susah hati, sedih dan geram... - Cahaya Hayati

15 Dec 2010

susah hati, sedih dan geram...

ni cerita petang semalam... susah hati dan sedih bila sampai di rumah pengasuh tengok aisya terbaring/ tidak aktif cam biasa.. selalunya berlari mendapatkan aku bila nampak kereta aku sampai di perkarangan rumah pengasuhnya...
Pengasuhnya cerita yang aisya tiba2 sakit kaki apabila mahu bangun dari makan... aku tanya lagi.. aisya ada jatuh tak masa bermain.. mereka beritahu tak... aku tanya lagi.. sama ada aisya terjatuh ketika bermain ... jawapannya tetap tak!
Geramnya aku ngan pengasuh ni sebab dia tak inform kat aku awal2... bagitau yang anak aku sakit... aku boleh balik n bawa aisya jumpa doktor... ini tak, di biarnya anak aku kesakitan... aku yang dah tua ni pun tak tahan sakit... apatah lagi si kecil.. hishh! geramnya aku....
lepas ambil mereka, aku n suami terus bawa aisya ke doktor... doktor beritahu aisya terseliuh tetapi doktor nasihatkan kami supaya tidak memandang ringan ke atas perkara ini kerana di zaman sekarang terdapat banyak case dan pelbagai cara untuk child abuse. Lega sedikit hati aku bila doktor beritahu seliuh di pangkal peha boleh baik dalam masa 1 hari... if aisya tidak boleh jalan ke esokkan hari... kami perlu bawa aisya jumpa pakar n scan bg melihat kecederaan dalaman..
Alhamdulillah... pagi ini aisya sudah boleh berjalan walaupun bertatih..

No comments:

Post a Comment