Moreh Satay Sedap Dan Murah Di AT Satay Semeling - Cahaya Hayati

29 May 2019

Moreh Satay Sedap Dan Murah Di AT Satay Semeling

Hai korang. Tengah buat persiapan raya ke tu? Mommy masih kerja lagi. Hari selasa 4hb June baru start cuti raya. Bab baju raya dan settle. Tinggal nak masak dan kemas rumah ja... Yang tu kita pelan-pelan buat. Dalam sibuk-sibuk nak sambut raya ni, jangan lupa ibadah untuk 10 malam terakhir Ramadan. Rebut peluang untuk menggandakan pahala di bulan Ramadan ni. In sha Allah semoga bermula dengan Ramadan dan kita akan istiqomah untuk bulan seterusnya. 

Oh yer dalam sibuk-sibuk nak raya.. Kami sempat lagi buat aktiviti santai keluarga di bulan Ramadan iaitu moreh. Pada awalnya bercadang nak ke Kerang Mak Siti tapi disebabkan anak-anak kena pantang seafood, tu yang ubah haluan ke AT Satay Semeling. Teringin.  Lagipun bulan ramadan ni tak makan lagi satay. 

Daddy, Aisy n Ammar


AT Satay Semeling menjadi pilihan moreh ramadan 2019 kerana satay yang sedap dan murah. Memang berbaloi kalau pergi makan ramai-ramai. Pilihan satay pun banyak, antaranya satay ayam, daging, kambing rusa dan perut. So, pilih saja yang mana korang nak. 

Selain dari satay, di restoren ini juga terdapat mee kuah, sup (pelbagai pilihan), rojak buah, roti telur goyang, char koay teow serta  pulut durian. So, kalau korang tak tahu nak ke mana selepas terawih, bolehlah ke sini sebab pada bulan ramadan, restoren ini di buka sehingga jam 12.30 pagi. 

So, inilah menu yang kami order..

Satay ayam dan satay daging 

 AT Satay Semeling
Satay kambing dan nasi himpit dd 

 AT Satay Semeling
Sup Urat

Sambil makan, sambil possing lah yer... 

 AT Satay Semeling
Hantu Satay 🤣😜

Kakak Aisya

 AT Satay Semeling
Daddy n Aisy 

Okaylah bagi yang belum pernah sampai, korang boleh guna google maps ni... Jangan confuse pulak sebab AT satay ada 2 kat Semeling ni. Tapi mommy suka yang kat Taman Desa ni. Yang lagi satu hanya ada jual satay saja... Kalau nak merasa menu pelbagai, better singgah dekat Taman Desa.



3 comments:

  1. tudiaaa.. menu moreh dia mengancam sungguh :D

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

    ReplyDelete
  2. sedapnya satay kambing..

    ReplyDelete