Sibuk, Pening Dan Penyelamat

2:27 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt

Sibuk sedikit di bulan Februari kerana di bulan ini penilaian ke atas staff dan diri sendiri perlu di buat di samping menyiapkan sasaran untuk tahun 2016. Mengejar kerja-kerja yang ada dateline ... Membuat taskforce yang di beri oleh HQ. huhu

yu yee oil cap limau

Itu yang sibuk. Ini yang pening pula.. Nak menilai staff. Uhukks! Nak nilai dengan adil, telus dan saksama tu yang pening. Bukan senang... Salah nilai ada yang tidak puashati. Ada yang boikot... Dalam menilai ni, taknaklah ada yang terus demotivated. Nak semua rasa dihargai dan terus melakukan kerja dengan ikhlas serta mempunyai semangat yang tinggi dalam mengejar kejayaan di tempat kerja.

Pening bertambah bila laptop yang tengah dok guna tetiba blank dan ada error tak boleh masuk window. huhu. Dalam hati bilalah nak siapkan penilaian ni....


yu yee oil

Nasib baik ada penyelamat. Minyak Yu Yee Cap Limau yang sentiasa ada dalam beg. Ambik sikit gosok-gosok di dahi dan belakang tengkok. Kurang sikit rasa pening tu. 

minyak yu yee cap limau

Ini cara aku untuk kurangkan pening. Cara dulu-dulu yang mujarab dan tidak bergantung kepada ubat dan pil.

Oklah. Nanti update lagi sebab nak sambung menilai guna laptop lama. Nasib baik penilaian dalam system yang boleh di akses di mana saja. 

bye!

2 comments:

Suriaamanda berkata...

February memang bulan yang sangat2 sibuk..SA dah 2 minggu direct kerja je ni

Cahaya Hayati berkata...

Kannnn SA. Yang penting SA jaga kesihatan tu..

Pengikut

Google+ Followers