Julai 2010 - Cahaya Hayati

30 Jul 2010

day 2 @ G.A.N.U....

Julai 30, 2010 0
day 2 @ G.A.N.U....
day 2 @ g.a.n.u... actually banyak tempat kami p tapi disebabkan malas nak ambik gambar... jadi macam tak pi mana2 la. Pagi2 kami p breakfast kat area Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Macam biasa, aku try nasi kerabu Terengganu. Mungkin bagi orang sana, sedap tapi bagi aku yang suka makan pedas... tak sedap rasanya coz nasi kerabu kat sana agak manis.
Lepas breakfast kami pergi ke kedai tudung Desa Murni atau kat sana lebih di kenali sebagai syurga tudung. Kedai ni terletak di Batu 6 Kuala Terengganu. Murah gila tudung kat sana. Hampir kelabu biji mata aku dok pilih tudung. tak tau nak pilih yang mana satu...he.. he..
Pas beli tudung... kami p lak kedai kain. actually cawangan kedai tudung ni. Kain dia pun manyak2 murah. Harga kain 1 malaysia tu baru berapa belas ja... kalau kat sini, depa letak RM35 +++.... Aku sambaq dalam 3 pasang. 2 aku punya, satu buat mak tercinta.... Nak beli banyak tapi takot keta buat hal lagi.. Tak balik kulim Lak!
Lepas bershopping... kami pi beli keropok lekor kat BTB. Nama kedai tu BTB.. Kat area mana aku tak pasti lak tapi kedai tu dekat ngan UMT la...
kena beratur kat 1 jam baru dapat beli. Ramai siot! dalam aku dok beratur tu, ada satu bas berenti....Dalam hati aku, nasib baik aku mai awai... kalau tak jenuh nak beratur.... rasa berbaloi aku beratur sejam lebih sbb sedap sungguh keropok lekor dia... macam tak cukup ja keropok yang aku beli..
Pas beli keropok lekor, kami pi cari sata kat area pantai.. pantai apa aku tak pasti tapi kat area belakang UMT ja. Sata pun sedap walaupun dijual di gerai kecil....
pastu balik homestay bagi anak2 aku tidoq....
Dalam kol 6pm, kami pi jalan2 ke masjid kristal di Pulau Wan Man. cantik! Banyak gak gambar masjid kristal yang aku ambik...

aku posing ngan ammar ja... aisya takmo bergambar...

cantik dan halus senibina dia... sapa arkitek dia?

aku ngan hubby aku...
posing lagik... cantik kan? bila malam lampu kat kubah bertukar dari stau warna ke satu warna...
sebelum balik kami tunaikan fardhu maghrib di situ... Aisya pun sibuk nak ambik air sembahyang...
Malam tu kami pi makan kat NR kafe. rasanya salah satu restoran yang femes kat KT. makanan dia pun sedappp... tak rugi makan kat sini.
ammar dok hisap straw dari gelas aku... dia mai diam2 ja pastu ambik straw hisap air la konon. semua orang dok gelak tgk keletah dia...

Lepas makan, hubby aku ajak pi minum kat gelas besar lagi... aku tak pi pun coz dah penat sangat... sampai ja kat homestay aku terus zzzz... penat laaa...
nanti aku sambung citer day 3 lak....bye.




29 Jul 2010

'jalang2 di Ganu...'

Julai 29, 2010 0
'jalang2 di Ganu...'
setelah 2 minggu anak2 tidak sihat, aku ngan asben teruskan jugak ngan percutian yang dirancang.. dah janji ngan mak sedara asben coz nak temankan dia pergi konvo anak sulung dia...
maka, pagi sabtu tu berangkat la rombongan cik kiah ke pantai timur...

sebelum nak pi tu, keta tak boleh nak start enjin. rupa2nya bateri keta dah 'kong'. dah dua tahun rupanya bateri keta tu tak berganti. tu yang bahayanya kalo guna dried sell. camner pun aku syukur sgt2 sbb benda ni jadik kat umah... bukannya tak tgh jalan.

sampai sana dalam kol 6 ptg.. terus check in kat homestay.. n zzzz. cover penat drive. malam tu, kami just pergi makan dan minum di gerai gelas besar.. Just RM 3.00 jus yang aku kongsi ngan asben.

mcm minum dlm jag jer....
aku pun nak posing gak ngan gelas besar...
bila nak abis ... dah tak larat nak minum!
lepas minum kami semua balik ke homestay untuk zzzz. simpan tenaga untuk esok lak. banyak xtvt lagi...

