4 Penyakit Jika Hanya Fikirkan Dunia - Cahaya Hayati

9 Aug 2019

4 Penyakit Jika Hanya Fikirkan Dunia

Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat. Hai korang! Nak cerita apa eh? Nak karang tapi blur pulak. Faktor usia kot. hehe... Sebab tak tahu nak cerita apa hari jumaat ni, mommy nak kongsikan hadis dari Hadith Riwayat Muslim. Bukan apa, kita ni kadang-kadang lalai dan mommy sendiri akui yang kadang-kadang mommy lalai. Lebih memikirkan urusan dunia yang tak pernah habis. Jadi apabila baca balik hadis ni, tercuitlah hati mommy untuk tidak memikir sangat urusan dunia. Biarlah Allah yang tentukan. 



So, mommy kongsikan kat sini untuk tatapan, bacaan dan motivasi untuk kita semua...

" Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya dunia yang difikirkan sehingga seolah – olah ia tidak melihat hak Allah dalam dirinya, maka Allah akan menanamkan empat macam penyakit padanya iaitu;

1.      Kebingungan yang tidak putus – putus
2.      Kesibukan yang tidak pernah jelas akhirnya
3.      Keperluan yang tidak pernah terasa dipenuhi
4.      Khayalan yang tiada penghujung baginya.

 
Empat perkara ini diriwayatkan oleh Hadith Riwayat Muslim.

1 comment:

  1. Ya Allah.. semoga aku menjadi hambaMu yang selalu mengingati Mu dan tidak pernah jauh daripada Mu..

    p/s : perkongsian yang baik kak.. :)

    ...

    ReplyDelete