa Eumora bekerja.

Berbeza dari seorang ke seorang bergantung kepada keadaan semasa kulit. Ia boleh terdiri daripada beberapa hari untuk beberapa minggu. Ia akhirnya akan menyebabkan pandangan yang lebih berseri dan muda!

Bagi mengurangkan kesan ketika proses penyembuhan, boleh guna pelembab yang kandungannya adalah dari bahan-bahan natural dan perlu berhenti dari menggunakan produk lain. Ini adalah untuk mengelakkan kesan menjadi lebih teruk.


Mommy Selepas Menggunakan Eumora Facial Bar

Mommy perasan kulit mommy semakin segar, kurang kesan  jeragat dan nampak muda kembali. Ia sangat membantu.

Ha.. cuba tengok gambar mommy dengan Ammar. Nampak muda kan? Lepas tu dah takmalu nak tangkap gambar walaupun tak makeup. Nampak natural ja.

Eumora Facial Bar

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Eumora Facial Bar ini bolehlah hubungi melalui email address berikut:-

ask.eumora@gmail.com


Hello February!

February 01, 2017 0
Hello February!
Assalamualaikum wbt. Hello February!

Dah masuk bulan kedua tahun 2017. Ada nanyak perancangan yang hendak di laksanakan, ada banyak impian untuk di capai, ada banyak hasrat yang hendak di penuhi. Ada banyak kejutan juga yang menanti, ada rintangan untuk melangkah ke depan ada duri yang menyakitkan.

Yang pasti, jangan mengalah dan jangan berundur. Langkah dan terus melangkah agar mencapai apa yang di rancang, yang di impikan dan apa yang di hasratkan. Semua itu bukan sekadar mimpi. In shaa Allah.

Yang penting diri sendiri dan usaha. Chaiyok!