Cahaya Hayati

4 Mar 2015

Mudah Rupanya Buat Samperit Susu

March 04, 2015
Mudah Rupanya Buat Samperit Susu
Mudah rupanya membuat samperit susu. Dah tu sedap pula.. bila makan cair dalam mulut... terasa lemak manis dan lemak susu...

Ni merupakan percubaan pertama cik ti setelah berumahtangga, setelah ada anak-anak. Sebelum ni dok beli ja.. Mungkin anak-anak dah besar dan depa pun dah pandai makan biskut dan kuih raya.. semangat nak buat sendiri menjadi tinggi. Di samping keinginan anak-anak untuk mencuba ...

Resepi seperti biasalah.. kita google. Cik ti tak tengok resepi dari seorang / satu blog saja.. selalunya cik ti akan tengok dalam 4 atau 5 penulis blog masakan... bahan apa yang di masukkan, petua dan cara membuat biskut atau kuih tersebut.. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.. resepi yang berbeza. Tepuk dada, tanya selera.. apa yang kita nak. Untuk memasak kita perlu kreatif... Guna apa yang ada dan tidak bergantung kepada resepi. Janji bahan utama ada...

Jadi, Inilah rupanya samperit susu. Raya ni dah boleh buat sendiri dah... :)


Samperit Susu

Bahan:
125g susu pekat manis
125g butter, lembut 
230g tepung jagung 
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
colourful chocolate rice ( untuk hiasan - boleh di gantikan dengan buah ceri)

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.

Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati dan boleh di kepal serta tak melekat di tangan..

Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau chocolate  rice di atasnya .

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

Antara tips yang saya dapat dari blog kak nor  - secubit garam adalah untuk mendapatkan kelopak yang cantik dan tidak jatuh adalah biarkan selama 30 minit - 1 jam sebelum di bakar. Dengan cara ni doh menjadi kering dan kelopak bunga menjadi stabil bila di bakar.

3 Mar 2015

Dah Bersediakah?

March 03, 2015
Dah Bersediakah?
Hari ni update cerita tentang anak sulong cik ti dan dalam blog ni cik ti sebutkan sebagai kakak aisya. Kakak Aisya dah darjah satu.. Makin demand. Ada saja yang di minta... Orang kata main banyak belajar makin banyak akainya... ni lah orangnya.

Kalau time berbelanja barang dapur di mydin or tesco, ada saja barang yang di masukkan dalam trolly senyap-senyap. Time nak bayar baru daddy & mummy perasan. Nak letak balik cam malu ... bayar sajalah.

Dalam diam, cik ti perhatikan dia banyak mengikut minat cik ti iaitu suka masak walaupun tak pandai masak.. resepi pun banyak cari dalam google.

Kalau cik ti dok kat dapur, kakak aisya pun sibuk nak tolong... tolong potong sayur la, tolong masukkan ikan, nugget dalam kualilah... tolong basuh pingganlah. Bab buat minuman sendiri dah teror dah. Siap bancuh kat ammar lagi...  teh o, teh susu, susu, milo dan air sirap dah pandai dah. Alhamdulillah. Dah boleh di harapkan dah..

goreng telur mata
Kekadang tertanya juga, dah sampai masanya kah untuk dia belajar tentang ilmu di dapur? Bersediakah dia? Kalau tak di ajar sekarang bilakah waktu yang sesuai... hmmm.

Dah pandai buat samperit
Sebagai ibu/ mak / mommy, cik ti amat suka dan seronok sebab dia mempunyai minat untuk memasak. Tak perlu nak suruh atau jerit minta tolong. Tuan punya badan sendiri yang nak tolong.. hihi. Untung mommy tau. Pelan-pelan belajar ye sayang.

Bukan apa, sekurang-kurangnya bila dia pergi belajar di mana-mana saja... dia boleh masak sendiri makanan yang dia teringin nak makan. Lagi satu, masak sendiri boleh jimatkan duit belanja...

Ayaq Asam Kampung Style

March 03, 2015
Ayaq Asam Kampung Style
Assalammualaikun wbt. 

Cuaca kat utara la ni sekejap panas, sekejap hujan. Bila panas tu ya Allah tak tahan.. tahap panas lit lit.. Dua minggu berturut anak-anak silih berganti demam. Semalam Cik Ti pula yang demam.. tiba-tiba ja. Terjaga kol 4 pagi terasa badan panas sangat, di tambah pula sakit kepala.  Incik suami pula keja shift malam.. Bangun, minum dan cari ubat tapi tak jumpa... Mandi untuk kurangkan panas. Then, tepon incik suami tanya ada simpan ubat tak? Nasib baik ada panadol dalam beg travel dia.. Telan. 

Pastu si kecik pula jaga... Susukan dia. tengok-tengok jam dah kol 6 pagi. Bangun & uruskan  kakak untuk ke sekolah. Pastu uruskan abang ngah pula .. Badan dah tak larat.. gagahkan juga. Incik suami balik terus ajak pergi klinik..  Dapat la mc 1 hari. Balik klinik terus zzzzzz. Si kecik MIL jaga sampai kol 12 camtu... Si kecik ni cam paham ja mommy dia tak sihat. Dia pun lena sampai kol 12 tengahari...

Oppps. Bukan nak cerita pasal mc semalam. Nak cerita pasal ayaq asam kampung style. Tetambah la ni musim buah belimbing buluh. Ini menu hari ahad... Memang sedap. serius sedap. Kalau boleh takmo simpan kat orang lain... Nak habiskan sorang-sorang. Tamaknya. hihi. 

ayaq asam belimbing buluh

Air Asam Kampung Style

Bahan-bahan dia adalah cili padi, tomato, belimbing buluh, bawang, belacan, garam dan limau kasturi. Potong cili padi, tomato, belimbing buluh dan bawang. Masukkan belacan, garam dan air. Gaul rata...

Senangkan ? Ayaq asam ni di makan dengan ikan bakar... perghhh! Memang hilang perkataan diet ... Makan pun bertambah-tambah. hihuhihu.