Ayam Masak Kicap Pedas

by - 2:00 PTG

Assalamualaikum wbt. Ayam masak kicap pedas, menu sahur pagi tadi. Yang pasti ia memenuhi selera semua ahli keluarga. Alhamdulillah.

ayam masak kicap

Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan

5-7 ketul ayam yang telah di potong. Di gaul garam kunyit dan di goreng.
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih - di potong nipis
2 cm halia - di racik
1 batang kulit kayu manis
daun kari
air asam jawa
minyak


Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan daun kari sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing.

Apabila cili telah garing, tambah sos tiram, kicap manis dan air asam.

Biarkan sehingga  mendidih. Rasa.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


** jika suka boleh tambah ubi kentang yang telah di goreng. Tak masukkan pun, almaklumlah masa sahur mana nak pandang ubi, sayur bagai. Mata nampak bantal dan katil ja... haha

You May Also Like

0 comments

Pengikut

Google+ Followers