Cahaya Hayati

14 Aug 2014

Tak Boleh Nak Pi Beraya #NNRaya...

August 14, 2014 0
Tak Boleh Nak Pi Beraya #NNRaya...


Terima kasih Nuffnang atas jemputan.. Maaf sesangat sebab mak yong ni tak boleh nak join.. Dah sarat bebenor... jalan lebih, makan lebih pun dah tak boleh... rasa mengah sangat2.  In Sha Allah lain tahun jika ada kelapangan dan rezeki, i join u all beraya... Teringin nak join event nuffnang tapi di sebabkan i ni  dok utara... maka i terpaksa la menolak. Tambah-tambah lagi dalam keadaan sekarang yer tak... Lain tahun, Nuffnang buat kat utara pula yer...


Ni Gambar beraya hari tu. Mr hubby candid sebab nampak perut menonjol katanya.. Dah 8 bulan lebih. Tup-tup dah nak bersalin.... Beraya ala kadar sebab banyak benda yang saya masih  tak tahan bau .. Terutamanya ikan & kari. Rindu nak makan laksa... huhu. 

Oklah, sesapa yang pergi ke Mari Beraya #NNRaya... Enjoy yourself. Makan banyak2.. Diet kemudian.. Sesekali tak nak diet yer tak?HAHAHA.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

16 Jul 2014

Mak Aiiii .. Mahalnya!

July 16, 2014 0
Mak Aiiii .. Mahalnya!
Terkejut Cik Ti nengok jadual harga baru untuk lesen moto & kereta. Mahaiii nak mamp**. 
Nasib baik Cik Ti dah ada lesen... Dulu masa Cik Ti ambik dalam 6 ratus ja.. Kalau la baru nak ambik jenuh nak menabung... huhu. 

Rasa tak berbaloi nak ambik lesen. Takde kawalan ka? Jangan la camni... Mau nanti ramai yang tak dak lesen. Terseksa mak bapak nak sponsor anak ambik lesen... :(


Agak-agak la kan, zaman anak Cik Ti nanti berapa pula la yer?

Tak Tahu Nak Masak Apa..

July 16, 2014 0
Tak Tahu Nak Masak Apa..
Huhu... Memang masalah  besar bila idea tak dak nak masak apa.. Kering! Selera pun cam ilang jer...
Camna berat nak naik...

Think yati.
Nak makan apa yer?
Kakak, adik nak makan apa? Tanya anak-anak kut kut depa teringin nak makan apa-apa. Ni jawapan depa.. ' kami tak tau nak makan apa'. huhu parah lagu ni...

En. Suami nak makan apa?
Awak masak la apa pun. Saya tak tau nak makan apa hari  ni.. waaaa!

Inilah cerita tak tau nak makan apa di hari cuti sempena Nuzul Quran. Setelah puas berfikir, maka saya pun keluar pi klinik ( Aismar tak sihat),  singgah bank dan ke kedai frozen food. Pusing keliling kedai tu, tak jugak jumpa apa yang saya cari. Tanya kat tokei kedai, rupanya tak juai.

Then, terus ke Giants. Nasib baik ada... ambik 2 paket lamb. Murah jugak reganya, tengah offer kot... Balik rumah basuh dan marinate dengan bahan yang ada kat rumah.

Lamb Chop Mudah



Antara bahan-bahan yang di gunakan untuk marinate adalah sos bbq, sos blackpaper, sos tiram, rosemary dan sedikit garam.

Inilah hasil campuran bahan-bahan tadi. Biarkan selama 2 jam sebelum memanggangnya. Untuk panggang, boleh guna oven atau magic pan.


Ini saja gambar yang sempat di ambil. Gambar yang di hidangkan tak sempat nak ambil disebabkan lamb chop ni macam memanggil-manggil saya untuk di masukkan ke dalam mulut. hahaha...

Geng lamb chop ni tentulah coleslaw & whipped potato. Coleslaw tu hanya campuran kobis, carrot, susu pekat & mayonnaise. Sebelum campur mayonis 7 susu, kobis dan carrot di celur terlebih dahulu dengan air panas. Langkah ini adalah untuk mengekalkan kerangupan kobis dan carrot.

Whipped potato tu Mil yang sediakan. Guna whipped potato segera. Just campurkan air panas, garam & fresh milk.

Kuih pula, minta en. suami beli kat param. Settle iftar sempena cuti Nuzul Quran.

Hari ini dan hari kerja yang lain adalah hasil carian di Param. hihi... Nampak kan betapa cik ti tak tau nak masak apa untuk iftar.

Selamat berbuka puasa untuk semua.

#PrayforGAZA!