Bayaran Terkini Dan Dokumen Untuk Membuat Passport Malaysia - Cahaya Hayati

7 Oct 2019

Bayaran Terkini Dan Dokumen Untuk Membuat Passport Malaysia

Assalammualaikum wbt. Hi korang! Semalam dah share tentang mommies me time. Ni sambungannya lah... Kalau nak tahu, masa book tiket tu.. passport takdak lagi. Main book ja dulu. Hehe.. Book dulu sebab passport boleh buat kemudian. 

Harga passport, bayaran passport, dokumen untuk buat passport, passport malaysia, apa yang diperlukan untuk buat passport, cara mohon passport, tempoh buat passport,
Passport Malaysia

Harga passport, bayaran passport, dokumen untuk buat passport, passport malaysia, apa yang diperlukan untuk buat passport, cara mohon passport, tempoh buat passport,

Book tiket bulan Julai, 2 minggu lepas baru mommy buat passport. Terkial-kial jugaklah sebab baru pertama kali buat. Tanya encik suami nak kena bawa apa? Dia kata kena bawa gambar, duit rm200 dan salinan ic. Rupanya salah info sebab gambar dah tak perlu bawa. Hanya salinan ic dan duit saja. 

Harga passport, bayaran passport, dokumen untuk buat passport, passport malaysia, apa yang diperlukan untuk buat passport, cara mohon passport, tempoh buat passport,
Bayaran passport mengikut kategori


Untuk yang renew passport, sila bawa passport lama sekali. Ramai yang lupa bawa dan kena datang lain kali..

Untuk maklumat lanjut berhubung passport ni korang bolehlah baca sendiri di website Imigresen di SINI

Mommy mohon passport di Imigresen cawangan Kulim. Ambik number pukul 8.30 pagi. Pukul 2.30 petang baru giliran mommy... Sabar menanti. Nasib baik bawa novel tebal. Habis juga novel tu mommy baca sambil tunggu giliran. 

Lepas urusan sahkan dokumen dan ambik gambar, kena buat bayaran dulu. Lepas buat bayaran, kena tunggu 1 jam lagi untuk ambik passport. 

Lama kena tunggu.. tengok hari dan tempat lah kot. Ada tempat tak ramai, cepatlah... 

Ingat tau, kalau nak buat passport kena salinan ic dan duit. Kalau boleh masa nak mohon tu, apply cuti sebab tempoh untuk buat tu mungkin akan makan masa yang lama.. 

Korang yang baca entry ni nak buat passport pi mana? 

2 comments:

  1. Itula memang lama prosesnya. Bawak anak kecik nak buat pasport mau meragam huhu. Aritu buat pasport nak masuk thailand hehe

    ReplyDelete
  2. Urusan sebenarnya sekejap je dalam 1-2 jam..tapi tu la..adakala lama giler nak menunggu...SA pun selalunya kalau renew passport memang bawak novel tebal..

    ReplyDelete