3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang JEREBU - Cahaya Hayati

10 Sept 2019

3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang JEREBU

Hi korang! Dua tiga hari ni Jerebu dekat tempat mommy makin teruk. Anak-anak mommy pun masih lagi batuk walaupun dah ambil ubat serta antibiotik. Kat tempat korang macammana? Jerebu or tak? Kadang-kadang rasa geram sebab tindakan negara lain tapi rakyat Malaysia yang alami masalah kesihatan. Geram tak tahu nak habaq... Setiap tahun akan hadapi masalah yang sama. Takdak solusi atau penyelesaian untuk masalah jerebu ni ke? Dan negara yang buat tu, takdak cara lain ka selain pembakaran terbuka. Come on lah lagi berapa bulan saja nak masuk tahun 2020... Harap-harap masalah pembakaran secara terbuka dan jerebu dapat di atasi pada tahun-tahun akan datang. In sha Allah. 
 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang JEREBU
3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang JEREBU


3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang JEREBU


Walaupun geram dengan masalah jerebu ni, mommy nak kita semua pakat ambil tahu tentang perkara yang kita perlu tahu iaitu:

  1. Siapakah yang berisiko dengan jerebu
  2. Kesan kesihatan akibat jerebu
  3. Langkah-langkah untuk melindungi diri ketika jerebu

Siapakah Yang Berisiko Dengan Jerebu


Walaupun bacaan API (Air Pollutant Index) di tempat mommy atau korang masih lagi rendah tetapi kita kena ambil tahu juga siapa yang berisiko dengan jerebu ini. Bila dah tahu senanglah kita nak protect atau rawat keluarga, jiran ataupun sesiapa saja yang kita kenali. Mereka yang berisiko dengan jerebu ialah:-

  • Kanak-kanak dan orang tua
  • Individu yang mempunyai penyakit atau masalah pernafasan
  • Individu yang bekerja luar
  • Perokok
Siapakah Yang Berisiko Dengan Jerebu
 Yang Berisiko Dengan Jerebu

Ada tak kategori di atas yang berada dekat dengan kita? Kalau ada, silalah berhati-hati dan mengambil langkah-langkah pencegahan agar mereka ini tidak mengalami masalah kesihatan yang di akibatkan oleh jerebu. 


Kesan Kesihatan Akibat Jerebu


Masalah kesihatan yang diakibatkan oleh jerebu bukan setakat batuk, selesema dan demam saja. Mungkin orang yang tiada masalah kesihatan akan alami 3 masalah kesihatan di atas tetapi bagi mereka yang memang ada masalah kesihatan akan alami masalah yang lebih teruk lagi seperti:-

  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
  • Asma
  • Radang paru-paru
  • Sakit jantung
  • Sakit tekak
  • Sakit mata
  • Batuk
  • Selesema

Jika anda mengalami masalah kesihatan seperti di atas, silalah pergi berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan dengan segera. 


Langkah-Langkah Untuk Melindungi Diri Ketika Jerebu


  • Banyakkan minum air
  • Pakai topeng pernafasan ( disarankan jenis N95 untuk IPU melebihi 200)

Langkah-Langkah Untuk Melindungi Diri Ketika Jerebu
Langkah-Langkah Untuk Melindungi Diri Ketika Jerebu

  • Kurangkan aktiviti luar
  • Basuh muka dan kawasan kulit yang terdedah jerebu dengan air bersih dan sabun
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika masalah kesihatan berkaitan dengan pernafasan bertambah teruk
  • Gunakan penghawa dingin ketika memandu dan guna mode kitaran udara dalaman 
  • Dapatkan index bacaan IPU sebelum keluar atau melakukan aktiviti luar

Bacaan Index Udara boleh semak di SINI. Ini pula kategori index udara... So, bila korang check bacaan index udara terkini, korang boleh tahu ianya sihat atau tak untuk korang berada di luar rumah atau melakukan aktiviti luar. 

Petunjuk bacaan indeks udara

No comments:

Post a Comment