Cahaya Hayati

2 Sept 2015

Faktor Luaran Untuk Tingkatkan Page View Blog

September 02, 2015 5
Faktor Luaran Untuk Tingkatkan Page View Blog

Faktor Luaran Untuk Tingkatkan Page View Blog

Faktor Luaran ini adalah bergantung kepada jumlah pengunjung. Semakin banyak pengunjung, maka semakin tinggi pula page views. Di bawah ini cara-cara meningkatkan pengunjung.

1. SEO

Search engine optimization (SEO) merupakan upaya mengoptimasi blog untuk mejaring pengunjung dari mesin pencari. Semakin bagus kedudukan blog atau post di page carian (misal di halaman pertama Google), maka semakin besar pula peluang mendapatkan pengunjung.

2. Blogwalking

Mesti rajin blogwalking & memberi komen di blog blogger yang lain. Ini berupaya meningkatkan PV blog.

3. Ping Entry Ke Media Sosial

Semua entry/ post mesti di ping entry ke media sosial seperti facebook, instagram, twitter & google plus. Ini kerana tajuk yang menarik akan dapat menarik ramai pengunjung ke blog.

 4. Aktif di forum

Aktif di forum tertentu boleh juga menarik pengunjung untuk mengunjungi blog. Contohnya forum masakan. Jika pengunjung pernah merasai masakan kita dan ingin memasak resepi tersebut, dia akan mencari resepi masakan tersebut di blog.

5. Exchange Feed

Membuat exchange feed dengan blogger lain juga boleh juga menyumbang kepada page view.

6. Backlink Atau Di Rujuk Oleh Blogger Lain

Pengunjung akan meningkat bila ada blogger lain yang merujuk post atau blog anda. Lebih baik apabila yang mempromosikannya adalah blogger terkenal. Walaubagaimanapun semua ini bergantung kepada kualiti post/ entry.

Ini saja faktor luaran yang saya tahu...

Baca juga :
Faktor Dalaman Yang Meningkatkan Page View Blog

Sejarah Kubur Panjang

September 02, 2015 3
Sejarah Kubur Panjang
Sejarah mengenai kampung halaman saya - Kubur Panjang, Kedah.

Sejarah Kubur Panjang


Memang menghairankan dan sukar dipercayai apabila kubur yang suatu ketika dulu bersaiz biasa, tetapi keadaaannya berubah apabila jarak antara dua batu nesan di bahagian kepala dan kaki memanjang sehingga mencecah 8.6 meter.


Walaupun keadaan itu pelik, itulah hakikatnya dan tidak hairanlah tempat berkenaan diberi nama Kubur Panjang.  Ia terletak di Mukim Rambai, Daerah Pendang.  Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa dan bagaimana batu nesan itu boleh `bergerak' dari tempat asalnya hingga menambah ukuran panjang kubur itu.

Kubur misteri yang dikelilingi banyak kubur lain di tanah wakaf seluas 0.4 hektar di tepi jalan utama itu pernah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang ingin melihat keganjilannya. Dulu ada penduduk membina batu penghalang di sekliling kubur itu, tetapi ia kini tertimbus akibat hakisan tanah, namun sepasang batu nesannya masih utuh.

Penduduk asal kampung itu, Sulaiman Arshad 80 , berkata tidak diketahui dengan jelas usia kubur itu bagaimanapun menurut cerita lisan orang tua sebelumnya, kubur panjang itu ada kaitan dengan janji tidak ditepati.  Lebih 200 tahun lalu dua beradik yang berasal dari Pattani, Thailand telah berhijrah ke Kampung Budi di Mukim Lesong kita-kira 10 kilometer dari Kubur Panjang.

Dua beradik tersebut mempunyai ilmu kebatinan dan guru silat yang disegani sehingga salah seorang daripadanya dilantik menjadi ketua kampung.  Berdasarkan cerita dua beradik tersebut rajin bercucuk tanam dan bersawah sehingga mampu mengumpul harta yang banyak.  Setiap kali selepas musim menuai penduduk mengadakan pertandingan menyabung ayam dan lokasi paling popular untuk kegiatan itu ialah di Kampung Mempelam Susu, di daerah sama.

