6 Tips Bijak Urus Masa - Cahaya Hayati

5 Sep 2019

6 Tips Bijak Urus Masa

Hi korang! Sekejap jer dah bulan September. Macam banyak lagi plan atau target yang belum di capai. Betul tak? Kalau betul cuba korang check balik cara korang urus masa ( time management) korang.. Mesti ada yang tunggang terbalik kan? Bila kita dapat uruskan masa kita dengan balik, semua kerja akan berjalan dengan lancar, tak tertangguh, banyak benda boleh jimat, banyak perkara kira boleh buat dan banyak plan atau target boleh dicapai. 

Hal tentang pengurusan masa ini telah dinyatakan dalam Surah Al-'Asr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:-

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"


Jadi, janganlah kita buang masa lagi sebab masih ada 3 bulan lebih lagi untuk capai apa yang kita rancang dan target. In sya Allah kita boleh!

6 Tips Bijak Urus Masa, tips urus masa, 6 tips urus masa, time management, cara nak uruskan masa dengan betul,


6 Tips Bijak Urus Masa


  • Kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri terlebih dahulu. Ini adalah untuk kita menggunakan kekuatan kita sebagai senjata utama dalam perancangan kita. Kelemahan diri pula akan kita buang jauh-jauh dalam gaung supaya ia tak mengganggu plan, target, wishlist dan yang seangkatan dengannya. 
  • Luangkan masa untuk merancang jadual. Yang ni korang boleh buat sendiri, berpasangan ataupun dengan keluarga kecil anda.
  • Dah dapat list apa yang akan akan buat/ wishlist/ target... Check balik yang mana paling utama (priority).
  • Dah dapat yang mana priority, bolehlah buat senarai ' To -Do- List' . To do list adalah untuk memastikan semua kerja dibuat dan siap pada masa yang di rancang. Tanpa to do list ni ramai yang terlupa dan tertangguh untuk siapkan kerja. Sebab itulah to do list ni penting untuk semua tak kira student ataupun korang yang dah kerja. 
  • Elakkan sikap suka menangguhkan kerja. Opps yang ni memang ramai yang buat sebab diri sendiri pun buat juga bila ada drama best, bila ada novel best dan bila nak ke tempat yang best. Laghaa tapi buat juga. 
  • Fokus kepada matlamat. Kalau rasa give up, korang fokus balik matlamat. Yakinlah korang boleh. 

Dengan 6 tips bijak urus masa ini korang boleh urus masa korang dengan baik dan mencapai apa yang korang rancang dan target. In sha Allah. 

No comments:

Post a Comment