July 2019 - Cahaya Hayati

24 Jul 2019

Mengejutkan | 5 Fakta Benar Tentang DUDUK

July 24, 2019 4
Mengejutkan | 5 Fakta Benar Tentang DUDUK
Ketahui Keburukkan Duduk Saja. Assalamulaikum wbt. Hai korang! Hari ini mommy nak kongsikan tentang 'DUDUK'. Selama ini kita ingatkan duduk saja adalah baik sebab badan kita boleh rehat. Kita juga ingat orang yang kerja duduk saja ni tak di serang penyakit, rupanya salah anggapan kita tu.  Sebenarnya duduk saja tidak baik untuk kesihatan dan inilah fakta benar tentang DUDUK. 

5 Fakta Benar Tentang DUDUK

  • Duduk 1 hari tanpa buat apa-apa boleh menyebabkan gangguan kepada proses insulin dan ini meningkatkan risiko untuk mengidap diabetis.
  • Apabila tubuh badan kita tidak aktif untuk tempoh yang lama, kekuatan otak/ mental kita akan menjadi rendah kerana kekurangan darah dan udara yang segar. 
  • Dengan hanya duduk selama 2 jam, kandungan kolesterol baik kita juga jatuh 20% lebih rendah dari yang sepatutnya.
  • 1 jam exercise / jogging / walk setiap hari tidak mencukupi untuk melawan penyakit yang disebabkan oleh duduk sepanjang hari. Orang yang keja office take note yer...
  • Orang yang duduk melebihi 23 jam seminggu lebih berisiko mengidap penyakit jantung. 
Fakta Benar Tentang DUDUK
Fakta Benar Tentang DUDUK

Bila baca fakta ni, mommy rasa mommy kena tukar kerjaya. Kerjaya sekarang hanya duduk dan mengadap laptop. Takutnyaaa! Tapi nak tukar kerjaya tu macam susah sikit sebab umur pun dah meningkat. So better tukar lifestyle. Jangan duduk lama-lama... Nampaknya setiap petang mommy kena keluarkan exercise dan keluarkan peluh untuk recover balik. Dan semoga di jauhkan juga sakit yang di sebabkan DUDUK ni.. 

23 Jul 2019

Mee Abu | Mee Goreng Mamak Sedap

July 23, 2019 2
Mee Abu | Mee Goreng Mamak Sedap
Mee Abu | Mee Goreng Mamak Sedap. Bagi orang Alor Setar, Mee Abu bukanlah asing lagi tapi mommy baru pertama kali rasa. Sedap sangat plus mee goreng tu letak paru bukan letak daging macam kebiasaannya. Rasa dia luarbiasa juga dan yang pasti rasa lain sikit dari mee goreng mamak Penang. So, korang wajib try makan mee goreng abu ni...

mee abu
Mee Abu

mee goreng abu, mee abu


Mommy tersampai ke Restoren Mee Abu Masa pergi buat audit sana. Habis audit, team Kedah ajak pergi lunch. Cakap tak nak makan nasi nak yang biasa-biasa saja. So, depa bawalah ke Restoren Mee Abu. Luar nampak macam restoren mamak yang lain tapi kat sini specialist Mee Goreng, Mee Rebus, Roti Canai dan Pasembur saja. Nasi kandar tarak...

mee abu
Mee rebus 


hasil sembang dengan team Kedah, Mee Abu ni dah ada banyak cawangan. Ada yang sewa tempat tapi yang terletak di Taman Sri Taman 2 adalah tempat asal Mee Abu. So, tempat yang mommy singgah ni adalah restoran asal Mee Abu. Sangat-sangat recommended.


Kalau korang nak pergi Restoran Mee Abu yang asal, korang boleh guna maps ni....

Mee Abu 
Taman Sri Taman 2, 05100 Alor Setar, Kedah


22 Jul 2019

Wajah Bersih Sempurna Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water

July 22, 2019 9
Wajah Bersih Sempurna Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water
Wajah Bersih Sempurna Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water. Assalamualaikum wbt & hai korang! Menyentuh bab penjagaan kulit wajah memang banyak tips. Antara sesuai dengan tak saja untuk kulit wajah kita. Dalam banyak-banyak tips mommy suka dengan tips cuci muka, cuci make up atau solekan dengan menggunakan micellar water. Kenapa? Sebab micellar water telah terbukti mampu menanggalkan kesan minyak dan solekan di wajah dengan sempurna. Lagipun ia berasaskan air dan tidak memedihkan mata seperti bawang. Micellar water yang paling mommy suka adalah Safi Micellar Natural Cleansing Water.

