Perjalanan Yang Jauh - Cahaya Hayati

19 Feb 2016

Perjalanan Yang Jauh

Assalamualaikum wbt.

Bulan ni slow sikit. Baru entry ke -7. Belum terkejar target yang di beri iaitu satu hari 1 entry. Kalau hari ni termasuk entry ini, masih terhutang 12 entry. Nangis manja jap.

Baru start nak update pergi Kuantan, Pahang sempena konvensyen yang di anjurkan oleh company. Kalau pergi sendiri tu lambat sikit la...

Dah lama tidak ke Kuantan. Dulu masa belajar ja ada tinggalkan jejak kat sini... Dah habih belajar belum pernah lagi menjejak kan kaki ke sini. Kiranya terpilih untuk menghadiri konvensyen di sini seperti membuat trowback ketika belajar dulu.

Tajuk entry ini perjalanan yang jauh. Memang jauh sebab bertolak dari Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 11.30 malam dan tiba di sana pada jam 9.00 pagi setelah berhenti di beberapa perhentian. Biasalah adat berada dalam bas chartered. Ikut kehendak penumpang... Jalan sekejap singgah banyak. hahaha.

Perhentian pertama yang kami singgah adalah di Hentian R&R Bukit Gantang. Pekena nasi lemak sedap di tengah malam. Lepas tu tidur... Bas ni berhenti juga di hentian yang lain based on request. Yang nak terkuncil lah, yang sakit perutlah.

Persinggahan seterusnya adalah di R&R Temerloh untuk sembahyang subuh dan sarapan. Di R&R ni, kami tidak tahu nak makan apa sebab masih ada gerai yang belum buka. Jadi, pilihan yang selamat untuk perut adalah roti dan sandwich. Eh! orang pahang buat sandwich telur perah limau ke? Itu sandwich yang akak makan. Tak kena dengan tekak tapi telan la jugak.

Lepas sarapan, kami teruskan perjalanan ke Teluk Cempedak sebab masih awal untuk check in di Bukit Gambang Resort City. Tempat kenangan ni... 

Setakat ini saja entry ini. Next entry tentang Teluk Cempedak pula.. Banyak yang akak nak cerita ni.. hehehe



Terima kasih kerana membaca entry ini.

No comments:

Post a Comment