5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat - Cahaya Hayati

8 Mar 2019

5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat

5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat. Salam jumaat dan Selamat Hari Wanita uolls. Selamat ber'purple day'. Mommy terlupa hari kena pakai baju purple. Bila mai opis tengok semua pakai purple baru teringat. So, lain dari yang lain lah hari ini. Hihi. 

Hari jumaat ni mommy nak berkongsi sedikit tentang hakikat rezeki. Perkongsian ini juga untuk diri mommy sendiri dan juga korang yang singgah sini. Bukan apa, kadang-kadang kita ni suka mengeluh ini tak cukup, ini tak puashati, rasa nak beli itu rasa nak beli ini. Dah ada tapi kadang kadang tu masih lagi rasa cemburu dengan orang lain. 

Kenapa yer? Sedangkan hakikatnya kita dah tahu rezeki itu telah dijamin oleh Allah. Yang tinggal hanya untuk kita usahakan saja dan menikmatinya hasilnya. So, jom amalkan 5 Petua ini untuk rezeki sentiasa ada dan berkat. In sha Allah.



5 Petua Rezeki Sentiasa Ada Dan Berkat


Ada banyak petua.Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Buatlah konsisten setiap hari, mana-mana yang kita mampu 😊

1) Sedekah

Paling senang, sedekah Subuh.
Tak kisahlah berapa pun. Singgit sehari ke, seposen ke, tak apa.
Letak tiap hari dalam 1 sampul/tabung setiap kali lepas solat Subuh.

Dah cukup certain amount yang dirasakan bermanfaat untuk diserah, bolehlah terus ke tabung masjid/ bagi pada sesiapa (cleaner/orang susah)

2) Dhuha

Paling kurang 2 rakaat.
Paling cun 12 rakaat (2-2-2-2-2-2)
Sedang-sedang 8 rakaat (2-2-2-2)

3) Al Waqiah

Ada 3 waktu terbaik untuk baca surah ni.
Ketika waktu dhuha (lepas solat sunat)
Ketika selepas solat Asar
Ketika malam hari

4) Ayat 1000 Dinar

Baca ayat ni berulang, membantu melembutkan hati customer untuk membeli

5) Belanja Keluarga

Selalulah rewards keluarga.
Anak-anak, isteri/suami & mak ayah dengan makanan yang sedap atau belanja barang untuk mereka



1 comment: