November 2019 - Cahaya Hayati

14 Nov 2019

Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah

November 14, 2019 0
Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah
Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah. Isnin baru ni, unit mommy terlibat dengan engagement unit di negeri kedah. Dah di inform oleh hq pada pertengahan tahun tetapi disebabkan malas nak siapkan paperwork, maka aktiviti yang di rancang ini menjadi aktiviti hujung tahun. Tak kisahlah janji kita buat apa yang di minta dan enjoy. 

Aktiviti yang di persetujui bersama dengan negeri Kedah adalan bermain bowling, tukar-tukar hadiah dan juga makan-makan. Aktiviti ini santai saja... Untuk menarik semua staff untuk hadir, maka diwujudkan cabutan bertuah. Alhamdulillah semua pakat join...

Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah, aktiviti tahunan syarikat, aktiviti untuk eratkan hubungan sesama staff, aktiviti untuk eratkan hubungan antara majikan dan pekerja, bowling, pengalaman mengadakan aktiviti bowling, bowling, sejati superbowl, bayaran bowling sejati superbowl,
Barisan pemain yang berbakat

Disebabkan engagement ini diantara Pulau Pinang dan Kedah, maka tempat pilihan untuk diadakan aktiviti adalah di Sejati Superbowl Sungai Petani. Selain itu, ia juga murah. Satu games hanya RM 5 dan kasut di caj RM 2. Budget RM 15 seorang... Kiranya under budget. Ia di bawah management Park Avenue Hotel Sungai Petani. Terjaga dan bersih serta sesuai untuk buat aktiviti secara berkumpulan.

Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah, aktiviti tahunan syarikat, aktiviti untuk eratkan hubungan sesama staff, aktiviti untuk eratkan hubungan antara majikan dan pekerja, bowling, pengalaman mengadakan aktiviti bowling, bowling, sejati superbowl, bayaran bowling sejati superbowl,
Admin yang sibuk kira hadiah..

Selepas bermain bowling, kami terus bergerak ke AT Satay Semeling. Di sini baru di adakan aktiviti pemberian hadiah kepada kumpulan yang menjuarai bowling, hadiah pemain bowling terbaik, cabutan bertuah dan juga tukar-tukar hadiah.

Sebelum bagi hadiah, isi perut dulu. Big Boss kata tak perlu ikut tentative program. Baik boss.. hihi.

Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah, aktiviti tahunan syarikat, aktiviti untuk eratkan hubungan sesama staff, aktiviti untuk eratkan hubungan antara majikan dan pekerja, bowling, pengalaman mengadakan aktiviti bowling, bowling, sejati superbowl, bayaran bowling sejati superbowl,

Lepas makan, terus kata-kata aluan dan penutup oleh bos-bos dari HQ

Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah, aktiviti tahunan syarikat, aktiviti untuk eratkan hubungan sesama staff, aktiviti untuk eratkan hubungan antara majikan dan pekerja, bowling, pengalaman mengadakan aktiviti bowling, bowling, sejati superbowl, bayaran bowling sejati superbowl,

Hadiah kepada pemenang bowling. 

Aktiviti Syarikat,Tak Perlu Mewah Janji Meriah, aktiviti tahunan syarikat, aktiviti untuk eratkan hubungan sesama staff, aktiviti untuk eratkan hubungan antara majikan dan pekerja, bowling, pengalaman mengadakan aktiviti bowling, bowling, sejati superbowl, bayaran bowling sejati superbowl,
Tempat pertama 

Tempat kedua

Tempat ketiga

Tempat keempat. 

Untuk tukar-tukar hadiah tu, di buat secara cabutan undi. Pencabut akan beri hadiah kepada nama yang naik, kemudian penerima hadiah akan cabut pula. Proses ini berulang sehingga semua dapat hadiah... Kalau tak, nanti ada yang tak dapat hadiah. Tukar-tukar hadiah ini di panggil hadiah sillaturrahim. Tiada gambar sebab mommy sibuk ambik hadiah untuk cabutan bertuah. 

Diharapkan pada tahun depan, pihak HQ akan beri lagi budget untuk aktiviti sebegini. Kalau boleh lebih sikit sebab boleh ler mommy rancang aktiviti bermalam pula... Baru bertambah mesra gituuuu.

Apa akiviti syarikat korang untuk menambahkan sillaturrahim antara staff? Kongsi la idea, nanti bolehlah mommy buat untuk unit mommy lagi... 

12 Nov 2019

Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri

November 12, 2019 0
Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri
Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri. Hai korang! Pernah tak baca dalam page di facebook di mana saudara terpaksa tanggung hutang yang di buat oleh adik beradik atas nama sendiri. Pernahkan? Hal ini juga terjadi kepada mommy di mana mommy telah bersetuju untuk membuat pinjaman dengan janji akan bayar dengan baik. Tapi itulah janji tanpa hitam putih memang tidak boleh pakai. Yang terpaksa tanggung adalah penama. Yang terpaksa hadap panggilan dari collection agency juga penama. Yang nak kena blacklist dengan bank pun penama.. 

Jangan Sesekali Buat Pinjaman Atas Nama Sendiri Walaupun Untuk Adik Beradik Sendiri, alasan kenapa tak mahu buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain, jangan rela untuk buat pinjaman untuk orang lain, peringatan agar tak tertanggung hutang orang lain, jangan terpedaya dengan pujukan untuk membuat pinjaman oleh adik beradik, jangan buat pinjaman untuk adik beradik atau ibu bapa,

Menyesal? Yes memang menyesal dan jadikan ia sebagai sempadan dan pengajaran pada masa akan datang. Korang pun, kalau ada masalah sebegini, keraskan hati korang agar korang tidak mengikut kata hati dan bersetuju dengan cadangan saudara ataupun ibu bapa sendiri. Bukan apa, takut korang pun alami nasib yang sama dengan mommy. Terpaksa bayar dan tanggung hutang yang bukan hakmilik sendiri. Berpada juga walaupun katanya sebagai kasih sayang. Untuk suami? Fikirlah sendiri sebab takut dah dapat apa yang dia nak, perpisahan pula yang berlaku. Korang rasa dah berpisah, ex korang akan bayar ke hutang tu? Fikirkan baik-baik umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. 

Kenapa tak push saja orang tu suruh bayar? Dah push, dah cakap dan dah menangis pun tapi kalau diorang pun tak mampu nak bayar lagi nak buat macam mana. Makan hati sajalah tiap bulan tengok duit sendiri keluar untuk bayar hutang orang. 

Lepas tu lama mommy tak bayar sampailah 3 bulan lepas, mommy buat full settlement dengan diskaun 40%. Lega walaupun sakit hati. Sekurang-kurangnya mommy dah tak blacklist, tak kena ganggu dengan collection agency dan boleh beli aset atas nama sendiri... 

So sebagai pengajarannya... Sekarang ni kalau korang minta jadi penjamin sekalipun mommy akan ragu-ragu. Takut kesilapan berulang. So, korang jangan sekali-sekali buat pinjaman atas nama korang untuk ahli keluarga... Takut merana dan perhubungan sesama ahli keluarga juga akan renggang. Biarlah mereka usaha sendiri untuk selesaikan masalah mereka. Keraskan hati dan pekakkan telinga. Kalau nak tolong pun, bagi apa yang ada dalam tangan saja bukannya buat pinjaman. Ingat tau!

7 Nov 2019

TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL

November 07, 2019 0
TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL
TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL. Hai korang! Mommy dapat tips nak tinggikan engagement media sosial dari pemerhatian mommy dan juga penglibatan mommy dalam media sosial. Mudah tapi bukan senang... Walaubagaimanapun, korang pun boleh cuba dan usaha juga. Kata nak jadi inflencer yang berjaya kannnnn?

Korang faham tak maksud engagement media sosial? Engagement media sosial bermaksud setiap post korang akan dapat komen.like dan share yang berkualiti. Ini kerana post tersebut memang berkualiti dan memberi manfaat sehingga influencer ini mempunyai followers tersendiri. Lagi banyak followers lagi banyak komen, like dan share yang influencer tersebut akan dapat.

TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL, cara tinggikan engagement di social media, cara tinggikan engagement di media sosial, social media marketing, taktik pemasaram media sosial, teknik pemarasan sosial media, cara untuk dapatkan sales di media sosial, teknik engagement yang instafamous lakukan, marketing technique by instafamous, cara untuk dapatkan like dan komen banyak di facebook, cara untuk dapatkan engagement yang tinggi di facebook, langkah-langkah untuk dapatkan engagement yang banyak di facebook

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, kita perlu tahu kenapa kita perlu tinggikan engagement media sosial kita? Sebab....

  • Lagi tinggi engagement, lagi ramai yang akan follow kita
  • Lagi tinggi engagement ( follower), lagi tinggi bayaran yang influencer boleh dapat
  • Lagi tinggi engagement, lagi senang nak jual produk
Itu baru 3 sebab. Ada banyak lagi...

TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL, cara tinggikan engagement di social media, cara tinggikan engagement di media sosial, social media marketing, taktik pemasaram media sosial, teknik pemarasan sosial media, cara untuk dapatkan sales di media sosial, teknik engagement yang instafamous lakukan, marketing technique by instafamous, cara untuk dapatkan like dan komen banyak di facebook, cara untuk dapatkan engagement yang tinggi di facebook, langkah-langkah untuk dapatkan engagement yang banyak di facebook
TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL

TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL

  • Posting mestilah jujur dari hati tapi bukannya posting mencari gaduh, mengata atau menyindir individu tertentu. Posting tersebut mestilah memberi manfaat kepada follower. Di kira hebat jika follower tertunggu posting seterusnya. 
  • Gambar yang cantik, menarik dan sesuai dengan posting. Kadang-kadang, orang tertarik untuk membaca posting di media sosial hanya di sebabkan gambar. Gambar yang membuatkan orang teringin nak tahu cerita seterusnya. 
  • Selain dari posting dan gambar, korang juga kenalah rajin-rajin like dan komen status kawan-kawan di media sosial. In sha Allah mereka juga akan support balik. Saling bantu-membantu gitu..
  • Jarakkan sesuatu posting dengan posting terbaru. Janganlah setiap 30 minit korang up post terbaru. Memang la orang tak sempat nak baca korang punya post tu. Sekurang-kurangnya 4 jam sekali. Kalau untuk advertisement pula, better sehari satu posting saja. Ini untuk mengelakkan posting advertisement tu tenggelam....
  • Kalau boleh balas setiap komen dalam posting kita. Lambat pun takpa, janji balas... Cara ini mampu menaikkan engagement kita walaupun sikit. 
  • Tambah kawan di kalangan bukan influencer sebab kebanyakkan influencer dah boleh baca taktik pemasaran influencer yang lain. So, dengan cara ini kita menambah follower dan menyebarkan ilmu/produk yang ingin kita sebarkan. 
  • Dah friend dengan bukan  influencer, rajin-rajinkanlah diri untuk like dan komen status kawan-kawan ni. Jangan pilih kawan yerrrr!
  • Selang seli posting advertisement dengan personal supaya orang tak boring nak baca posting kita sebab kita bukannya penjual produk yang perlu nak iklankan produk setiap masa.

Itu jer tips yang mommy dapat dari hasil menatap media sosial setiap hari. #lari. Kalau tak percaya korang boleh follow influencer atau instafamous. Berapa kerap dan dan berapa lama masa diantara sesuatu posting. Di situ kita boleh belajar banyak perkara... Bukan senang nak jadi influencer yang berjaya tapi boleh berjaya jika kita rajin berusaha dan belajar. In sha Allah. 

Mommy pun tengah berusaha ke arah tersebut dengan menambah ilmu melalui pembacaan. Jom sama-sama kita tingkatkan usaha dan menggapai apa yang kita impikan. 

6 Nov 2019

Terjebak Dengan Drama Pesan Pada Hati Pulak

November 06, 2019 0
Terjebak Dengan Drama Pesan Pada Hati Pulak
Terjebak Dengan Drama Pesan Pada Hati Pulak. Hai korang! Korang tengok tak Drama Pesan Pada Hati? Mommy baru terjebak. Bosan-bosan layan la drama... Selalunya mommy tunggu habis dulu baru layan tapi disebabkan dah terjebak, mommy menunggu hari tayangannya iaitu pada setiap hari rabu hingga jumaat pada jam 9.30 malam. 

Drama Pesan Pada Hati

Drama Pesan Pada Hati ini mengisahkan tentang Yusuf dan Zulaikha yang sedang dilamun cinta namun cinta mereka terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama di stesen komuter di antara Yusuf  dan Zulaikha  yang tidak disangka, dalam diam menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja. Pada awalnya, Zulaikha jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha risau kerana ibunya, Hajar pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak lelakinya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar.

Drama Pesan Pada Hati, Pesan Pada Hati, tonton online pesan pada hati, tonton online drama pesan pada hati, full episod drama pesan pada hati, full episod drama pesan pada hati, drama best 2019,
Drama Pesan Pada Hati

Namun Yusuf nekad melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk ibunya. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Dia tidak sampai hati ingin melukakan hati ibunya lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf. Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri. Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya.

Ibu Yusuf, Rubi gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha? Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak pernah menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu. Tak tersangka, Maryam sebenarnya adalah kakak Yusuf. Rahsia ini terbongkar semasa Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Aakif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan melukai hatinya. Zulaikha hilang tanpa sebab. Dia menjadikan Zulaikha sebagai sasaran untuk dia membalas dendam.

Drama Pesan Pada Hati, Pesan Pada Hati, tonton online pesan pada hati, tonton online drama pesan pada hati, full episod drama pesan pada hati, full episod drama pesan pada hati, drama best 2019,
pesan pada hati

Bagi yang tak sempat nak layan di TV3, korang boleh layan online dengan klik di link di bawah...