Counting Hours For Mommies 'Me Time' To Ho Chin Min City - Cahaya Hayati

5 Oct 2019

Counting Hours For Mommies 'Me Time' To Ho Chin Min City

Counting Hours For Mommies 'Me Time' To Ho Chin Min City. Ya Allah tak sabarnya dan teruja giler nak travel kali ni. Selalu travel atau bercuti dengan suami dan family. Kali ni travel dengan kawan-kawan sekerja dan bergelar ibu pula. Perasaan tu lain sikit. Bercampur-campur antara teruja dan takut. Wish me luck dan semoga baik-baik saja.

Ho Chin Min City, Vietnam


Idea untuk bercuti dengan geng mommies ni bermula dengan rasa cemburu tengok kawan-kawan dalam fb , rakan sekerja lain asyik travel ja. Terfikir juga kenapa depa boleh pi, kita tak boleh. Dari situ lah bermula dengan idea nak ke mana, budget, itinerary dan terus cari date yang sesuai.

Masa cari date ni, kena pastikan tiada halangan yang menyebabkan kita tak jadi travel. Contohnya penangguhan peperiksaan upsr, upkk, pt3 dan juga spm. Karang dah book tiket, ada halangan yang tak boleh settle.. dah kena burn tiket. Sayanglah kan? So, kena cari date yang betul-betul sesuai untuk travel.

Time mommy nak pergi ni pun ada penangguhan peperiksaan upkk tapi nasib baik encik suami aka daddy cuti time tu. Bolehlah dia uruskan hal peperiksaan kakak Aisya.

Once dah dapat date, banding pula harga tiket. Murah atau mahal? Pilihan di tangan korang.. kitaorang pilih yang murah ja. Kalau nak lagi murah kena book setahun awal masa AA buat promosi tambang murah... Tapi mommy tak berani nak book awal-awal takut masalah-masalah yang timbul bila sampai waktu nak travel. Walaubagaimanapun, kami still dapat book tiket yang agak murah... RM400 pergi balik. Okaylah kan?

Opps lupa nak habaq, kami tak pergi dengan mana- mana travel agency yer. Sendirian berhad dan ala- ala backpackers. Nak murah dan jimat punya pasal. Hehe.. 

Okay setakat ni saja. Nanti mommy update lagi. Hari nak kena masak sedap-sedap untuk kesayangan semua... Ambik hati sebelum kena tinggal. Hihi.


2 comments:

  1. selamat bercuti Cik T betullah tu bercampur baur rasa nya kan, apapun semoga dipermudahkan segala urusan dan enjoy naa :)

    ReplyDelete
  2. Cepat update Cik T, SA nak repeat ni..kalau bleh kali ni nak pi sana x nak shopping pun..nak pi tengok tempat orang je...

    ReplyDelete