Percutian Di Johor Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY - Cahaya Hayati

15 Jul 2019

Percutian Di Johor Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY

Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah BAGASI.MY. Hai korang... Johor Bahru adalah destinasi percutian keluarga yang menarik sebab Johor Bahru mempunyai lebih 20 tempat menarik yang boleh dilawati tapi mommy senaraikan 20 saja lah. Sebelum mommy teruskan dengan 20 senarai tempat menarik di JB ni, mommy nak habaq jangan dok hotel yang jauh atau susah nak ke tempat-tempat yang hendak dilawati ni. Disebabkan mommy nak ke Legoland ( tujuan utama bercuti, huh, sambil jeling anak-anak), so mommy book hotel di Johor Bahru dekat dengan legoland melalui maklumat di BAGASI.MY. Kenapa dekat, kena jaga masa yer. Bukan senang nak handle anak-anak dan mommy tak mahu masa terbuang begitu. Manfaat masa sepenuhnya bila bercuti ni...

Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY


Nak book hotel pun bukan senang juga. Banyak perkara kena ambil kira tapi mommy mampu lakukan melalui web BAGASI.MY. Ini kerana terdapat 23 hotel di Johor Bahru yang dekat dengan tempat menarik dan mesra keluarga. Kalau korang nak tahu, hotel apa.. Korang bolehlah klik di link BAGASI.MY ni. Pasti ada yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Tapi mommy nak kongsi juga dengan korang dekat sini. 23 Hotel tersebut adalah..

23 HOTEL MESRA KELUARGA DI JOHOR BAHRU YANG DEKAT DENGAN TEMPAT MENARIK


1. Legoland Hotel



2. Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri
3. Ramada Meridin Johor Bahru
4. D Elegance Hotel


5. Stella Hotel
6. Hotel Granada Johor Bahru
7. OYO 519 Domus Hotel
8. Hotel By The Park PLT
9. Grand Medini Suites
10. Hotel Jen Puteri Harbour
11. Impiana Hotel Senai
12. Hotel Castello
13. Hotel Corsica
14. Zenz Hotel
15. Tune Hotel Danga Bay
16. The Puteri Pacific Johor Bahru
17. Hallmark Regency Hotel
18. Hotel Citrus
19. Doubletree by Hilton Johor Bahru
20. Swiss-Inn Johor Bahru
21. Hotel Silka
22. Hotel Grand Paragon
23. Potpourri Boutique Hotel

Menariknya di BAGASI.MY terdapat info yang kita perlukan seperti saiz bilik, jarak ke tempat yang hendak dilawati, harga serta alamat. Malah gambar bilik pun ada. Dah tak perlu nak fikir dan buat perbandingan. Sebab semua tu telah dinyatakan dalam BAGASI.MY.




Untuk booking pula, hanya klik link ke booking.com. Jika dah ada akaun booking.com, lagi lah senang nak booking hotel pilihan. So, korang yang nak pergi bercuti tu bolehlah guna laman web BAGASI.MY untuk memudahkan percutian korang sekeluarga...

Berbalik kepada tempat menarik ni Johor Bahru, mommy cadangkan korang ke 20 tempat menarik ni agar percutian korang sekeluarga menjadi percutian yang paling bermakna dan diingati. Tempat-tempat tersebut adalah:-

20 Tempat Wajib Lawati Di Johor Bahru


1. Legoland Malaysia


Dah sampai johor, inilah tempat yang wajib pergi. Kalau tak, anak-anak akan merengek dan minta untuk pergi. Dekat sini boleh habiskan masa dari pagi sampai malam sebab macam-macam permainan dan tarikan yang ada. So, enjoy hari pertama anda dengan anak-anak di sini. 


2. Johor Premium Outlets


Alang-alang dah sampai JB, mommy wajiblah shopping barang kat sini. Buat kenangan dan tanda dah jejak kaki kat sini. Mommies sekalian bolehlah buat senarai barang apa yang hendak dibeli mengikut budget masing-masing. 

Kalau tak nak beli pun takpa, just datang, lihat dan tengok apa yang ada di JPO ni... Barulah boleh balik cerita dengan kawan-kawan. 


3. JB City Square


JB City Square masuk dalam list jugak sebab kalau benda yang di cari tiada di JPO korang boleh singgah di JB City Square. Salah satu shopping mall tebesar di Johor Bahru...


4. Sealife Malaysia



5. Flyboard @Forest City  JB

Untuk yang adventures. Kalau mommy, mommy takut... Pastu tak reti berenang pulak tu. Hahaha..



