Cahaya Hayati

7 Oct 2013

Tunaikan Janji..

October 07, 2013 0
Tunaikan Janji..
Ingat tak lagi citer weekend yang serba tak jadi ... tak jadi pi kenduri la... Tak jadi tengok wayang la... Tak jadi pi makan nasi arab la... Ingat tak?

Weekend lepas adalah sesi menunaikan janji dengan anak-anak. Layan depa tengok wayang... Citer kartun '

Cloudy With A Chance Of Meatballs 2'.



 Ini first time bawa depa dua beradik tengok wayang... Yang paling teruja adalah si kakak. Nak tahu wayang tu camna la.. Ada apa kat wayang...  Best tak tengok wayang... Tu antara soklan si kakak. Orang teruja la katakan.


Yang paling risau bila nak tengok wayang adalah si adik. Bukan reti dok diam... Cakap pun bukan reti pelan-pelan... Tak payah pakai speaker. Dari ruang tamu boleh dengar suara dok dapur... hihi..

Dari dalam kereta sampai ke panggung dok pesan kalau nak cakap apa apa kat mummy ngan daddy, adik bisik tau. Tak leh cakap kuat-kuat... Dan pesanan ini hanya bertahan 30 minit pertama... Pastu dia buat bangun duduk pastu bangun lagi dan duduk...

Yang paling risau takut dia ajak balik.. Nasib baik tak. Kalau tak haru biru jadinya...

Dan gambar di bawah adalah gambar si kakak yang teruja. Siap minta ambilkan gambar dia... Kalau tak jangan harap la dia nak bergambar...




Dan ini posing sebelum balik....  Daddy tumpang sekaki....


Kakak kata nanti kita tengok wayang lagi...  :)

4 Oct 2013

Yeay!

October 04, 2013 2
Yeay!
Hari ni kita suka sangat dan nak cakap kita sayang nuffnang. Hihi...
Nak tau sebab apa tak? 

Pertamanya.....
Yeay ! CPUV baru.. Masyukk2. Dah banyak bulan kot tak dapat CPUV baru...
Apa-apapun tima kasih nuffnang. Nanti bagi lagi yer... Banyak pun takpa. :D


Pastu, CPUV yang lama dah bermain kat blog kita dah di kredit ke akaun nuffnang kita. Makanya, dah bertambah duit dalam tabung nuffnang...

Kita nak simpan duit ni buat beli keta kia rio...hihi.

Bye. Hari ni kita balik awal.......

Salam Jumaat Dari Tuan Tanah

October 04, 2013 0
Salam Jumaat Dari Tuan Tanah
Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat Semua. 
Hari ini kita jadi budak baik... :P

Semangat oren!

Untuk renungan bersama dan juga peringatan kepada diri ini dalam melangkah di muka  bumi ini. Bersama-sama lah kita mengamalkannya. Amin.

Meninggalkan dosa lebih mudah dari mencari taubat

Maksudnya:
Bila bertaubat daripada satu-satu dosa,
kita tidak pasti samada taubat kita tadi diterima atau tidak.
Kerana tidak ada malaikat yang datang membisikkan ke telinga kita bahawa taubat anda sudah diterima Tuhan.
Cuma kita hanya boleh bersangka baik bahawa Allah menerimanya.
Jadi, adalah lebih baik berfikir dua kali sebelum tergamak melakukan dosa.
Kerana taubat itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Ada syarat-syaratnya dan kita tidak pasti diperkenankan oleh-Nya atau kita syok sendiri.

-xoxo-