Aisy Dah Daftar Sekolah - Cahaya Hayati

17 Apr 2019

Aisy Dah Daftar Sekolah

Halah halah halah.. Anak ibu dah nak masuk darjah 1 tapi tahun 2021 lah. Rasa macam kecik lagi. Baru masuk tadika pulak tu.. Ni kena daftar untuk masuk darjah 1 pula. Cepatnya lah masa berlalu. Sekejap saja dah nak masuk darjah 1 pula. ABC, 123 pun tak kenal lagi.. Nampaknya mommy kena bersedialah untuk ajar Aisy.

Rupanya pendaftaran darjah 1 dah kena buat melalui online. Baru tahu... 4,5 tahun lepas masa daftar abang dan kakak Aisy masih lagi manual. Walk in saja ke sekolah dan isi borang. Hantar borang dan tunggu surat jawapan dari sekolah. Mudah!

daftar sekolah secara online, permohonan tahun 1, cara daftar sekolah anak darjah satu terkini, dokumen yang di perlukan untuk mendaftar anak ke darjah 1, cara daftar online darjah 1, permohonan kemasukkan darjah satu, tarikh tutup permohonan darjah satu,
Aisy Dah Daftar Sekolah 

Kiranya inilah pertama kali mommy daftar anak sekolah melalui online. Mudah saja tapi sebelum daftar korang kena sediakan dokumen/ maklumat berikut. Dokumen dan maklumat ini adalah untuk memudahkan pendaftaran online. Barulah tak buat kerja dua tiga kali. 

DOKUMEN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAFTAR ANAK KE DARJAH 1 


  • Nombor mykid anak
  • Buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak - Yang ni sangat penting sebab perlu masukkan rekod dan tarikh imunasasi anak. Jangan main hentam saja...
  • Nombor kad pengenalan suami & isteri
  • Maklumat tempat kerja suami/isteri - verify saja sebab ia auto pop out bila isi nombor kad pengenalan isteri/ suami. Termasuklah gaji.. 
  • Maklumat tadika anak - nama penuh tadika, alamat dan contact number
  • Maklumat sekolah yang di pohon - nama sekolah dan jarak dari rumah ke sekolah

daftar sekolah secara online, permohonan tahun 1, cara daftar sekolah anak darjah satu terkini, dokumen yang di perlukan untuk mendaftar anak ke darjah 1, cara daftar online darjah 1, permohonan kemasukkan darjah satu, tarikh tutup permohonan darjah satu,

Itu saja maklumat yang di perlukan. Yang mommy terkejut sebab rekod gaji dan kerja memang complete dan mommy just verify saja. Yang takdak slip gaji tu camner pula eh? Income yang korang dapat tu janganlah TIPU pulak sebab hanya korang saja tahu berapa yang korang dapat setiap bulan. Jujurlah sebab masih ramai lagi anak orang susah yang benar-benar memerlukan bantuan.

Kenapa mommy kata macam ni? Sebab pernah jadi case di sekolah anak mommy.... di mana mommy kenal parents budak ni dan dia dapat bantuan. Parents budak ni mempunyai restoren besar yang saban malam penuh. Sembang dengan cikgu dan tanya kenapa budak tersebut dapat bantuan, cikgu cakaplah dah parents dia letak gaji RM 2500 saja. Winkkkk! RM 2500 tu silap-silap untung restoren sehari saja.. So, jujurlah bab pendapatan ni. 

Berbalik kepada bab pendaftaran darjah 1 ni, lepas settle isi semua maklumat yang di perlukan, sila print BORANG PERMOHANAN TAHUN SATU KPM dan BORANG PERSETUJUAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN IMUNISASI. Borang-borang ini kena isi dan hantar ke sekolah yang di pohon bersama-sama salinan dokumen-dokumen berikut:-

  • surat beranak / sijil anak angkat
  • Bil Utiliti terkini (TNB, Bil Air atau Telefon)
  • Kad pengenalan ibubapa / penjaga
  • Surat Nikah / Surat Cerai
  • Surat Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah ( Jika berkaitan)
  • Laporan doktor & Kad OKU ( Jika Berkaitan)
  • Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi.
daftar sekolah secara online, permohonan tahun 1, cara daftar sekolah anak darjah satu terkini, dokumen yang di perlukan untuk mendaftar anak ke darjah 1, cara daftar online darjah 1, permohonan kemasukkan darjah satu, tarikh tutup permohonan darjah satu,

Borang dan dokumen ini kena hantar ke sekolah dalam tempoh 14 hari atau 2 minggu selepas tarikh permohonan. Jangan ralittt atau terlupa pula...

Bagi yang belum daftar lagi, sila buat cepat-cepat sebab permohonan online ini di buka sehingga 30 April 2019 saja. 

daftar sekolah secara online, permohonan tahun 1, cara daftar sekolah anak darjah satu terkini, dokumen yang di perlukan untuk mendaftar anak ke darjah 1, cara daftar online darjah 1, permohonan kemasukkan darjah satu, tarikh tutup permohonan darjah satu,

CARA DAFTAR ONLINE ANAK KE TAHUN 1 


1. Untuk mendaftar pula, korang layari laman web KPM di bawah


2. Pilih 'PENGGUNA BARU' di ruangan daftar masuk. Yang ini kena masukkan maklumat ibu/bapa/penjaga.

3. Bila dah selesai, masuk semula dengan menggunakan IC dan password yang telah kita create tadi.

4. Dah login, masukkan maklumat anak dan lain-lain seperti yang mommy senaraikan di atas.

5. Print.

6. Hantar borang yang di print dan dokumen yang di perlukan ke sekolah pilihan.

7. Tunggu jawapan dari sekolah atau KPM.

Mudahkan? Selamat mendaftar anak uolls ke darjah satu.


No comments:

Post a Comment