6. Masjid Sultan Abu Bakar

Jalan-jalan juga, solat jangan lupa. So, destinasi yang tepat adalah Masjid Sultan Abu Bakar sebab ia adalah masjid tercantik dan terbesar di JB.



7. Hello Kitty & Thomas Town

Untuk anak-anak lagi. Wajib singgah juga sebab kat rumah ni ada peminat Hello Kitty dan Thomas. Asal ada iklan kat TV jer, mesti cakap nak pergi... So, kita realisasikan permintaan mereka. 



8. Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland

Percutian kalau tak main air atau mandi kolam memang tak sah la kan. So, kita ke Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland. Kat sini boleh lepak dan bermain sehingga puas.



9. Dataran Bandaraya Johor Bahru

Wajib abadikan gambar kenangan di sini...



10. MCM Studio Cartoon Planet

MCM Studio Cartoon Planet ni macam MAPS yang dekat Ipoh tu. Cuma konsep dia lain sikit... Dan haruslah singgah untuk keseronokkan berganda. hahaha...



11. Angry Bird Activity Park

Kalau rasa nak main game Angry Bird real, boleh singgah sini... Rasanya zaman mommy muda-muda dulu saja layan Angry Bird ni. Anak-anak zaman sekarang tahu tak apa Angry Bird ni?

Dekat sini, korang boleh lepaskan tekanan korang... So, balik cuti dengan semangat dan jiwa yang baru. 



12. The Real Escape Room JB

Untuk anak-anak remaja yang sukakan sukan lasak dan di sini mereka juga boleh belajar macam mana nak lepaskan diri dari satu bilik. alaa lebih kurang macam fear factor... 



13. Austin Heights Adventure Park

Option jika tak dapat nak ke Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland. Kat sini pun best dan besar juga... 



14. Gunung Ledang

Untuk kaki hiking... Wajib hiking Gunung Ledang sebab view kat atas Gunung Ledang sangat cantik. 



15. Danga Bay

Orang kata, kalau datang johor wajib singgah sini untuk makan malam dan lepak sambil nikmati keindahan Danga Bay.



16. Hutan Bandar

Masa member suggest Hutan Bandar ni, mommy tempat apalah.. Rupanya ia adalah Taman Awam.... Best dan menjimatkan!



17. Bazar Karat

Bosan dengan shopping mall, korang boleh datang ke Bazar Karat untuk melihat jualan barangan tempatan. Lain tempat lain produk Bazar Karat... 



18. Pantai Desaru

Kalau nak mandi laut dan bermain pasir pantai, korang boleh lah ke Pantai Desaru. Pasti tidak mengecewakan sebab Pantai Desaru adalah yang tercantik di Malaysia. 



19. Zoo Johor

Nak belajar dan mengenali haiwan, bolehlah singgah ke Zoo Johor. Pasti anak-anak kecil teruja.



20. Kuso Trick Art Gallery

Sebelum bertolak balik, kita singgah ke Kuso Trick Art Gallery untuk bergambar sebab di sana ada banyak 3D art yang menarik untuk di ambil gambar. 


Menarikkan tempat-tempat tumpuan perlancongan di JB ni? So, kalau korang rancang nak pergi bercuti di Johor Bahru, jangan lupa untuk menggunakan maklumat di BAGASI.MY bagi memudahkan percutian korang dan keluarga.  

9 comments:

  1. We are heading to JB next weekend. Have to go through your recommendation

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni nak tempah penginapan mmg mudah dh..johor tu pernah pergi sekali je zaman study dulu sbb ada kem.. Teringin jgk sebenarnya nak jalan2 lagi kt sana

    ReplyDelete
  3. Baru taw ade apps bagasi.my ni. Cuti2 boleh la try nti guna sbbb mmg sllu g jb.
    Banyak ag rupanya tmpt menarik kt jb yg CR tak prnh g lagi.

    ReplyDelete
  4. Kita dalam plan nak bercuti kat Jb. Then memang tgh cari tempat best yang ada kat Jb ni. Banyak juga tempat. Boleh save ni.

    ReplyDelete
  5. X pernah dgr lah bagasi.my ni..sng eh nk cr hotel yg berdekatan dgn lokasi yg kita nak pergi...nak try satu kalilah oakai bagasi ni

    ReplyDelete
  6. Memang senang bila ada website bagasi.my nie kan.. Boleh kita tengok dan buat pilihan dulu

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info, nanti i check it out sebab nanti nak pergi ke Johor Bahru for kenduri.

    ReplyDelete
  8. selalu kalau booking hotel amek traveloka, agoda atau booking.com . nt nak try bagasi

    ReplyDelete
  9. Lepas ni bolehlah try booking hotel dekat bagasi.com nampak senang nak akses

    ReplyDelete