23 Jul 2010

aisya n ammar kena masuk wad (16-18/7/2010)..

Julai 23, 2010 0
aisya n ammar kena masuk wad (16-18/7/2010)..
hujung minggu yang memenatkan ... anak2 aku kena masuk wad akibat cirit birit + muntah + demam. tapi rasanya adat bagi kaum ibu yang anak2 masih kecil... by the way, anak2 aku dah sihat. citer dia bermula camni:-


dok buat muka tak larat... action lebih
Khamis (15/7/2010)
aisya start muntah2 bila bangun pagi. asben aku ingatkan muntah biasa.. boleh dikatakan lebih dari 5 kali dia muntah. so, ptg tu.. kami bawa dia pi klinik panel. doktor just bagi ubat tahan muntah... lepas makan ubat, dia terus tidoq.

Jumaat (16/7/2010)
aku ambik emergency leave... aisya masih muntah2 n ammar plak mula start muntah + cirit birit. kol 12 pm aku call asben bagitau anak2 dah lembik dan aku terus bawa depa 2 beradik ke klinik panel. doktor klinik panel bagitau depa perlu dimasukkan ke wad kerana tidak boleh minum dan perlu dimasukkan air..
dok lepak kat katil adik dia...
lepas doktor klinik panel buat surat, aku terus bawa depa 2 beradik ke hospital dengan kakak ipar. asben aku pi hospital dari kilang dia...

kat hospital, doktor terus masukkan air kat aisya. ammar masih ok. tidak perlu dimasukkan air...

sabtu (17/7/2010)

aisya dan ammar sdh sihat selepas tidak tidoq semalaman kerana cirit- birit sepanjang malam. mummy depa lak rasa cam tak sihat. asben mai hospital.. tlg jaga depa dua beradik coz mummy depa nak zzzzz!

depa dua beradik dah sihat skitt..
ptg tu, abang ipar dan mak sedara asben mai melawat. tok wan n maklang dah mai semalam.
aisya dah start aktif dan dok tanya bila boleh balik umah...
sampai dia sendiri tanya kat doktor " doktor, aisya nak balik umah..."
doktor bagitau esok boleh balik... dia diam. faham la kot...

Ahad (18/7/2010)

ammar dah boring dok spital... wawaaaa.. nak balik!
doktor bagitau dah boleh dicaj kol 12pm... lega rasanya... alhamdulillah, anak2 mummy dah sihat.

12 Jul 2010

ammar terkena HFMD...

Julai 12, 2010 0
ammar terkena HFMD...
petang jumaat hari tu, ammar demam dan ada ruam di badan dia. aku ingatkan ammar kena food allergics lagi. aku terua bawa ke doktor... Rupa2nya ammar telah dijangkiti oleh HFMD.. Terkejut gak aku... tapi kena redha dan berikan lebih penjagaan kepada ammar. semoga ammar cepat sembuh dan menurut doktor, ammar perlu dikuarantin selama 10 hari.. kesiannya kat ammar... nak main dgn kakak dia pun tak boleh...
tanda2 yang terdapat di badan dan kaki ammar...

siannya anak mummy...

info ttg hand, foot and mouth disease (HFMD)...

Julai 12, 2010 1
info ttg hand, foot and mouth disease (HFMD)...

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


PengenalanPenyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).


Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..


Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.


Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997


Cara penyakit ini merebak Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.


Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.


Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.


InsidensBiasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.


