Kali Pertama Bawa Anak-Anak Ke Sambutan Merdeka ke-62 Pulau Pinang - Cahaya Hayati

3 Sep 2019

Kali Pertama Bawa Anak-Anak Ke Sambutan Merdeka ke-62 Pulau Pinang

Kali Pertama Bawa Anak-Anak Ke Sambutan Merdeka ke-62 Pulau Pinang. Hai korang! Masih bercuti lagi ke? Mommy dah masuk kerja. Cuti baru ni just bawa anak-anak ke Sambutan Merdeka yang ke-62 di Buttterworth, Pulau Pinang. Ini pun anak-anak yang request nak pi tengok sendiri kawat dan perarakan kenderaan yang mengambil bahagian. Kalau ikut mommy, memang nak dok rumah ja dan tengok sambutan kemerdekaan kat TV ja. 

Mommy setuju dengan request anak-anak sebab sambutan kali ini dekat dengan office mommy. So, parking senang. hihihi... 

Mommy gerak dari rumah dalam pukul 8 pagi. Sampai office dalam 8.40 pagi. Jalan lancar sebab tak banyak kenderaan sampailah selepas tol Sungai Nyior. Dah banyak kenderaan sebab jalan dah ditutup. It's okay sebab mommy dah hafal jalan area bagan ni. Untuk sampai office, kenalah masuk jalan Raja Uda dan patah balik ikut jalan dalam taman dan kondo. Keluar balik untuk ke office mommy. 

sambutan merdeka 2019
sambutan merdeka 2019

Parking dan terus ke kawasan pentas. Tak start lagi... Masih menunggu VIP's. Ajak anak-anak dan adik-adik breakfast dulu tapi depa tak mau. Nak tengok dari mula sampai habis..Huhu. Solutionnya mommy pergi beli air dan roti kat 7E sajalah. Nasib baik ada lagi.. 

sambutan merdeka 2019
Aisy

Sementara tunggu acara bermula, kita bergambar dulu... Wajib bergambar sebagai bukti suatu hari nanti. Jangan korang kata mommy tak pernah bawa pula.

Kami

Seberang jalan dari tempat mommy dan family duduk. Ramai siot! 

Paling geram dan rasa nak marah ja sebab ada manusia tak faham bahasa. Pak encik polis suruh duduk sebab nak bagi semua orang nampak tapi tak reti-reti nak duduk. Malah ada yang buat terer.  Ada yang dok jerit suruh duduk. Macam-macam lagi. Sabar sajalah... 

Manusia


Setia menanti acara bermula...

Kakak


Dah sampai tahap bosan sebab acara tak bermula lagi... Tapi tahun depan nak mai tengok lagi. hehehe..


Untuk kawad, korang boleh tengok di you tube di bawah. Mommy malas nak ambil gambar... so, ambik video. 


Jangan tak percaya, kami tunggu sampai habis.. Anak-anak pun puashati sebab dapat tengok kereta perisai angkatan tentera. Kenderaan yang paling depa tunggu... 

Acara habis dalam pukul 12 tengahari. Memang puashati!

3 comments:

  1. alhamdulillah bestnya family time together gether ^_^

    ReplyDelete
  2. Kesian dekat mommynya yang kalau boleh nak duduk kat rumah tengok sambutan merdeka kat TV je.

    ReplyDelete
  3. lama gila dah tak pergi tengok perarakan. tahun ni pun tak sempat.

    ReplyDelete