Safi Micellar Natural Cleansing Water
Wajah Bersih Sempurna Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water


Kalau korang nak tahu  Safi Micellar Natural Cleansing Water hadir dengan 3 jenis iaitu: 

  •  Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
  •  Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
  •  Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
Safi Micellar Natural Cleansing Water
Safi Micellar Natural Cleansing Water

Wow! Walaupun ada 3 jenis saja tapi mommy tak tahu nak pilih yang mana satu sebab ketiga-tiga jenis Safi Micellar Natural Cleansing Water ni best sangat. Tapi disebabkan tamak haloba, mommy try ketiga-tiga sekali. Hihi.. Tapi kalau korang rasa, buat apa nak beli sampai 3... Korang boleh baca review di bawah untuk tahu yang mana sesuai dengan korang.

Safi Micellar Natural Cleansing Water
Safi Micellar Natural Cleansing Water tak pedihkan mata macam bawang!

Oppps sebelum tu korang nampakkan sticker 'TIDAK PEDIHKAN MATA MACAM BAWANG'? Itulah sebabnya kenapa mommy pilih Safi Micellar Natural Cleansing Water. Bukan senang tau nak jumpa micellar water yang sesuai dengan kulit dan tak pedihkan mata...


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose

Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose sesuai untuk korang yang mempunyai kulit jenis  normal dan juga kombinasi. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Ros. Bahan aktif ini berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan hanya satu sapuan. Bukan itu saja ia juga membantu untuk mengecilkan liang pori dan mengurangkan wajah berkilat. Hasilnya kulit segar dan berseri. 

Mommy dah try dan ianya berkesan untuk membersihkan kulit wajah. Malah ia sangat wangi... Best sangat sampai tak nak cuci muka dengan pencuci dah.


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber

Safi Micellar Cucumber ni sesuai untuk korang yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Diformulasikan dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Timun. Berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta melembap, merevitalisasi dan juga menyihatkan kulit. Hasilnya kulit lebih lembut dan masalah kulit muka minyak pun kurang. 

Mommy suka guna Safi Micellar Cucumber bila nak solat zohor dan asar sebab time tu kan panas. So, bila guna Safi Micellar Cucumber ni dia memberi kesan sejuk pada kulit selain dari menanggalkan solekan. Bila pakai tu rasa syiok ja sebab sejuk dan sangat membantu untuk mengatasi masalah kulit muka berminyak mommy. :D


Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem

Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem

Safi Micellar Neem ni sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Diformulasikan dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Neem yang berfungsi untuk menanggalkan solekan, mengawal minyak dan jerawat melalui agen antibakterianya. Hasilnya kulit lebih sihat dan berseri tanpa cela. 

Yang ini pun best sebab ia membantu mommy mengawal masalah jerawat. Best sangat pakai sebab dia mampu menanggakkan make up dengan satu sapuan saja. Tak perlu nak tonyoh kuat-kuat. Hahaha

So korang dah tahu nak pilih dan beli yang mana? Untuk kulit normal dan kombinasi korang ada satu pilihan saja iaitu Safi Micellar Rose dan bagi korang yang ada masalah kulit muka berminyak dan jerawat, korang boleh pilih antara Safi Micellar Cucumber ataupun Neem. Ketiga-tiga Safi Micellar Water ini telah di uji secara dermatologi dan ianya bebas daripada SLES/ SLS, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol, paraben dan jugak pewarna. Selamat digunakan oleh semua.


Bagi korang yang baru mengenali dan mahu menggunakan Micellar Water, ini cara gunanya... Mudah saja. Tuang atau titiskan Micellar Water atas cotton pad dan lakukan sapuan lembut ke atas kulit wajah. Senangkan?

Mommy tak jual yer. Untuk dapatkannya korang bolehlah terjah drugstore seperti Watsons, Guardian ataupun mana-mana pasaraya yang berdekatan dengan tempat korang. Memang sangat recommended sebab saiznya 200ml dan boleh tahan lama. Harga pun sangat mampu milik iaitu RM 17.25 di Watsons.  

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari media sosial Safi di bawah:-



17 Jul 2019

Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC

July 17, 2019 2
Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC
Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC. Hari isnin baru ni Kakak Aisya dan rakan-rakannya telah mewakili sekolah untuk pertandingan Choral Speaking peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Masa mula-mula terpilih untuk join choral speaking ni, mommy ingatkan just berlatih untuk persembahan hari anugerah sekolah rupanya mewakili sekolah untuk pertandingan peringkat daerah. So, mommy dan daddy hanya support yang mana mampu.. 