 "Suatu hari pertandingan secara besar-besaran diadakan dan seorang penduduk berjaya menjadi juara selepas mengalahkan ayam sabung yang lain.Selepas kemenangan itu dua beradik dicabar supaya bertanding dengan juara berkenaan.  Dua beradik yang masing-masing membawa ayam sabung itu enggan berlawan kerana tujuan asal ke situ hanyak untuk menyaksikan pertandingan itu sahaja, bagaimanapun selepas didesak penduduk akhirnya salah seorang daripadanya bersetuju berlawan.

Akhirnya ayam salah seorang daripada dua beradik itu berjaya mengalahkan pencabar berkenaan dan selepas kemenangan itu orang ramai minta dua beradik itu bersabung ayam sesama sendiri. Setelah didesak akhir nya dua beradik tersebut setuju dengan syarat yang menang dilarang menyorak yang kalah.  Akhirnya ayam adik lelaki itu kalah dalam perlawanan tersebut, manakala abangnya yang terlalu gembira terlupa kepada perjanjian hingga bersorak kegembiraan bersama penonton yang menyaksikan perlawanan itu.

Kerana malu, adiknya mencabut keris lalu menikam dada abangnya.  Sebelum mati abangnya berpesan kepada adiknya supaya tolong menjaga anak dan isterinya dengan baik.  Adiknya yang kesal dan sedih dengan kejadian itu bertindak membunuh diri dengan menikam dirinya menggunakan keris yang sama.  Ketika mengusung jenazah untuk dikebumikan di Kampung Budi penduduk terkejut apabila kedua-dua jenazah tiba-tiba menjadi semakin berat sehingga penduduk berhenti rehat beberapa kali.

Penduduk yang tidak mampu mengusung jenazah adiknya mengkemumikannya di situ, manakala jenazah abangnya dibawa ke Kampung Budi untuk disemadikan.  Apa yang menghairankan ialah apabila penduduk kampung menziarahi kubur adiknya pada keesokkan harinya batu nesannya berubah kedudukan hingga menjadikan kubur itu panjang.  Malah satu ketika dulu jika kubur itu diukur ukurannya sering berubah-ubah sehingga menimbulkan rasa pelik di kalangan penduduk dan digelar sebagai Kubur Panjang sehingga kini.

Apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar iaitu manusia patut berpegang pada janji dan perlu hidup rukun damai.

Entry Rindu

September 02, 2015 1
Entry Rindu
Assalamualaikum wbt.

Rindu? Iyer, rindu dengan semua... Rindu dengan celoteh adik, akak dan abang EFG. Rindu tips blogging dari kbba... rindu nak update blog.


Hidup kalau tidak di landa masalah dan di beri sedikit ujian, tentu hanya ada satu warna saja... Ujian dan masalah adalah warna-wana pelangi yang akan memeriahkan hidup dan menjadi panduan untuk masa depan.

Alhamdulillah. Emak telah discaj pada hari khamis - 28 Ogos 2015. Syukur sangat-sangat bila emak sudah bertambah sihat dan boleh balik rumah. Perlu di jaga pemakanan dan pengambilan ubat yang teratur saja. Yang lain-lain, emak boleh lakukannya sendiri. Namun begitu, perlu ke hospital untuk berjumpa pakar.

Emak bila dah sihat dah tidak mahu duduk rumah saya. Asyik sebut nak balik kampung saja... In Sha Allah, hari jumaat ini akan tunaikan permintaan emak. Tugas menjaga emak akan di serahkan kepada adik.

Masih belum berkesempatan untuk baiki telefon. Hidup pun sedikit sunyi tanpa media sosial... TAPI dalam erti kata sebenar tidak sunyi pun. Penuh dengan tugas dan tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu dan pekerja. Kadangkala rindu  nak bermalas-malasan tanpa gangguan... Seperti ketika zaman anak dara dolu-dolu. hehe... In sha Allah akan cuba cari satu hari untuk manjakan diri.

Rindu nak baking.
Rindu nak makan sedap-sedap.
Rindu nak pergi bercuti.
Rindu nak shopping.
Rindu...
Rindu...
Rindu..