Tanda-Tanda Dan GejalaDi antara gejala jangkitan ialah:
• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan


KomplikasiKemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
• Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
• Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.


Ujian-Ujian
Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.


Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
• Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak- belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
• Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
• Kesakitan pada mulut semakin teruk.
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.


Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.


Prognosis Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian [size=12]


Pencegahan
Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-
Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan
sebelum dan selepas ke tandas.
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.


Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya. Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.


Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-
1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.
2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.
3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

8 Jul 2010

Hasrat di hati...

Julai 08, 2010 0
Hasrat di hati...
Dalam dok sibuk2 keja ni... hati aku dok teringin nak pi bercuti... kemana saja asalkan bercuti.. bukan kat rumah yer. Sabar ye hati... Insyaallah lagi 2 minggu akan tertunai hasrat hati aku. masih dalam malaysia iaitu Kuala Terengganu. Tunggu aku KT...
2 hero aku dok posing dalam feri..
hasrat ni dok main2 kat kepala sebab tgh boring ngan keja.. Lunch tadi, aku pi merayap ke carefour Seberang jaya.. shopping pampers. Ada promosi Huggies..

Dah sampai ke sana, lunch aku semestinya ....

jangan jelesss.....

motivasi pagi: YG PENTING KERJA KENA IKHLAS

Julai 08, 2010 0
motivasi pagi: YG PENTING KERJA KENA IKHLAS
pagi nie, aku terima email dari SIL aku. aku baca dan hayati email tu... termotivasi aku ngan email tu. aku akui dalam adat makan gaji, ramai yang kaki bodek dan ampu... aku tak mahu jadi salah seorang dari kaki2 ini. minta dijauhkan! aku tak pandai nak bodek dan ampu... aku tau selalunya orang yang buat kerja iklas nie selalu dipandang serong... adat dunia. so, untuk dikongsi bersama aku copy paste email tu kat sini... baca yer!

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.“Mengapa?” balas saya.“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.“Oh ramai encik…”“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?”“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.“Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?”“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

amacam? Termotivasi tak?....

6 Jul 2010

anak dara aku kalo pi klinik...

Julai 06, 2010 0
anak dara aku kalo pi klinik...
aku tak tau la... anak dara aku sorang nie.. suka sungguh kalo bagitau nak pi klinik.. apa yang dia seronok pun aku tak tau.. mungkin sebab kat klinik tu ada permainan and friendly kanak2 kot. kalo adik dia dah leh jalan.. mau gamat klinik tu ngan depa.

hepi jer dia ...
So, kita tunggu la adik dia besar skitt.. kita tgk apa depa nak buat bila p klinik...
malu2 lak...
hopely, depa tak takut pi klinik cam mummy depa. aku dulu2 takut pi klinik.. lagi takut kalo mak aku bagitau nak pi inject... he he.. sampai skrang aku takut makan ubat. makan ubat pun sebab dah tak tahan sakit... kalo tak jangan harap la. so, my dear daughter and son.. jangan ikut perangai mummy yang takut makan ubat tu...

gambar lama... my little hero

Julai 06, 2010 0
gambar lama... my little hero
saja nak share ngan semua gambar ammar masa dia muat lagi dalam baby carier.. nampak macam cute je masa tu... diam aje. tak banyak gerak. Hari2 aku angkut dia p umah pengasuh (mak Tok) ngan baby carier... tapi.. dia sempat dok dlm tu sampai umur 5 bulan ja... pastu asyik nak meniarap ... tukar letak dlm baby carseat(rasa cam salah ja ejaan ni...) plak. Sampai bila pun tak tahu la... harap2 lama skit coz aisya dulu sampai umur 1 tahun setengah. pastu dia takmo duduk dah. bila letak ja, asyik nangis minta turun... penyudahnya aku tak letak dah dia dalam carseat.. nasib baik umah mak tok dekat...
so, adik ammar... duduk diam2 dalam carsit tu yer. jangan bagi mummy pening.. kang tersilap masuk simpang... mummy gak yang susah!