Choral Speaking
Primary schools Choral Speaking Competition

Masa hari pertandingan kakak Aisya cakap, mommy dan daddy boleh pergi tengok tapi mommy dah ada plan lain dan keluar hantar kakak Aisya pun dengan baju biasher-biasher saja. Tak sanggup mommy nak singgah dan tunggu tengok. Huhu... Hanya kata-kata semangat dan doa yang mengiringi dan team SKSAC. 

Masa pergi ambil balik, mommy dah nampak dia pegang pingat dan sijil. Alhamdulillah berjaya juga Kakak Aisya dan team SKSAC menjadi juara peringkat daerah Kulim Bandar Baharu. Muka pun ada banyak senyumlah.. 

Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC
Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC 

Inilah Team Choral Speaking SKSAC dan guru-guru.

Team Choral Speaking SKSAC dan guru-guru. 
Selain menjadi juara Choral Speaking, choreographer sekolah kakak Aisya juga terpilih sebagai  choreographer terbaik. Tahniah Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC serta guru-guru yang tak jemu melatih mereka. 

Sekarang kakak Aisya kata mereka tengah berlatih untuk pertandingan peringkat negeri pula. Tahniah dan semoga menjadi pemenang peringkat negeri pula. Aminn!

16 Jul 2019

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita

July 16, 2019 0
Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita
Assalamualaikum wbt. Korang, korang tahu tak petang ni kita ada peluang nak mengesahkan kiblat terutama di rumah kita. Guna batang raket badminton atau apa-apa yang lurus pun boleh. Tegakkan dan tengok arah bayang sebab jam 5.27pm Selasa 16 Julai (HARI INI) inshaAllah matahari tepat dibatas Kaabah.

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita, cara tentukan arah kiblat, istiwa A'dzam, peristiwa Istiwa A'dzam, istiwa adzam, peristiwa istiwa adzam, cara sebenar nak tentukan arah kiblat, arah kibat rumah, bagaimana hendak tahu arah kiblat rumah sendiri
Peristiwa Istiwa A'dzam

Mommy kongsikan di sini untuk manfaat bersama. Maklumat dari Planetarium Negara dihebahkan oleh BH Online

Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita, cara tentukan arah kiblat, istiwa A'dzam, peristiwa Istiwa A'dzam, istiwa adzam, peristiwa istiwa adzam, cara sebenar nak tentukan arah kiblat, arah kibat rumah, bagaimana hendak tahu arah kiblat rumah sendiri
Cara Sahkan Arah Kiblat Di Rumah Kita

15 Jul 2019

Percutian Di Johor Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY

July 15, 2019 9
Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY
Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah BAGASI.MY. Hai korang... Johor Bahru adalah destinasi percutian keluarga yang menarik sebab Johor Bahru mempunyai lebih 20 tempat menarik yang boleh dilawati tapi mommy senaraikan 20 saja lah. Sebelum mommy teruskan dengan 20 senarai tempat menarik di JB ni, mommy nak habaq jangan dok hotel yang jauh atau susah nak ke tempat-tempat yang hendak dilawati ni. Disebabkan mommy nak ke Legoland ( tujuan utama bercuti, huh, sambil jeling anak-anak), so mommy book hotel di Johor Bahru dekat dengan legoland melalui maklumat di BAGASI.MY. Kenapa dekat, kena jaga masa yer. Bukan senang nak handle anak-anak dan mommy tak mahu masa terbuang begitu. Manfaat masa sepenuhnya bila bercuti ni...

Percutian Di Johor  Bahru Lebih Mudah Dengan BAGASI.MY


Nak book hotel pun bukan senang juga. Banyak perkara kena ambil kira tapi mommy mampu lakukan melalui web BAGASI.MY. Ini kerana terdapat 23 hotel di Johor Bahru yang dekat dengan tempat menarik dan mesra keluarga. Kalau korang nak tahu, hotel apa.. Korang bolehlah klik di link BAGASI.MY ni. Pasti ada yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Tapi mommy nak kongsi juga dengan korang dekat sini. 23 Hotel tersebut adalah..

