Menu Sahur Yang Paling Di Sukai Oleh Anak-Anak - Cahaya Hayati

9 Jun 2016

Menu Sahur Yang Paling Di Sukai Oleh Anak-Anak

Assalamualaikum wbt. Menu sahur yang paling di sukai oleh anak-anak mommy adalah Telur Masak Kicap. Menu simple. Bangun lambat pun boleh buat.. Mula buat menu ni sejak di perkenalkan oleh blogger PCL atau nazlee dalam cabaran 30 hari puasa raya EFG. Saya panjangkan resepi ringkas tapi sedap ni di sini.. 

telur masak kicap mudah dan sedap
kredit kpd mr. google sebab mommy tak sempat ambik gambar pagi tadi.


Resepi Telur Masak Kicap

Bahan

3-5 biji telur ayam yang di basuh ( ikut bilangan ahli keluarga)
1 labu bawang besar - di potong bulat/ separa bulat
5 biji cili padi - di belah
1 biji cili besar merah - di potong 
1 sudu besar cuka 
5 sudu besar kicap manis
Minyak

Caranya

Telur di goreng terlebih dahulu. boleh garing atau separa masak. Ikut suka hatilahh..

Minyak goreng telur tadi di gunakan semula. 

Tumis bawang besar, cili padi dan cili merah sehingga terbau wangi bawang.

Tambah kicap dan cuka. Masak sehngga mendidih. 

Angkat dan curahkan ke atas telur.

Siap untuk di hidang.


3 ulasan:

  1. Ini bukan budak2 je suka...Mak budak pak budak pun suka...heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan SA. Tambah2 lagi dengan nasi panas -panas.

      Padam
  2. Salam kenal yati..

    Salam ramadhan kareem..
    Selamat berpuasa :)

    Lauk macam ni yg paling mudah kan yati..
    Akak pun masak ni juga utk membuka selera anak2 bersahur di pagi hari..
    Pagi tadi akak sahur mee hoon goreng daging..
    tak sangka bertambah mereka makan..

    akak follow #107, jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    BalasPadam