2 Mar 2016
1 Mar 2016
Alhamdulillah. Semalam dengan rasminya saya berumur 9 tahun bagi pengiraan 4 tahun sekali. hihi Muda kan akak?
Nanti akak update dalam entry yang lain... jangan marah yer!
Apa perasaan jadi baby 29 februari?
Jujurnya, rasa istimewa sebab tarikh lahir lain dari yang lain dan hanya muncul 4 tahun sekali. Pastu tak ramai yang lahir pada tarikh ni.. So, kawan-kawan sekolah, matrik dan uni semua ingat. Kelainan itu menyebabkan akak di kenali.Bagaimana sambut birthday? 4 tahun sekali ke?
Ceh! Tanya soalan budak tadika. Akak sambut setiap tahun dan setiap tahun claim hadiah dengan incik suami. Cuma bila wujudnya 29 februari dalam kalendar, incik suami beri kelainan sikit dalam menyambutnya. Apa yang lainnya? Bunga di bawah adalah sebagai teaser...![]() |
| Ini yang mengharukan, |
Assalamualaikum wbt,
Hasil dari blogwalking. Baru akak tahu terdapat pelbagai cara untuk menambah uv/pv ataupun lebih di kenali sebagai traffik blog. Makin sibuk traffik blog, makin tinggilah uv dan pv... maka income yang masuk pun makin banyak. Eh, berhubung income tu terpulanglah kepada advertiser sama ada nak pilih blog kita atau tak. Kalau dia suka dengan penulisan kita, In sha Allah job tersebut akan menjadi milik kita.
Blogwalking
Rajin berkunjung dan meninggalkan jejak dalam blog blogger yang lain, maka balasan yang di terima juga dapat meningkatkan traffik blog. Untuk menjadikan blog yang sering di kunjungi, blogger mestilah sentiasa update entry yang menjadi tarikan untuk orang berkunjung ke blog.
Exchange Feed
Exchange feed juga dapat meningkatkan traffik blog. Terutamanya bila kau sebagai blogger yang baru nak bertapak dapat membuat exchange feed dengan blogger yang terkenal dan mempunyai traffik yang tinggi.
Untuk exchange feed ini, team EFG atau Exchange Feed Group yang di terajui oleh mommy Irrayan.com telah membuat autofeed bagi blogger yang join EFG. Suatu perubahan dalam exchange feed sebab setiap hari, blogger EFG akan bertukar-tukar exchange dan bukan dengan blogger yang sama setiap hari.
Bloglist
Berada dalam bloglist blogger lain juga membantu untuk meningkatkan traffik blog. Selalunya blogger akan membuat segmen bloglist untuk memilih blog yang patut berada dalam bloglist. So, untuk berada dalam bloglist penganjur, sila patuhi segala syarat yang telah di tetapkan. In sha Allah traffik yang di terima dari blog list juga dapat meingkatkan uv/pv sekaligus menarik orang untuk menjadi followers blog.
Anjurkan Segment atau Giveaway
Dengan menganjurkan segmen atau giveaway, blogger dapat meningkatkan trafik blog. Tetapi trafik ini hanya pada tempoh penganjuran segmen atau giveaway tersebut. Kalau rajin buatlah setiap bulan. Kalau malas juga, jadilah sponsor untuk mana-mana blogger yang nak anjurkan giveaway. Selalunya penganjurkan akan letak syarat supaya like fan page, add friend @FB atau follow blog sponsor.
Join segmen & giveaway
Kalau tak nak anjur atau sponsor untuk Giveaway, maka rajinkanlah diri untuk join segmen atau giveaway yang di anjurkan. Kenapa perlu join, in sha Allah akan ada traffik yang datang ke blog bila kita join. first dari penganjur, untuk semak sama ada kita telah penuhi syarat atau tidak. Kedua dari peserta lain yang rajin blogwalking sebab nak menang. Eh, betul ke sebab nak menang? Patutlah tak penah menang sebab jarang buat blogwalking bila join giveaway.
Viral Entry Atau Entry Yang Sentiasa Di Cari
Kalau anda seorang yang peka kepada isu semasa dan pandai mengulas sesuatu topik dan boleh buat entry yang menjadi viral atau sentiasa di cari info tentangnya. Maka, buatlah entry tersebut. Contoh entry yang menjadi viral sekarang adalah resepi aiskrim sumi. Resepi mudah dan tak sangka akan menjadi viral. Maklumat atau info yang sentiasa di cari pula adalah seperti entry resepi.
SEO
SEO juga memainkan peranan penting sebab bila seo 100% maka blog kita akan berada dalam page yang pertama dalam enjin carian. Bila berada dalam page pertama, maka peluang untuk orang masuk ke dalam blog adalah cerah.
Melalui platform Easyhits4U
Mengetahui easyhits4U melalui blogger Qiya Saad . Easyhits4U adalah platform yang di buat khas untuk blogwalking yang lebih sistematik dan di jamin mendapat kunjungan balas. Seronok pula layan easyhits4U ni. Meh la join untuk sama-sama tingkatkan uv blog.