23 HOTEL MESRA KELUARGA DI JOHOR BAHRU YANG DEKAT DENGAN TEMPAT MENARIK


1. Legoland Hotel



2. Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri
3. Ramada Meridin Johor Bahru
4. D Elegance Hotel


5. Stella Hotel
6. Hotel Granada Johor Bahru
7. OYO 519 Domus Hotel
8. Hotel By The Park PLT
9. Grand Medini Suites
10. Hotel Jen Puteri Harbour
11. Impiana Hotel Senai
12. Hotel Castello
13. Hotel Corsica
14. Zenz Hotel
15. Tune Hotel Danga Bay
16. The Puteri Pacific Johor Bahru
17. Hallmark Regency Hotel
18. Hotel Citrus
19. Doubletree by Hilton Johor Bahru
20. Swiss-Inn Johor Bahru
21. Hotel Silka
22. Hotel Grand Paragon
23. Potpourri Boutique Hotel

Menariknya di BAGASI.MY terdapat info yang kita perlukan seperti saiz bilik, jarak ke tempat yang hendak dilawati, harga serta alamat. Malah gambar bilik pun ada. Dah tak perlu nak fikir dan buat perbandingan. Sebab semua tu telah dinyatakan dalam BAGASI.MY.




Untuk booking pula, hanya klik link ke booking.com. Jika dah ada akaun booking.com, lagi lah senang nak booking hotel pilihan. So, korang yang nak pergi bercuti tu bolehlah guna laman web BAGASI.MY untuk memudahkan percutian korang sekeluarga...

Berbalik kepada tempat menarik ni Johor Bahru, mommy cadangkan korang ke 20 tempat menarik ni agar percutian korang sekeluarga menjadi percutian yang paling bermakna dan diingati. Tempat-tempat tersebut adalah:-

20 Tempat Wajib Lawati Di Johor Bahru


1. Legoland Malaysia


Dah sampai johor, inilah tempat yang wajib pergi. Kalau tak, anak-anak akan merengek dan minta untuk pergi. Dekat sini boleh habiskan masa dari pagi sampai malam sebab macam-macam permainan dan tarikan yang ada. So, enjoy hari pertama anda dengan anak-anak di sini. 


2. Johor Premium Outlets


Alang-alang dah sampai JB, mommy wajiblah shopping barang kat sini. Buat kenangan dan tanda dah jejak kaki kat sini. Mommies sekalian bolehlah buat senarai barang apa yang hendak dibeli mengikut budget masing-masing. 

Kalau tak nak beli pun takpa, just datang, lihat dan tengok apa yang ada di JPO ni... Barulah boleh balik cerita dengan kawan-kawan. 


3. JB City Square


JB City Square masuk dalam list jugak sebab kalau benda yang di cari tiada di JPO korang boleh singgah di JB City Square. Salah satu shopping mall tebesar di Johor Bahru...


4. Sealife Malaysia



5. Flyboard @Forest City  JB

Untuk yang adventures. Kalau mommy, mommy takut... Pastu tak reti berenang pulak tu. Hahaha..



6. Masjid Sultan Abu Bakar

Jalan-jalan juga, solat jangan lupa. So, destinasi yang tepat adalah Masjid Sultan Abu Bakar sebab ia adalah masjid tercantik dan terbesar di JB.



7. Hello Kitty & Thomas Town

Untuk anak-anak lagi. Wajib singgah juga sebab kat rumah ni ada peminat Hello Kitty dan Thomas. Asal ada iklan kat TV jer, mesti cakap nak pergi... So, kita realisasikan permintaan mereka. 



8. Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland

Percutian kalau tak main air atau mandi kolam memang tak sah la kan. So, kita ke Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland. Kat sini boleh lepak dan bermain sehingga puas.



9. Dataran Bandaraya Johor Bahru

Wajib abadikan gambar kenangan di sini...



10. MCM Studio Cartoon Planet

MCM Studio Cartoon Planet ni macam MAPS yang dekat Ipoh tu. Cuma konsep dia lain sikit... Dan haruslah singgah untuk keseronokkan berganda. hahaha...



11. Angry Bird Activity Park

Kalau rasa nak main game Angry Bird real, boleh singgah sini... Rasanya zaman mommy muda-muda dulu saja layan Angry Bird ni. Anak-anak zaman sekarang tahu tak apa Angry Bird ni?

Dekat sini, korang boleh lepaskan tekanan korang... So, balik cuti dengan semangat dan jiwa yang baru. 



12. The Real Escape Room JB

Untuk anak-anak remaja yang sukakan sukan lasak dan di sini mereka juga boleh belajar macam mana nak lepaskan diri dari satu bilik. alaa lebih kurang macam fear factor... 



13. Austin Heights Adventure Park

Option jika tak dapat nak ke Taman Tema Air Desaru Coast Adventureland. Kat sini pun best dan besar juga... 



