Cahaya Hayati

5 Sept 2014

Jalan Jalan Naik Feri

September 05, 2014
Jalan Jalan Naik Feri
Belum lagi  masuk fasa ' long vacation'. So, ambil kesempatan bawa Aisya & Ammar jalan-jalan. Lepas ni kena tunggu mummy habis berpantang baru boleh jalan-jalan. 

Walaupun selalu balik 'kampung' daddy kat Pulau Pinang tetapi teramatlah jarang naik feri. Bukan apa malas nak menunggu.  So, kali ini nak bagi anak-anak merasai pengalaman naik feri... En. Suami rajin bawa anak-anak sampai ke deck feri. Kalau harap mak yong ni, dok dalam keta ja. Dah tak larat nak jalan ke sana ke sini.

Anak-anak apa lagi, seronok la depa. Pengalaman baru... 

Aisya si gayat. Takut jatuh...
Ammar terlebih berani.
In Sha Allah. Minggu ni kita jalan-jalan lagi.. Moga di beri kesempatan sebelum ' long vacation'.

bye.

-xoxo-


2 Sept 2014

Suka Hati Saya Ler...

September 02, 2014
Suka Hati Saya Ler...
Tengok gambar dulu...
Lokasi kejadian : Pizza Hut Kulim





OMG!. Anak sapa la nie? hehehe....
Tak reti dok diam.. Pi la tang mana pun. Dia ada cara sendiri untuk hiburkan diri dia.. Nak marah pun dia tak kacau orang, tak usik makanan orang. Main sorang-sorang ja dengan aksi ultraman... Cuma bising sikit dengan  volume suara dia.

Bukan tak tegur langsung... Tegur juga agar tidak mengganggu ketenteraman pengunjung yang lain. Anak kecil camnilah. Ada saja keletah yang menghiburkan.

Soon to be big brother. Tak nak di panggil abang... Nak adik panggil Angah. Apa-apalah.... Tak sabar tunggu adik keluar. Tak nak kongsi ultraman dengan adik.. hihi

# jadi abang yang baik yer!

Kisah Dentist To Be Jumpa Dentist

September 02, 2014
Kisah Dentist To Be Jumpa Dentist
Cerita semalam. Dah hampir sebulan kakak Aisya request untuk jumpa dentist ... Nak Cabut gigi susu sebab dah tumbuh gigi kekal. Berlapis dah... Nanti tak cantik pula. hihihi.

Ammar peneman setia, pemberi semangat & tukang jawab bila doktor tanya kat kakak Aisya.

Klinik Pergigian Juliana

So, semalam try dentist baru yang baru buka kat Kulim iaitu Klinik Pergigian Juliana. Doktornya muda lagi... lahir tahun 1984. Muda-muda lagi dah ada klinik sendiri... Orangnya lemah lembut ja. Tak paksa-paksa. Pandai pujuk budak jugak...
Lokasi klinik ini di atas 7Eleven yang berdekatan dengan giant Kulim. Sederet ngan RHB & Affin Bank. Customer service pun ok. Pagi-pagi ni dah dapat sms ucapan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan di sana.Alhamdulillah. #muslimboleh.

Posing dulu ...
Semalam adalah tempoh yang paling lama nak cabut gigi Aisya. Puas di pujuk , nangis, meronta semua ada.. Masa cabut di Klinik Pergigian Tfirdaus di Bertam sekejap ja.. Semalam macam-macam cara pujuk dia. Tiga kali sapu ubat kebas perisa strawberry, sembur ubat kebas ... Tak jalan jugak. Cabaran kepada doktor muda ni... Mummy dia dah hilang sabar. Ajak balik takmo sebab nak cabut tapi takutttt. Aduhai anak oi.

Disebabkan takmo balik n datang lain kali, guna paksaan gak. Pegang kaki, tangan & kepala oleh me & 3 pembantu doktor. Inject ubat bius & cabut. Settle masalah... Nangis kejap ja. huhu.. sorry sayang. Bukan sengaja paksa. Kalau tak paksa,  kakak tak nak balik.. Doktor pun dah heran. Kalau budak lain mesti dah nak balik... Nak tapi takut!

to Kakak Aisya,
Mummy bangga ngan kakak. Walaupun takut tapi nak juga buat/ cabut.  Next time jangan takut yer...


To Doktor Juliana,
Thanks to be nice to my daughter. In sha Allah, we will visit to your clinic again. Semoga terus maju..