10 Cara Jimat Di Bulan Ramadan - Cahaya Hayati

7 May 2019

10 Cara Jimat Di Bulan Ramadan

Salam 2 Ramadan korang semua.  Dah 2 hari kita berpuasa. Ini bermakna dah 2 hari kita berjimat. betul tak? Ke terbelanja lebih dari hari biasa? Tapi tahukah korang yang bulan puasa ni juga merupakan bulan untuk kita menabung atau melatih kita untuk berjimat cermat. Tahu tak? Ini 10 cara mudah untuk jimat di Bulan Ramadan ni. 

10 Cara Jimat Di Bulan Ramadan
10 Cara Jimat Di Bulan Ramadan

10 Cara Jimat Di Bulan Ramadan



1. Kurangnya jadual makan

Bulan Ramadan ni bulan yang menjimatkan sebab kita hanya makan 2 kali saja sehari berbanding bulan biasa di mana di bulan biasa kita akan makan 4 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Kalau ada tambahan pun setakat makan selepas terawih. Masih lagi jimat walaupun tak banyak. RM10 sehari selama 30 hari bermakna RM300 yang kita jimatkan ketika bulan Ramadan. Oh yer, bila dah kurang jadual makan, janganlah pula kita pi beli makanan untuk 2 orang sedangkan yang nak makan kita sorang saja. so, fikirkanlah...


2. Disiplin Diri Untuk Berhenti Merokok

Yang ni khas untuk lelaki yang merokok. Bulan puasa ni selalunya lelaki yang merokok boleh kurangkan merokok. Alang-alang dah kurangkan, lebih baik jika usaha untuk berhenti terus. Jimat banyak tu!


3. Kawal Nafsu Shopping

Nafsu yang paling susah nak kawal adalah nafsu shopping. Pantang ada duit lebih sikit, confirm ada saja barang yang nak dibeli lebih-lebih lagi di bulan ramadan ni. Ada saja design tudung dan baju cantik yang lalu di timeline IG serta FB. Langkah terbaik, kita scroll laju-laju IG & FB tu...


4. Jangan Bermewah-mewah

Kita ni bukan saja nak bermewah pada barangan tapi juga terhadap makanan. Tambah-tambah lagi menu yang jarang di jumpai dan hanya di jual di PARAM. Jadi, kena belajar untuk bersabar dan makan makanan yang mengikut sunnah. Tak biasa, biasa-biasakan lah diri tu. 


5. Pilih Makanan Yang Mengenyangkan Dan Berkhasiat

Bila sahur dan berbuka pula, kita di galakkan untuk makan-makanan yang mengenyangkan dan berkhasiat. Antaranya adala nasi, oat, roti dan gandum. 


6. Masak Sendiri

Langkah paling jimat di bulan puasa adalah dengan memasak sendiri jaudah berbuka dan sahur. Sekali masak boleh cover dua waktu. Yang pasti ramai yang dah buat dan ada juga yang telah rancang menu untuk sebulan. Bukan itu saja, ada yang dah masak dan sejukbekukan menu tersebut bagi menjimatkan duit serta masa. Barulah amalan lain juga dapat dilaksanakan. 


7. Elakkan Ke Pasar Ramadan (PARAM)

Kalau anda seorang yang mudah tergugat atau rambang mata dengan menu di PARAM, elakkan ke sana. Kalau terpaksa juga, boleh rancang menu tersebut agar tidak membazir. Dah beli, tak perlu buat aktiviti menjamu mata pula. Terus balik rumah. Mata tak tergoda, duit pun jimat.


8. Tolak Siap-Siap Jumlah Yang Hendak Di Simpan

Alang-alang nak menyimpan dan berjimat, peruntukkan satu jumlah yang kita target dan simpan terus di tempat yang susah nak keluarkan. Bila nak beli tu, fikirkan lah jumlah yang ada saja bukan termasuk simpanan. 


9. Berbuka, Moreh Dan Sahur Di Masjid

Kalau korang nak tahu, banyak masjid yang anjurkan majlis berbuka, moreh dan sahur di Masjid. So, korang bolehlah ke sana untuk berjimat dan juga menambah amal di Bulan Ramadan. Bila dah tahu berbuka, moreh dan sahur tu menjimatkan, jangan lupa pula masukkan sedikit ke dalam tabung masjid. Pahala pun dapat!


10. Beli Baju Raya Ketika Ada Jualan Murah

Ingat target kita untuk menyimpan dan berjimat. So, beli baju raya ketika jualan murah. Kalau dapat yang buy 1 free 1 lagi baik. Jika tiada, cari yang within budget saja tanpa mengira jenama. In sha Allah korang boleh jimat banyak. 


16 comments:

  1. Tq share.. Mmg try tak pergi Param, haha kes nak jimat cermat la juga.

    ReplyDelete
  2. yang nombor 10 tu...sampai terlebih bajet kadang tu. bila tengok murah, mula la perasaan haloba menguasai diri

    ReplyDelete
  3. Bazaar Ramadhan tu memang menarik betul

    ReplyDelete
  4. Skg ni mmg tgh kawal nafsu nak shopping.. Kang terbabas duit hehe

    ReplyDelete
  5. mmg jarang lah nak pergi pasar ramadan..tiap2 hari masak..menu pun mcm menu hari2 biasa jer..

    ReplyDelete
  6. Kita baju raya dah siapkan awal. Tapi hat ni kemaruk nak beli tudung sarung je. Sebab nak memudahkan nanti time balik kampung. Lagi lagi musim raya, nak mencuci sgla pakaian pun kadang tak sempat kan.
    Bab pergi ke bazar tu, kita tak pergi, suami kita yang pergi. Kita duduk umah masak. Hehe

    ReplyDelete
  7. Pokok pangkal kena kawal nafsu sendiri kan. Lg2 bila nmpk promosi sana sini utk persiapan raya. Hehe

    ReplyDelete
  8. hey bagusnya...semua point mmg tepat lagi padat! terutamanya masak sendiri, jgn ke PARAM dan beli masa sales atau hujung puasa nnt :D

    ReplyDelete
  9. btoi. masa belum berbuka smeuanya npk sdp. dh berbuka makan sikit dah kenyang

    ReplyDelete
  10. Betul tu ka . Time ramdhan memang jimat sangat sangat kan

    ReplyDelete
  11. Yup bulan puasa ni mmg bulan yag jimat.. Tapi bila tak kawal nafsu boleh jadi boros juga..

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak..kita skrg pun jimat bln ramadan... Mkn pun kurg ... Mkn apa yg boleh dimakan je.. Cuma air jelah. Kalau teringin nk air manis lain, kita beli kt bazar.. Tp kdg2 air buat sndri je

    ReplyDelete
  13. Thanks for the tips, its not only for ramadan i think it also applies for everyday life.

    ReplyDelete
  14. terima kasih sharing. sungguh benar bagai dikata. harapnya saya dan kita semua dapat istiqomah dan konsisten buat semua tips ni :D

    ReplyDelete
  15. memang masak sendiri pun hidangan berbuka.. risau jadi macam tahun 2 yang sebelum ni.. pernah beli kat bazar.. tapi sakit perut.. huhu

    ReplyDelete