Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan - Cahaya Hayati

30 Aug 2019

Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan

Assalamualaikum wbt, salam jumaat dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-62.  Semalam semasa mommy naik untuk solat zohor di surau office, ternampak seorang adik ni tengah menangis dalam sujud. Bukan sujud yang sekejap tapi yang lama sebab dari mommy mula solat sampai habis solat dia tak bangun-bangun lagi. Lepas baca doa, mommy pergi dekat dan tengok dia. Dua kali mommy ulang tengok dia. Takut pengsan pula... Lagipun masa tu mommy dengan dia saja yang ada kat surau. Alhamdulillah lepas tu dia bangun dan habiskan solat macam biasa. 

Terus mommy tanya dia okay atau tak? Dia kata okay cuma kadang-kadang hati ni dok teringat arwah suami katanya. Dia kata masih lagi ternampak dan terbayang yang arwah suami dia masih ada... So, adalah juga nasihatkan dia dan minta dia banyak doa kepada Allah. 

Untuk pengetahuan korang, suami adik ni baru 2 bulan lebih meninggal. Cara meninggal yang mengejutkan semua sebab arwah tidak sakit, sihat dan meninggal dalam pangkuan si isteri yang terjaga tengah malam untuk susukan bayi. Suami hanya cakap pening dan minta maaf dengan isteri. Lepas cakap macam tu, terus arwah habis hayat. Adik ni still tak percaya arwah dah tiada sehingga paramedik sahkan. Semoga adik ni terus tabah dan kuat untuk menjalani hidup di samping membesarkan 3 anak. In sha Allah 

Terus terang mommy katakan yang mommy pun mungkin tak sekuat adik ini untuk hadapi kehilangan yang tak di jangka. Kita boleh pujuk hati dengan mengatakan Allah lebih sayang dia... Tapi tetap rasa kehilangan tu. 

Di sini mommy share dengan semua doa ketika sedih dan doa untuk keluar daripada tekanan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. 


Doa Ketika Sedih




Cara Untuk Hadapi/Keluar Dari Tekanan



3 Doa Pendek yang paling mustajab. 





No comments:

Post a Comment