2 Jul 2010

playtime HUGGIES....

Julai 02, 2010 0
playtime HUGGIES....
iklan jap....
pada 11 jun ari tu, aku dapat email dari huggies ttg redeemption point yang terdapat pada plastik huggies... so, aku just nak syer dgn semua ttg nie. aku tau ramai ibu2 kat luar sana tak join club huggies cam aku... actually aku join semua kelab. contohnya, anak aku minum susu anmum.. aku join anmum club dan disebabkan anak aku pakai huggies, aku join club huggies. tak rugi korang join club cam ni.. tak kena bayar pun. banyak faedah yang korang akan dapat... antaranya pek percubaan, info ttg baby dari sblm sehingga besar dan yang paling best boleh tebus point. so, huggies buat promosi ni dari june 2010 sehingga 31 Mei 2011... Jangan lupa. rugi kalo tak tebus. benda camni bukan ada jual....

cantik tak? seronoknya kalo anak2 aku dapat main....
so, sekarang aku tgh kumpul point ni... nak redeem kat anak2. tak payah kluar duit beli mainan. bukan mummy kedekut.... tapi korang tu main 5, 6 kali dah takmo main.. bersepah kat bilik belakang tu je...
Tunggu yer anak2... mummy baru ada 100 point.... he.. he...

Bermula dari awal....hasilnye...gempak!!!!

Julai 02, 2010 0
Bermula dari awal....hasilnye...gempak!!!!
melihat aksi dalam video nie... mengucap panjang aku.. semoga anak2 aku dijauhkan dari perkara seperti ini... korang tgk la aksi budak ni... tak percaya kan? itu yang terjadi di Indonesia (kes budak ni ada masuk dalam paper baru2 nie... )

semoga anak2 aku menjadi seperti adik Darwisha Adriana Rozali ini.... pintar menghafaz ayat2 suci al-Quran. Amin
**********************************************************************************IPOH:
si cilik pintar hafaz al-Quran
Adik Darwisha Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan menjadi tumpuan ramai ketika mengalunkan suara menghafaz ayat-ayat suci al-Quran pada majlis sambutan ulang tahun keempat Pusat Pendidikan Al-Barakah di Gugusan Manjoi, Ipoh, semalam.Pertuturannya mungkin kurang sempurna, namun Darwisha Adriana sudah mampu menghafaz 30 surah pendek dalam al-Quran.
Harian Metro pada 15 Jun lalu menyiarkan laporan mengenai kanak-kanak pintar ini yang berasal dari Shah Alam, Selangor, didedahkan ibunya, Mazlina Ramli, lewat 30-an, dengan ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan Ketika berusia dua tahun lapan bulan, dia menghafaz lapan surah pendek dan pada usia tiga tahun dua bulan, dia boleh menghafaz 30 surah pendek.

gambar ammar kena allegic...

Julai 02, 2010 0
gambar ammar kena allegic...
salam...
banyak hari dah tak masukkan entry baru... bukan tak dak idea baru tapi agak bz dengan kontrak kerja yang dah nak abis. so, kena p KL untuk taklimat pasal kontrak. turun naik ke HR dan admin untuk submit borang sambung kontrak... bz kan! tak apa lah.. adat bekerja ngan orang...
baru hari rasa relax skitt...
hari ini aku masukkan gambar ammar (anak aku yang no. 2) masa dia kena allergic. tidak pasti pasal apa tapi yang doktor beritahu dia kena alahan makanan atau susu. tapi aku rasa, dia kena alahan susu coz hubby aku pi tukar susu dari susu anmum ke dumex dupro... aku bagi susu tu dalam 2 kali ja... pastu keesokannya dapat la hasilnya... bengkak seluruh muka dan badan...
dah tak comei anak mummy...ciannya....
kepada ibu bapa yang ada anak kecil cam aku... terutamanya yang cepat alah, jangan suka ati tukar susu ataupun bagi makan benda yang tidak disyorkan oleh doktor... take note yer!