14. Gunung Ledang

Untuk kaki hiking... Wajib hiking Gunung Ledang sebab view kat atas Gunung Ledang sangat cantik. 



15. Danga Bay

Orang kata, kalau datang johor wajib singgah sini untuk makan malam dan lepak sambil nikmati keindahan Danga Bay.



16. Hutan Bandar

Masa member suggest Hutan Bandar ni, mommy tempat apalah.. Rupanya ia adalah Taman Awam.... Best dan menjimatkan!



17. Bazar Karat

Bosan dengan shopping mall, korang boleh datang ke Bazar Karat untuk melihat jualan barangan tempatan. Lain tempat lain produk Bazar Karat... 



18. Pantai Desaru

Kalau nak mandi laut dan bermain pasir pantai, korang boleh lah ke Pantai Desaru. Pasti tidak mengecewakan sebab Pantai Desaru adalah yang tercantik di Malaysia. 



19. Zoo Johor

Nak belajar dan mengenali haiwan, bolehlah singgah ke Zoo Johor. Pasti anak-anak kecil teruja.



20. Kuso Trick Art Gallery

Sebelum bertolak balik, kita singgah ke Kuso Trick Art Gallery untuk bergambar sebab di sana ada banyak 3D art yang menarik untuk di ambil gambar. 


Menarikkan tempat-tempat tumpuan perlancongan di JB ni? So, kalau korang rancang nak pergi bercuti di Johor Bahru, jangan lupa untuk menggunakan maklumat di BAGASI.MY bagi memudahkan percutian korang dan keluarga.  

9 Jul 2019

Kekalkan Kelembapan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

July 09, 2019 1
Kekalkan Kelembapan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Assalamualaikum & hi korang! Ramai yang kata susah nak jaga kulit wajah tambah-tambah lagi dengan cuaca panas. Rasa kering saja kulit muka. Silap-silap muka pun dah bertopeng (sunburn). Buka tudung jer nampaklah dua tone kulit muka. hahaha. Disebabkan tidak mahu kulit wajah menjadi bertopeng, mommy guna Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion untuk mengekalkan kelembapan serta kecerahan kulit wajah. So, tiada masalah lagi bila nak keluar di waktu tengah panas lit lit. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Mommy memilih Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion kerana ia adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah. Ia sesuai untuk penjagaan kulit yang ringkas tapi memberi kesan lembapan yang optimum. So, pagi-pagi mommy tak lagi menggunakan dua tiga produk untuk mengekalkan kelembapan dan kecerahan kulit. Hanya guna Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion sebelum apply foundation dan lain-lain make up..

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Selain dari 2 formula dalam satu botol, mommy suka Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion kerana :-

  • Jenama yang sangat di percayai
  • Status halal
  • Pembungkusan yang baik dan selamat untuk di bawa travel
  • produk tidak berminyak dan melekit
  • Formulasi yang sesuai untuk kulit dan cuaca di asia
  • Sesuai untuk semua peringkat umur

Selain sebab-sebab di atas, sebab-sebab lain yang menyebabkan mommy jatuh cinta dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion adalah kerana ia bertindak untuk memberi 2x penghidratan dan kesegaran dalam satu penggunaan. Ia juga mampu meningkatkan rintangan perlindungan kulit dengan mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Kekalkan Kelembutan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Ini kerana dalam Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu:- 

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate 
  • Oligo - Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

Kelima-lima jenis Hyaluronic Acid ini menjadikan cecair Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid

Ia juga mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan perlindungan IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.  Formula  ini bermaksud Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kulit lebih segar, bermaya dan berseri. Manakala, Nano Biowhite pula bertindak untuk memperlahankan kesan pembentukkan pigmentasi dan menjadikan tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna. 

Mommy dah guna produk ni hampir 2 minggu, 2 kali sehari dan mommy sendiri dah rasa kesannya... 

  • Kulit menjadi lembap dan tak rasa kering bila berada di tempat yang panas atau sejuk. Malah ia dapat mengurangkan masalah pigmentasi dan sunburn. 
  • Mempercepatkan proses penjagaan kulit wajah sebab ia adalah produk 2 in 1. 
  • Packaging dan saiz (100ml)  yang mudah untuk di bawa kemana-mana saja
  • Harga mampu milik (RM 23.50). Taklah terfikir 2, 3 kali apabila nak beli lagi.. 

Mommy dah guna, korang tak nak cuba ke?

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni boleh di dapati di mana-mana farmasi, pasaraya dan pasaraya besar di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut pula, korang boleh layari media sosial berikut: