Cahaya Hayati

8 Nov 2012

keyakinan ku denganmu - LIBRESSE

November 08, 2012 0
keyakinan ku denganmu - LIBRESSE
Tajuk pinjam lirik lagu 'Muara Hati' dari Dato Siti vs Hafiz AF.
-
-
-
Jenama Libresse bukan asing lagi dengan masyarakat di Malaysia. Rata-rata pernah menggunakannya... Malah merupakan pengguna setia jenama ini. Aku salah sorang pengguna setia jenama ni. InsyaAllah akan terus menggunakan jenama ini.

Sebab2 aku menggunakan jenama ini kerana:
1. tak bocor 
2. nyahbauan ( takde bau yang tak enak gitewww)
3. sebab aku suka.. hahaha

Yang sebenarnya, aku nak bagitau yang libresse telah melancarkan 'LIBRESSE BAROMETER'.

camne nak join? follow step di bawah yer...

1. Go to the Barometer landing page.

Sponsored post.



 - akan masuk ke pages FB. sila masukkan ID & password. patu go to application.
 2. Select an emoticon that best represents how you feel about this week's topic.


3. Type in how you feel in relation to the question displayed.
4. Record your voice and select an effect you would like to have applied to it.

Mudahkan!

senangkan contest ni... Kalau menang dapat 'Surprise Prize' tau.

Selamat Mencuba.

1 Nov 2012

Bihun Goreng 'Sempoi'

November 01, 2012 1
Bihun Goreng 'Sempoi'
Menu semalam... Bihun goreng singapore my style.

Jemput makan...
Bahan2:
1/2 peket bihun ( untuk 4/5 orang makan)
Sawi  1 pokok besar
carrot 1/2 batang ( di potong panjang kecil)
isi ayam (dada - yang hubby & anak2 tak suka makan)
Ayamas chicken ball (10 biji)
Lada hitam 1 sudu besar (serbuk)
garam secukup rasa
1 ketui chicken stock
1 sudu cuka makan
2 sudu besar sos tiram
1 ulas  bawang besar- di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
2 biji telur - di goreng dadar untuk hiasan
Air - 1 cawan 

Cara-cara aku masak bihun singapore :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga masak. Selepas itu masukkan chicken ball. goreng sekejap.
3. Masukkan air, carrot, batang sawi, lada hitam, sos tiram, chicken stock, cuka dan garam. Tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan bihun dan gaul sehingga rata. selepas itu masukkan sawi (daun). Tunggu sehingga bihun masak .5. Angkat dan hiaskan dengan telur, bawang goreng, daun bawang dan cili besar.


Bihun aku tak cukup  bahan hiasan kerana aku masak apa yang ada kat rumah. Hujan2 ni malas nak pi kedai beli satu dua benda yang tak cukup.

Hujung Minggu Di Queensbay

November 01, 2012 0
Hujung Minggu Di Queensbay
Ni cerita lama... Hari ni baru nak story mory kat hangpa... al maklumlah mummy busy ngan keja opis (GG penang Style)... Apa tu? Takyah cerita la... Panjang sangat. Pendekkan... Kerja2 tambahan yang wajib di buat untuk mencapai target tahun 2012 ni... 2 bulan jer lagi... tapi target tak capai lagi.

Hari senin (Isnin) aku ambil cuti ... saja jer... nak bawak anak2 jejalan plus main-main plus beraya. Sian depa. Asyik terkurung dalam rumah ja...

Memula tu plan nak pi Taman Belia... hujan plak. Tukar plan... Pi Queensbay. Kat situ, depa lari sana sini... Last2 daddy depa ajak pi main game ..

Nak jadi pemuzik...

Daddy ajar main game.... 

Macam2 game depa cuba...

Posing sambil makan aiskrim McD..

Ini jer cerita senin kami...